Memalukan Bila Guna Kaum Agama Setiap Kali Pilihan Raya


 



Memalukan bila guna kaum, agama setiap kali pilihan raya.

Dr Mohammad Agus Yusoff

26 Oktober 2022

ULASAN | Sudah sampai waktunya pengundi memilih tidak berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit. Sudah sampai ketikanya pengundi memilih berdasarkan merit, ketokohan calon, dan parti berwibawa untuk membina Malaysia yang maju..

Parti berwibawa ialah parti yang pemimpinnya tidak korup, tidak rasis, mampu menarik keyakinan pelabur, mempunyai idea, wawasan dan semangat Malaysia, dan dapat mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa.

Saya tidak mengharapkan hal ini kepada pengundi 40 tahun ke atas kerana mereka sudah mempunyai pandangan politik yang tetap terhadap parti yang hendak disokong. Tetapi bagi pengundi muda yang berumur 18-20 tahun, 21-29 tahun dan 30-39 tahun, saya mempunyai harapan yang besar terhadap mereka.

Setakat bilangan pengundi yang diwartakan sehingga 16 Jun 2022, daripada jumlah pengundi seramai 21,115,934 orang, pengundi berumur 18-20 tahun adalah seramai 1,141,699 (5.4 peratus), 21-29 tahun seramai 4,974,627 (23.56 peratus), dan 30-39 tahun seramai 4,705,278 (22.28 peratus).

Jika dicampurkan jumlah pengundi muda 18-39 tahun, peratusan mereka ialah 51.24 peratus. Peratusan ini tinggi dan sangat signifikan dalam menentukan parti yang menang dalam pilihan raya nanti, sekali gus hala tuju bangsa ini.

Pengundi muda ini cerdik, celik teknologi maklumat, terdedah kepada media sosial, dan peka kepada isu-isu semasa. Biarpun ramai yang menyatakan pengundi 18-20 tahun akan mengundi mengikut kecenderungan politik ibu bapa dan rakan sebaya, mereka adalah pengundi bermaklumat. Mereka cerdik dalam menentukan apa yang

terbaik

untuk negara dan masa depan mereka.

Saya berharap pengundi muda ini menolak politik perkauman dan politik keagamaan yang sempit. Demi negara, saya harap mereka berani melakukan introspeksi nasional tanpa dipisahkan oleh perbezaan kaum dan agama.

Jangan biarkan diri diperkotak-katik oleh perbezaan ini oleh ahli-ahli politik. Terima realiti kita sebagai negara majmuk.

Bagi saya, sikap orang politik yang memperdagangkan bangsa dan agama setiap kali pilihan raya memalukan. Ini menggagalkan usaha untuk membina Malaysia yang

hebat

sedangkan merekalah yang berdegar-degar berjanji untuk membina hubungan rakyat yang harmoni.

Jika ada parti yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu, sejauh manakah bangsa ini maju sekarang? Yang kita tahu setiap kali pilihan raya, parti inilah yang menggunakan orang desa dengan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan.

Begitu juga parti agama, saya melihat kata-kata pemimpinnya penuh dengan sentimen dan emosi. Dan pembangunan negeri di bawah terajunya pun tidak boleh dijadikan contoh. Pandangan politiknya banyak yang memecah-belahkan masyarakat, bukannya menyatukan.

Saya kali ini tegas menolak parti sebegini. Kerana bagi saya parti yang

hebat

ialah parti yang komited menempatkan kepentingan negara multietnik ini di atas kepentingan parti.

Saya harap anak muda juga begitu, melakukan introspeksi nasional bagi membangunkan Malaysia yang

hebat

, berdaya saing, dan harmoni.

MOHAMMAD AGUS YUSOFF ialah seorang cendekiawan dan pemerhati politik.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/memalukan-bila-guna-kaum-agama-setiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1234 Gempar Bajet 2023 Hanyalah Satu Janji Pilihan Raya Dan Tak Bernilai

Rentasan 1234 Gempar Bajet 2023 Hanyalah Satu Janji Pilihan Raya Dan Tak Bernilai

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 222 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1234 1 BAJET GULA GULA PILIHAN RAYA RINGGIT TERUS JATUH 2 BERSATU BUKA PINTU UMNO TAK NAK MASUK 3 UMNO KATA PEMIMPIN PAS ADA GANGGUAN MENTAL 4 DR DZULKEFLY AKAN LAWAN TENGKU ZAFRUL Layari kami untuk mendapat berita da...
Saya Berani Untuk Merempuh Dan Tawan Tambun Dalam Pilihan Raya Ini Anwar

Saya Berani Untuk Merempuh Dan Tawan Tambun Dalam Pilihan Raya Ini Anwar

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 208 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat pengumuman itu pada Konvensyen Harapan 2022 berkata beliau akan bertanding di Parlimen Tambun dan jadikan Perak sebagai barisan hadapan perjuangan PH malaysiamemilih awaninews SUBSCRIBE now Astro Awan...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 252 hits
Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 telah diumumkan secara rasminya pada hari Sabtu 19 November 2022 Maka terjawablah persoalan tarikh PRU15 bila selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okto...
Rakyat Malaysia Akan Ketahui Tarikh Pilihan Raya Hari Ini

Rakyat Malaysia Akan Ketahui Tarikh Pilihan Raya Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 229 hits
Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 bakal dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini dan rakyat Malaysia akan mengetahui hari yang di tunggu tunggu untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi masing masing Sama seperti menunggu anak bulan ...
Pilihan Raya 2022 Inilah Masanya

Pilihan Raya 2022 Inilah Masanya

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 240 hits
Tugas kita ialah menolak mereka yang korup dan memilih calon yang berintegritiBy 18 Oct 2022Get ViewsBENEDICT LOPEJoin us on and for the latest Inilah masanya Pilihan raya umum akan berlangsung dan jangkaan semakin tinggi setiap hari Tidak ...
Plus 1 9 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Sempena Cuti Perayaan Deepavali

Plus 1 9 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Sempena Cuti Perayaan Deepavali

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 215 hits
PLUS Malaysia Berhad menjangkakan jumlah trafik akan melonjak sepanjang cuti perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan yang bermula 21 Oktober hingga 26 Oktober PLUS menyatakan sebanyak 1 9 juta kenderaan dijangka akan menggunakan s...
Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Online Dan Sms

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 212 hits
Cara membuat semakan daftar pemilih SPR 2022 Musim mengundi tiba lagi pilihanraya umum ke 15 akan diadakan pada 19 November 2022 Inilah peluang anda rakyat Malaysia menunaikan hak dan kewajiban sebagai pengundi berdaftar untuk memilih pemim...
Ambo Sibuk Berceramah Setiap Kali Pru

Ambo Sibuk Berceramah Setiap Kali Pru

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 219 hits
Setiap kali musim Pilihan Raya Umum ambo boleh dikatakan sibuk Sibuk dan menyibukkan diri dengan aktiviti parti Terpaksa sibuk dan kadang kadang hanya buat buat sibuk Salah satu sebab ambo sibuk ialah kerana menyampaikan ceramah Jangan sila...
Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu Dengan Izin Allah

Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu Dengan Izin Allah

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 278 hits
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu dengan izin Allah 1 Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat2 Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia3 Jika dia seorang yang kalah maka akan se...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Cara Cuci Kerang

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki