Manifesto Tidak Berguna Jika Pilihan Raya Lahirkan Pemimpin Korup


malaysiakini.com
Ismail Hashim Yahaya
Diterbitkan: Nov 11, 2022 8:00 AM
Apakah makna atau erti mengadakan pilihan raya? Jawapan parti-parti politik mengadakan pilihan raya sekarang adalah untuk mengembalikan mandat rakyat.

Jawapan klise yang selalu diberikan parti-parti politik ialah mandat rakyat. Rakyat yang mengundi memilih parti atau kumpulan atau individu mana yang akan mewakili mereka.

Manifesto walau bagaimana indah, bernas dan cantik dalam perkataan dan kata-kata, janji dan wacanannya, apabila pemimpin yang khianat dan korup menang dalam pilihan raya, manifesto tidak akan bernilali satu sen pun walaupun ia adalah suatu keperluan dalam proses pilihan raya.

Bahkan jika manifesto kepimpinan korup ingin ditunaikan, kartel atau kroni politik yang akan mendapat tendernya dan memonopolinya.

Pengalaman PRU-14 sudah menunjukkan apabila berhadapan dengan pengkhianatan dan langkah Sheraton dengan manifesto sudah ‘kelaut’ atau menjadi keruan.

Hakikatnya pilihan raya adalah menentukan barisan kepimpinan dan pemimpin dan tanggungjawab mereka dalam menentukan masa depan, kemajuan dan pembangunan negara.

Semua manifesto, dasar dan pembangunan negara, hak rakyat, pembaikan sistem ekonomi-sosial rakyat adalah penting tetapi menjadi sia-sia dan tidak berguna sekiranya pilihan raya gagal melahirkan barisan pemimpin berterampilan, jujur, amanah dan cekap.

Jika urus tadbir tidak jalankan dengan penuh komitmen dan seluruh sistem pentadbiran disarati dengan barisan kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral tidak ada-apapun yang akan membawa manfaat untuk rakyat.

Jika selepas pilihan raya barisan kepimpinan dan pemimpin kebanyakannya adalah pencuri dan perompak politik maka yang memenuhi kehidupan mereka dalam berhadapan dengan rakyat akan sentiasa disaluti dengan pembohongan, sandiwara dan kemunafikan.

Mengapakah mereka yang mengatakan pembela Melayu tetapi masih ramai orang Melayu yang terus miskin, melarat dan keterbelakang dalam ekonomi dan moral? Apa mereka yang bela sebenarnya?

Kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8.4 peratus pada 2020 berbanding 5.6 peratus yang direkodkan pada 2019. Apa yang kerajaan lakukan bagi mengatasi situasi ini, adakah diam membisu sahaja?

Mengapa banyak kes rasuah dalam kalangan pemimpin dan barisan kepimpinan kita?

Ini menunjukkan pilihan raya telah gagal melahirkan kepimpinan yang jujur dan amanah.

Sebagai pengundi tentukan barisan kepimpinan dan pemimpin yang akan memandu negara kita ke arah pro rakyat bukannya pro parti, kelompok atau kroni tertentu dan bebas rasuah.

Jika tidak pilihan raya yang diadakan adalah pilihan raya yang gagal. Jika rakyat terus memilih pemimpin dan barisan kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ia akan membawa kehancuran kepada negara dan kesengsaraan kepada rakyat.

Saya ingin memetik pesanan Imam Abdul Rahman Al-Kawakibi tentang ketakutan pemimpin korup.

“Sepertimana pemimpin korup sangat takutkan rakyatnya apabila berpengetahuan kerana akhirnya rakyat yang berpengetahuan akan mengetahui hak-hak mereka yang sepatutnya si pemimpin lunaskan.”

Pilihan raya kali ini adalah sangat kritikal dalam menentukan masa depan negara ini.

Penulis adalah pensyarah di Universiti Selangor (Unisel). Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi MalaysiaKini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/manifesto-tidak-berguna-jika-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Pilihan Raya Paling Sukar Diramalkan

Ulasan Pilihan Raya Paling Sukar Diramalkan

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 212 hits
malaysiakini comULASAN Pilihan Raya Umum Ke 15 ternyata paling sukar untuk diramalkan berkenaan gabungan parti politik mana yang akan menerajui kerajaan Ini kerana sejak empat tahun lalu rakyat mempunyai pengalaman ditadbir tiga kerajaan da...
Netizen Boleh Cadang Pemimpin Pilihan Mereka Menerusi Gsr Media Variasi 10 11 2022

Netizen Boleh Cadang Pemimpin Pilihan Mereka Menerusi Gsr Media Variasi 10 11 2022

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan Gerakan Sukarelawan Rakyat yang merupakan satu satunya rujukan mereka yang memerlukan maklumat dan panduan Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan atau dikenali Toqqi pertubuh...
Ismail Sabri Bn Cuba Cari Helah Batal Pilihan Raya 07 11 2022

Ismail Sabri Bn Cuba Cari Helah Batal Pilihan Raya 07 11 2022

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 201 hits
Saya fikir keputusan pembubaran Parlimen tempoh hari diambil setelah mengambilkira pelbagai pandangan yang munasabah Namun kini kita tahu bahawa Perdana Menteri Sementara tidak fikir panjang dan ternyata pertimbangan politik lebih utama dar...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Cuti Umum Tol Percuma Bayaran Gaji Pencen Dan Bkm Awal

Pilihan Raya Umum Ke 15 Cuti Umum Tol Percuma Bayaran Gaji Pencen Dan Bkm Awal

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 246 hits
Tarikh mengundi 2022 pada hari Sabtu 19 November 2022 Hari Malaysia memangkah dan sebelum pergi mengundi Sempena Pilihan Raya Umum ke 15 banyak berita baik yang teleh diumumkan seperti dibawah sumber astroawaniCuti Umum 18 dan 19 November 2...
Persediaan Pengundi Sebelum Memangkah Pada Hari Pilihan Raya

Persediaan Pengundi Sebelum Memangkah Pada Hari Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 173 hits
Semakin dekat Pilihan Raya semakin meriah suasana Pilihan Raya Calon Calon dan parti gigih berkempen sana sini Bila sampai tarikh Pilihan Raya 2022 19 November dah tak dapat berkempen dah 19 November 2022 Hari Malaysia memangkah Jangan lupa...
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Plus Pilihan Raya Umum Ke 15

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Plus Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 221 hits
JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN PLUS PILIHAN RAYA UMUM KE 15 Selaras dengan pengumuman hari kelepasan am sempena Pilihan Raya Umum ke 15 pada 18 dan 19 November para pelanggan Lebuhraya PLUS yang ingin pulang mengundi dinasihatkan untuk me...
Rafizi Lepas Menang Pilihan Raya Kami Cari Azam Baki

Rafizi Lepas Menang Pilihan Raya Kami Cari Azam Baki

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 208 hits
Alyaa AlhadjriBerang dengan serbuan SPRM ke atas Invoke Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi amaran kepada ketua pesuruhjayanya Azam Baki bahawa Pakatan Harapan mencarinya pula berhubung skandal pegangan sahamnya sebelum ini jika gabu...
Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu

Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 324 hits
Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di TerengganuAssalamualaikum Hi korang Tinggal beberapa hari lagi kita akan menunaikan tanggungjawap kita sebagai pengundi Tempat mengundi dah tahu korang dah tahu ke siapa calon yang akan bertanding kat tem...
Badan Penapis Calon Pilihan Raya

Badan Penapis Calon Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 291 hits
Sebaik sahaja selesai penamaan calon PRU15 Sabtu lalu kita dapat saksikan seramai 1 386 calon akan bertanding sama ada mewakili parti mereka atau pun bebas dalam merebut kerusi Parlimen dan juga negeri Ini menunjukkan bahawa menjadi wakil r...
Lirik Lagu Cukup Kita Ayu Damit Emeer Bakri

Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Ipank Apakah Itu Cinta Chord

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Taniah Kpm Yb Menteri Fadlina Sidek Macam Ni La Bertindak Tak Payah Baik Sangat Dengan Kaki Fitnah

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

Fitnah Senjata Tertua Didunia

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication