Bab Sekolah






Hari ni saya taknak bercakap pasal politik. Bosan melihat political stunts dari kedua-dua belah. Ada beberapa rakan FB di sini yang minta saya ulas mengenai sekolah. So sis cuba ya? Here goes...


2. Ada dua isu yang berbangkit mengenai sekolah ni. (1) Isu beg sekolah berat (2) Isu pendidikan agama dalam silibus Sekolah Kebangsaan. 


3. Bagi isu (1) beg berat ni bukannya benda baru. Sejak saya sekolah 30 tahun lalu pun, benda sama jadi isu. Sebagai solusi, negara lain sediakan loker percuma di sekolah. Namun, di sekolah negara kita, kebanyakkannya loker percuma tidak disediakan untuk pelajar. Pelajar perlu menyewa. 


4. Kalau pelajar miskin dan sekolah jauh, perlu bertabah.Tak mampu nak sewa, dikendong la beg berat dari rumah.


5. Namun pada saya, solusi loker untuk beg berat ni dah jadi solusi basi pra-milenial. Di zaman youtube dan podcast ni perlukah lagi pembelajaran sekolah 100% di buat secara manual melalui buku?


6. Zaman Covid ini menyaksikan keperluan pembelaran dibuat secara maya. Anak-anak pun diberi seorang satu gadget untuk masuk kelas. Makanya, lebih afdallah Kementerian Pelajaran mula mengorak langkah ke arah pembelajaran digital. 


7. Ini termasuk buku, silibus dan peperiksaan. Tibalah masa didigitalkan. Buat lebih banyak video ala youtube atau podcast. Ini bukan benda baru. Banyak negara dah pratikkan. Memudahkan anak-anak kita bersekolah kerana sesuai dengan jiwa mereka yang milenial. Sekarang mereka belajar melalui Youtube sahaja. Dan baca buku pun melalui telefon secara digital. 


8. Bukan lah bermaksud kita perlu gantikan cikgu sekolah dengan robot Siri atau Youtube. Kita masih perlukan sentuhan Cikgu dalam membimbing pelajar. Cuma bila bab buku dan periksa, kan boleh saja diguna gadget yang ada.


9. Bab kedua mengenai matapelajaran agama dalam silibus sekolah kebangsaan. Kalau ikut sejarah, ia bermula masa zaman Pak Lah. Bila beliau perkenal konsep Islam Hidhari. Makanya silibus sekolah rendah pun ditukar. Diterapkan lebih banyak matapelajaran agama.


10. Kalau tuan puan tengok matapelajaran budak sekolah rendah sekarang, 30%-40% mata pelajaran agama. Dari Pendidikan Islam, Arab, Jawi, Ulum dan pelbagai lagi. Sebagai perbandingan, Matematik dan Sains masa pembelajarannya kurang 20%. 


11. Pada saya, sebagai solusi, tak payah buang terus matapelajaran agama tu dari silibus pelajar. Cadangan saya, kita perlu panjangkan waktu persekolahan dan adakan dua sesi. Satu sesi pembelajaran formal di waktu pagi. Dan sesi sebelah petang dikhaskan untuk pembelajaran informal: agama dan sahsiah. 


12. Waktu Pendidikan informal tu masuklah semua matapelajaran agama dalam 3 jam. Jam 2 hingga 5 petang. Ini wajib bagi semua pelajar Islam. Bagi pelajar bukan Islam, boleh buat mengikut agama masing-masing. Dalam seminggu buatlah 2-3 hari, pendidikan agama diterapkan. Itu pun dah 15 jam seminggu. Hari lain masukkan pendidikan informal seperti belajar coding, computer, enterprenurship atau skill lain yang bersesuaian mengikut zaman.


13.  Singapura dan Thailand dah masukkan coding sebagai subjek wajib dalam sekolah rendah. Kita masih lagi sibuk dengan retorik mata pelajaran agama.


14. Pada saya, lanjutan masa persekolahan sampai petang ni banyak faedahnya. Satunya kepada ibubapa, tak bebankan mereka nak cari transit. Semua isi rumah, punya masa yang sama di luar rumah. Sekolah atau pejabat waktunya 8-5. Ia memudahkan keluarga mengurus masa. 


15. Satu lagi, ia boleh memperkasa Sekolah Kebangsaan. Kalau Pendidikan formal sebelah pagi hanya tertumpu kepada subjek2 teras: BM, BI, Sains, Matematik, Sejarah dan Ilmu teras lain, maka lebih ramai bukan Melayu yang tertarik untuk masuk Sekolah Kebangsaan. Tak boleh salahkan mereka menjauhi bilamana 40% mata pelajaran adalah relevan dengan agama lain daripada mereka. Kalau terbalik kena tang kita bagaimana? Kena pikirkan jua.


16. Nanti ada lah walaun yang nak komen cadangan ni liberal dan sekular. Sekali lagi saya cakap, bukan kita nak mansuhkan matapelajaran agama, cuma kita asingkan semua Pendidikan Agama kepada sesi belah petang. Lagi senang pelajar fokus, tambah boleh buat amali sekali untuk solat Jemaah Zohor dan Asar. Bukankan lebih afdal?


17. Nanti ada juga yang cakap, ini sama dengan sekolah agama rakyat sebelah petang. Ya, betul, tapi ia sekarang tak wajib dan dibuat oleh Kerajaan Negeri. Saya cadangkan ia diwajibkan Oleh Kerajaan Persekutuan. Buatlah untuk sesi belah petang di Sekolah Kebangsaan supaya mak ayah pun tak perlu dibebankan dengan transit anak. 


18. Nanti ada jugalah yang cakap. Kalau sekolah satu sesi 8-5, jenuhlah Kerajaan nak bina bangunan sekolah untuk tempatkan semua pelajar. Berbanding sekarang yang 2 sesi. Saya katakan pada mereka, bangunan pencakar langit berbilion-bilion pun kita boleh bina. Inikan pula untuk anak2 kita. Isunya nak ke taknak sahaja…


Wallahu a’alam…


Salam hormat,
Liyana Marzuki






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/bab-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Sekolah Lengan Pendek Jadi Lengan Panjang Labuh Bawah Lutut Guru Kongsi Kisah Dvka Murid Dia Bagus Tak Segan Pun

Baju Sekolah Lengan Pendek Jadi Lengan Panjang Labuh Bawah Lutut Guru Kongsi Kisah Dvka Murid Dia Bagus Tak Segan Pun

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 934 hits
PERANAN seorang guru tidak terhad kepada tugas mendidik semata mata sebaliknya golongan ini juga menjadi ibu bapa kedua kepada pelajar ketika di sekolah Maka tidak hairanlah para guru melayani anak murid tidak ubah seperti anak sendiri Sebu...
Rmt Macam Makanan Ayam Menteri Arahkan Siasat Sekolah Terlibat

Rmt Macam Makanan Ayam Menteri Arahkan Siasat Sekolah Terlibat

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 229 hits
CYBERJAYA 8211 Kementerian Pendidikan memandang serius dakwaan yang tular di media sosial mengenai makanan yang disediakan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan di sebuah sekolah yang disifatkan sangat teruk Menurut Menterinya
Ptm Dihentikan Sementara Jika 4x24 Jam Sekolah Jadi Kluster Covid 19

Ptm Dihentikan Sementara Jika 4x24 Jam Sekolah Jadi Kluster Covid 19

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 154 hits
Jika setelah dilakukan surveilans dengan hasil bukan merupakan klaster PTM terbatas atau angka positivity rate di bawah lima persen maka PTM terbatas hanya dihentikan pada kelompok belajar yang terdapat kasus konfirmasi COVID 19
Ibu Bapa Mula Bimbang Keselamatan Anak Di Sekolah

Ibu Bapa Mula Bimbang Keselamatan Anak Di Sekolah

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 190 hits
Ibu bapa mula bimbang keselamatan anak di sekolah SUNGAI PETANI Kalangan ibu bapa meluahkan rasa bimbang susulan peningkatan jumlah kluster Covid 19 dalam kalangan pelajar di asrama sekolah di ne geri ini sejak kebelakangan ini Seorang wari...
Beg Sekolah Berat Tak Bagus Untuk Kesihatan Anak Beli Beg Jenis Paling Ringan

Beg Sekolah Berat Tak Bagus Untuk Kesihatan Anak Beli Beg Jenis Paling Ringan

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 266 hits
Tidak dinafikan pelbagai gaya dan ragam anak ke sekolah dengan beg masing masing Kita nampak anak selesa rupanya anak menanggung bebanan yang banyak disebalik beg sekolahnya Sudahlah buku teks berlambak dengan jadual yang padat setiap hari ...
Kesian Dekat Anak Kurangkan Beban Beg Sekolah Anak Cikgu Ni Kongsikan Cadangan Bernas

Kesian Dekat Anak Kurangkan Beban Beg Sekolah Anak Cikgu Ni Kongsikan Cadangan Bernas

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 251 hits
Isu beg sekolah anak yang berat dan membebankan anak kita sememangnya menjadi isu hangat yang dibincangkan oleh semua ibu bapa Masing masing tidak tahan melihat kepayahan anak membawa beg yang berat setiap hari guru yang begitu dikenali di ...
Beg Sekolah Berat Apa Solusinya

Beg Sekolah Berat Apa Solusinya

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 323 hits
Sebut pasal beg sekolah teringat kat anak saya yang baru tahun 1 Dia punye beg dah macam Datuk Kame pikul cengkerang penyu Berat jugak Kesian pun ada Tapi nak buat macam mana terpaksa angkut jugak segala mak nenek buku teks buku aktiviti bu...
Kes Jatuh Tangga Di Sekolah

Kes Jatuh Tangga Di Sekolah

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 233 hits
19 Januari 2022 Kes Jatuh tanggaTempat kejadian Tangga sekolahKronologi Waktu dak Nuha buka kasut untuk garu kaki waktu inilah ada yang tertolak dan dia jatuh dari tangga Hailaa anak kenapalah dekat tangga nak menggarunya Sejarah Rasa baru ...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time