Beg Sekolah Berat Tak Bagus Untuk Kesihatan Anak Beli Beg Jenis Paling Ringan
Tidak dinafikan pelbagai gaya dan ragam anak ke sekolah dengan beg masing-masing. Kita nampak anak selesa rupanya anak menanggung bebanan yang banyak disebalik beg sekolahnya.
Sudahlah buku teks berlambak dengan jadual yang padat setiap hari, ditambah pula dengan jenis beg berbagai ragam yang membuatkan beg sekolah anak makin berat.
Ini fakta yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif mengenai bebanan beg sekolah ini. Paling mudah, pilih sahaja beg yang ringan, elakkan beg tarik.
Bahaya beg sekolah berat pada anak.
1. Beg sekolah wajib tak boleh lebih 10% daripada berat anak. Kalau berat anak 20kg, beg sekolah kena lebih kurang 2kg-3kg sahaja.
2. Beg yang berat melampau pada anak boleh cederakan otot di bahagian belakang anak terutamanya pada bahagian otot erector spinae.
3. 58.3% sakit belakang pada murid sekolah dikaitkan dengan membawa beg sekolah yang berat.
4. Kesan lain yang boleh terjadi pada murid yang membawa beg berat adalah masalah sakit kepala, sakit leher, bahu dan risiko skoliosis ( tulang belakang bengkok ke tepi ).
5. Paling dirisaukan sebenarnya adalah efek jangka panjang bila anak dah besar nanti.
6. Tolong sangat bila anak balik nanti periksa dan timbang beg sekolah anak masing masing.
7. Elakkan beli beg beroda untuk anak anak terutamanya jika anak anak kita kena menaiki tangga untuk ke kelasnya
” Berat mata kita memandang, berat lagi BAHU ANAK yang memikulnya “
Tolong sampaikan ilmu ini pada pasangan dan keluarga kita yang ada anak yang masih bersekolah ya.
Menarik: Baby Happy Dapat Makanan Sedap, Emoji Neelofa Tarik Perhatian Wargamaya, Ramai Teka Baby Boy
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Beg Sekolah Berat Tak Bagus Untuk Kesihatan Anak, Beli Beg Jenis Paling Ringan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/beg-sekolah-berat-tak-bagus-untuk-kesihatan-anak-beli-beg-jenis-paling-ringan/