Baju Sekolah Lengan Pendek Jadi Lengan Panjang Labuh Bawah Lutut Guru Kongsi Kisah Dvka Murid Dia Bagus Tak Segan Pun
PERANAN seorang guru tidak terhad kepada tugas mendidik semata-mata, sebaliknya golongan ini juga menjadi ibu bapa kedua kepada pelajar ketika di sekolah.
Maka tidak hairanlah para guru melayani anak murid tidak ubah seperti anak sendiri.
Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan seorang guru wanita membantu merapikan seorang murid lelaki yang memakai kemeja sekolah bersaiz besar, benar-benar menyentuh hati netizen.
Berkongsi cerita dengan mStar, guru bernama Farrah Norashikin Juhari berkata, insiden tersebut berlaku sewaktu hari pertama sesi persekolahan dibuka iaitu pada 15 Januari.
“Ketika waktu rehat, saya suka ronda di kawasan kantin dan kelas. Masa tengah memantau, mata saya ternampak kelibat murid darjah satu bernama Jebat.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
“Saya perasan penampilannya lain macam sikit. Biasalah budak-budak, separuh sesi persekolahan, penampilan dah tak sekemas seperti waktu datang sekolah.
“Waktu itu bajunya dah terkeluar dari seluar, nampaklah baju dia besar dan labuh. Saya panggil dan tanya Jebat, ‘Ni baju abang ke?’. Saya terus bawanya ke tandas dan bantu rapikan dia semula,” cerita guru berusia 39 tahun ini.
Senang disapa sebagai Cikgu Farrah, guru ini bagaimanapun menjelaskan, penampilan Jebat yang berbaju besar itu adalah kerana bapanya tersalah saiz sewaktu membeli pakaian seragam sekolah.
Cikgu Farrah membantu merapikan Jebat.
“Jebat ni berbadan besar sikit. Waktu beli baju sekolah, ayah dia tak bawa Jebat… sebab itu tersalah beli. Ayahnya beli saiz baju sekolah sama seperti saiz abangnya yang juga berbadan besar.
“Neneknya (tok) nak alter tapi tak sempat. Tapi Jebat ni bagus, dia tak segan pun. Kalau sesetengah murid lain, mesti tak mahu dah pergi sekolah tapi Jebat ni lain… dia fikir nak belajar,” ujarnya yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kota Setar, Kedah.
Namun siapa sangka, di sebalik perkongsian tersebut, tersimpan satu kisah sedih mengenai Jebat.
Tiada langsung niat untuk tujuan content. Sebaliknya ia sekadar atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang guru yang mahu bantu anak muridnya.FARRAH NORASHIKIN JUHARIGURU“Sebenarnya Jebat baru saja kehilangan ibunya pada November tahun lalu ak1bat C0vldl9. Jebat anak bongsu daripada tiga adik beradik. Abang dan kakaknya sekolah menengah, bapanya pemandu lori.
“Selepas ibunya meninggal, mereka tinggal bersama nenek. Bila ibu dah tiada, ayahnya yang ambil alih tanggungjawab… mungkin ambil masa nak biasakan dengan peranan arw4h isterinya sebelum ini,” ujarnya yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang perguruan.
Tidak menyangka perkongsiannya tular sehingga meraih melebihi 1.8 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Cikgu Farrah berkata dia sekadar berkongsi cerita mengenai kisah anak murid sebagaimana perkongsiannya sebelum ini.
Cikgu Farrah mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai seorang pendidik.
“Saya selalu kongsi kisah anak murid di laman sosial. Penceritaan sambil imbau kenangan silam dan juga beri mesej menginsafkan. Mungkin kerana adik Jebat kehilangan ibu baru-baru ini, itu yang menyentuh hati orang ramai.
“Tapi tak sangka viral namun Alhamdulillah, terlalu ramai yang berniat untuk membantu. Terima kasih kepada masyarakat Malaysia yang sangat prihatin, namun saya terpaksa tolak kerana ris4u juga menjaga amanah orang.
“Tapi demi Allah, tiada langsung niat untuk tujuan content. Sebaliknya ia sekadar atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang guru yang mahu bantu anak muridnya.
“Manusia bebas berkata-kata, mereka tak layak menilai saya. Hanya murid-muri yang layak menilai guru mereka,” katanya lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2022/01/baju-sekolah-lengan-pendek-jadi-lengan.html