Doa Witir Kelebihan Menunaikan Solat Witir


Doa Witir & Kelebihan Menunaikan Solat Witir
Tahukah anda, solat witir adalah merupakan antara ibadah yang sangat dianjurkan untuk dilakukan. 
Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakan melakukan solat ini. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat sunat ini sebelum tidur.
BACA JUGA: Solat Tasbih – Niat & Panduan Menunaikannya
Solat Witir Solat sunat witir adalah merupakan solat sunat yang ditunaikan dengan bilangan rakaat yang ganjil. 
Kalimah witir atau sebutannya وَتْر / وِتْر  watru dan witru dari sudut bahasanya membawa maksud tunggal (bilangan yang ganjil). 
Dari sudut istilah pula, witir bermaksud: ‘’Solat tertentu yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam’’. 
Bilangan Rakaat  Solat sunat ini ditunaikan dalam bilangan rakaat yang ganjil, iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.
Sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat. 
Ia boleh ditunaikan pada waktu malam bila-bila masa selepas menunaikan solat isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh sebagai penutup solat. 
Ia tidak boleh dilakukan dua kali dalam satu malam berdasarkan larangan dari Nabi SAW. 
Bagi sesiapa yang yakin dapat bangun qiyamullail, lebih utama baginya melewatkan solat Witir agar dapat dilakukan di penghujung solat malamnya. 
Manakala bagi sesiapa yang tidak pasti akan bangun qiyamullail ataupun tidak, boleh baginya untuk menunaikan solat Witir sebelum tidur. 
Jika dia bangun di penghujung malam dia boleh menunaikan solat sunat namun tidak perlu lagi untuk mengulangi solat witir.
Rujuk cara menunaikan solat sunat witir di sini: https://ecentral.my/solat-witir/ 
Doa Selepas Solat Witir Selepas menunaikan solat witir, anda digalakkan untuk berzikir dan berdoa seperti berikut:
1. Membaca zikir di bawah ini sebanyak 3 kali:
سُبْحَانَ الـمَلِكِ القُدُّوسِ
Maksudnya: “Maha Suci (Allah) Yang Maha Menguasai Lagi Maha Suci.”
2. Kemudian mengucapkan atau berdoa:
Rumi: Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika.
Maksudnya: “Ya Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu.”
Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 4/16; Tuhfah al-Muhtaj, 2/227.
Kelebihan Solat Witir Kelebihan solat witir banyak dinyatakan dalam hadith-hadith sahih daripada Nabi Muhammad SAW. 
Antaranya ialah hadith daripada Jabir R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Maksudnya: Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal”.
Sahih Muslim (755)
Tambahan pula, Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA akan melazimi solat sunat witir ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah R.A:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur”.
Sahih al-Bukhari (1981)
Begitu juga dengan anjuran Rasulullah SAW untuk menjadikan solat witir sebagai solat terakhir pada waktu malam:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya: Jadikan akhir solat (sunat) kalian pada waktu malam dengan melakukan solat sunat witir.
Sahih al-Bukhari (998) dan Sahih Muslim (751)
RUJUKAN:
https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/posts/544646780355836/  https://zulkiflialbakri.com/894-solat-sunat-selepas-solat-witir/ https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3734

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-witir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-witir

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Solat Jemaah Kelebihan Melakukannya

Niat Solat Jemaah Kelebihan Melakukannya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 125 hits
PENTING NIAT PANDUAN DAN KELEBIHAN MELAKSANAKAN SOLAT JEMAAH Tahukah anda pahala yang diperoleh bagi orang yang melakukan solat jemaah adalah berlipat ganda lebih banyak berbanding orang yang solat secara bersendirian Berikut kami kongsikan...
Senarai Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Zikir Harian

Senarai Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Zikir Harian

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 303 hits
Amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi mendekatkan diri kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT Jangan tergesa gesa bangun selepas menunaikan solat fardu tanpa duduk sebentar untuk berdo...
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 Dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban

Tarikh Nifsu Syaaban 2024 Dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 238 hits
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 7 Mengapakah malam begitu istimewa Banyak kelebihan malam nisfu syaaban antaranya malam terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa Umat Islam dinasihati untuk tidak melepask...
Kelebihan Zikir

Kelebihan Zikir

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 296 hits
Ini ada 5 contoh zikir yang boleh kita amalkan Pertama berzikir dengan lafaz Laa Ilaaha Illallahu Wahdahu La Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa Alaa Kulli Syaiin Qadir sebanyak 100 kali dalam sehari Barangsiapa yang mengucapkan La...
Crown Gigi 6 Jenis Kelebihan Harga Dan Cara Penjagaan Crown Gigi

Crown Gigi 6 Jenis Kelebihan Harga Dan Cara Penjagaan Crown Gigi

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 269 hits
Crown Gigi 6 Jenis Kelebihan Harga dan Cara Penjagaan Crown Gigi 7 Gigi anda mengalami kerosakkan atas sebab tertentu Sekiranya ada anda boleh cuba membuat Ia dapat menyembunyikan gigi yang rosak atau berubah warna dan biasanya merupakan pe...
Kelebihan Surah Al Sajdah

Kelebihan Surah Al Sajdah

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsikan Kelebihan Surah Al Sajdah pula dengan korang Surah Sajdah nie bermaksud sujud iaitu surah yang ke 32 dalam Al Quran dan ada 30 ayat Kelebihan Surah Al SajdahKelebihan Surah SajdahSura...
Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 240 hits
Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu 8 Menjadi penjawat awam merupakan impian sebahagian orang ramai kerana kelebihan bila kerja kerajaan Ramai mereka yang menginginkan pekerjaan tetap dan stabi...
Dua Kelebihan Utama Samsung Galazy Z Flip5

Dua Kelebihan Utama Samsung Galazy Z Flip5

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 207 hits
Berkali kali peranti telefon pintar dari Siri Galaxy Z Flip telah membuktikan bahawa ia adalah gabungan sempurna antara inovasi dan reka bentuk premium Selepas lima tahun kemudian ia kini telah memenangi hati peminat Galaxy seluruh dunia Ba...
Kelebihan Dan Tip Guna Planner Dalam Kehidupan Seharian

Kelebihan Dan Tip Guna Planner Dalam Kehidupan Seharian

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 265 hits
Sepatutnya plan nak kongsi tentang Planner 2024 adalah pada hujung tahun lepas Lepas tu asyik la terlupa Hujung tahun lepas selamat beli Planner sempena nak sambut kedatangan tahun baru Korang jenis suka guna planner tak Kalau ya perkongsia...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025