Audio Tular Polis Akan Panggil Ahmad Zahid Anwar



Polis dijangka memanggil Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan kes berhubung rakaman audio yang tular didakwa mirip suara dua pemimpin itu, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
Jelasnya, Presiden UMNO dan Presiden PKR itu perlu tampil membuat laporan polis, jika benar rakaman tersebut berbentuk fitnah.
“Apabila kertas siasatan dibuka, memang itulah tindakan yang akan diambil. Apabila tiba masanya, pegawai penyiasat akan memanggil (mereka)
“Kedua-dua pihak, sama ada Anwar atau Ahmad Zahid, sekiranya mereka merasakan teraniaya, mereka perlu tampil membuat aduan.
“Tetapi, sekiranya orang ramai rasa tertekan, cemas atau (ia) menimbulkan kegemparan (tampil buat laporan). Apabila menerima banyak laporan, pihak polis ada sebab untuk buka kertas siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.
Mengulas mengenai siasatan terhadap audio itu, Abdul Hamid berkata, polis masih giat menganalisa ketulenan rakaman tersebut.
Jelasnya lagi, siasatan akan dijalankan secepat mungkin dan hasil analisa akan diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Sekiranya ada hasil daripada analisa tersebut, akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk pihak itu mengklasifikasikan atas kesalahan undang-undang mana atau seksyen apa kes tersebut.
“Proses itu adalah biasa,” katanya.
Terdahulu, rakaman audio perbualan dua individu yang mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman itu tular di media sosial.
Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 menerusi panggilan telefon.
Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat, selama 22 tahun.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut dengan keras menafikan ia suara mereka.
The post Audio tular: Polis akan panggil Ahmad Zahid, Anwar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/10/audio-tular-polis-akan-panggil-ahmad-zahid-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 571 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Apr 2021 3 42 pmPolis menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk tampil memfailkan laporan sekiranya mereka percaya klip audio yang dikatakan itu palsu Ketua Polis Negara Abd...
Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 348 hits
April 10 2021 Rakaman audio didakwa melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno bukanlah satu isu yang boleh merosakkan semangat reformasi Bekas senator Ezam Mohd Nor yang kini memimpin gerakan longgar yang dijuluki nama Gerak 9...
Zahid Nafi Audio Bocor Dengan Anwar Akan Lapor Polis

Zahid Nafi Audio Bocor Dengan Anwar Akan Lapor Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 331 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 398 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 492 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri juga d...
Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 646 hits
PERMATANG PAUH Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara peribadi mengakui amat terganggu dengan isu perbualan telefon antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri An...
Papagomo Urges Police To Investigate Zahid Anwar Audio Clip

Papagomo Urges Police To Investigate Zahid Anwar Audio Clip

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 352 hits
Umno Youth exco Wan Muhammad Azri Wan Deris has lodged a police report seeking an investigation over the phone conversation purportedly between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR president Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri who is also ...
Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 415 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar ...
Akar Umbi Umno Kian Resah Percaya Audio Zahid Anwar

Akar Umbi Umno Kian Resah Percaya Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 366 hits
PUTRAJAYA Ahli ahli akar umbi UMNO semakin gelisah dan keliru selepas tular audio perbualan telefon antara Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua UMNO Bah...
Sofia Rini Buyong Nafi Proksi Shamsul Iskandar Sifatkan Tuduhan Albert Tei Tohmahan

Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Majlis Anugerah Program Nilam Seklah 2025 Merah

Charitable Radiation Therapy Cost In Delhi 9266376206

Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

Lapan Kru Hilang Bot Pancing Karam Di Perairan Pulau Perak

Aiskrim Homemade Mudah Murah Resipi Viral Tekstur Halus Persis Jenama Mahal

Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Siasat Pm Dan Sprm

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Karipap Kayangan

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara

Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63