Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar



(Malaysiakini) – Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Wan Muhammad Azri, juga dikenali sebagai blogger Papagomo, berkata siasatan akan menentukan sama ada fail audio berdurasi empat minit itu sahih atau jika ada dalang yang telah memalsukannya.
“Sehubungan dengan itu, saya memanjangkan laporan polis ini agar suatu siasatan menyeluruh dapat dilakukan bagi mengenalpasti kesahihan dan dalang yang memalsukan audio rakaman perbualan tersebut.
“Ia juga untuk menjaga nama baik institusi Umno yang bertegas menolak kerjasama dengan PKR dan Anwar Ibrahim.
“Sebagai ahli parti saya perlu bertindak menjaga nama baik institusi presiden dan nama parti Umno dari terus diperlekehkan dan diaibkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab,” katanya pada kenyataan selepas memfailkan laporan polis malam tadi di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.
Katanya lagi, laporan polis itu dibuat susulan Zahid menafikan dirinya empunya salah satu suara dalam klip audio yang muncul malam Selasa lalu.
“Melalui penafian tersebut, audio rakaman perbualan tersebut dipercayai telah dipalsukan bagi tujuan memalukan dan mengaibkan Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden Umno.
“Bahawa individu yang membuat, menerbit dan mengedarkan video yang terkandung audio rakaman itu berniat jahat dan cuba untuk mengaibkan dan mencemar nama baik Zahid Hamidi.
“Selain itu audio tersebut seolah-olah cuba menunjukkan presiden Umno’berlakon’ semasa PAU 2020 dan wujud kerjasama dengan Anwar Ibrahim,” kata Wan Muhammad lagi.
Berdasarkan klip audio itu, suara yang kedengaran seperti Anwar memuji suara yang kedengaran seperti Zahid mengenai cara presiden Umno itu mengendalikan PAU 2020 yang berlangsung baru-baru ini.
Zahid telah menafikan sekeras-kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan Anwar itu, berkata dia “amat kecewa dan terkejut” dengan tuduhan itu.
Presiden Umno itu juga mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘rancangan politik’ untuk melemahkan atau memusnahkan Umno.
Zahid malam tadi membuat hantaran di Facebook memberi amaran mengenai bahaya media sosial.
“Ahli Umno sekalian. Media sosial. Ini zaman dunia digital. Dalam kebaikan yang boleh diperoleh terselindung juga keburukan jika niat kita tidak baik ketika menggunakan media sosial,” katanya.
Dia juga membayangkan penyebaran klip audio itu sebagai serangan terbaru “untuk menjadikan rakyat benci kepada Umno serta BN.”
“Barisan Nasional (BN) tewas PRU-14 pada 9 Mei 2018 angkara media sosial.
“Pelbagai dakyah, fitnah, perspekif negatif dan cerita tokok tambah diada-adakan pihak lawan,” kata Zahid.
Presiden Umno juga mendakwa pada PRU14 “sebuah parti politik menawarkan peluang pekerjaan kepada cybertrooper dengan bayaran ribuan ringgit sebulan.”
“Mereka iklankan pekerja menggunakan Jobstreet. Misi mereka memburuk-burukkan Umno dan menyebarkan fitnah.
“Ia masih berlarutan sehingga saat ini,” dakwa ahli parlimen Bagan Datuk.
Zahid juga mendakwa walaupun Umno telah membentuk kerajaan tetapi parti itu tiada kuasa pemerintahan mutlak.
“Mereka masih melakukan perkara sama. Kerana apa, tidak mahu kita bangkit, mahu melemahkan kita dan mahu terus memastikan rakyat membenci kita,” katanya lagi.
Oleh itu, Zahid menyeru “kesetiaan dan keikhlasan” ahli Umno untuk bergerak di media sosial “mara menangkis tohmahan dan fitnah.”
“Apa yang saya minta adalah tangkis tohmahan dengan fakta yang tepat dan bukannya menabur fitnah.
“Kepimpinan Umno tidak seperti mereka,” jelasnya lagi.
Sejak penyebaran klip audio iti, Anwar telah menafikan dia telah melakukan perbualan telefon dengan Zahid.
Anwar berkata dia akan membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpinan negara setelah gagal “mengugut” dan “merasuah” pemimpin pembangkang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/09/papagomo-lapor-polis-minta-siasat-klip-audio-zahid-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Nafi Audio Bocor Dengan Anwar Akan Lapor Polis

Zahid Nafi Audio Bocor Dengan Anwar Akan Lapor Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 337 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Papagomo Urges Police To Investigate Zahid Anwar Audio Clip

Papagomo Urges Police To Investigate Zahid Anwar Audio Clip

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 367 hits
Umno Youth exco Wan Muhammad Azri Wan Deris has lodged a police report seeking an investigation over the phone conversation purportedly between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR president Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri who is also ...
Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar ...
Audio Tular Polis Akan Panggil Ahmad Zahid Anwar

Audio Tular Polis Akan Panggil Ahmad Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 362 hits
Polis dijangka memanggil Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan kes berhubung rakaman audio yang tular didakwa mirip suara dua pemimpin itu baru baru ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bado...
Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 575 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Apr 2021 3 42 pmPolis menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk tampil memfailkan laporan sekiranya mereka percaya klip audio yang dikatakan itu palsu Ketua Polis Negara Abd...
Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 548 hits
SHAH ALAM Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat kebenaran rakaman audio perbualan telefon di antara individu dikaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak ma...
Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 407 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 326 hits
ARAU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CyberSecurity Malaysia masih belum menerima laporan berhubung rakaman audio yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PKR Datuk Ser...
Audio Anwar Zahid Wire Tapping Atau Rakam Sendiri

Audio Anwar Zahid Wire Tapping Atau Rakam Sendiri

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 297 hits
SHAH ALAM Teknologi digital pada hari ini membolehkan berlakunya rakaman suara secara terus oleh pelaku tanpa pengetahuan atau direka dengan menggunakan suara orang yang mampu meniru suara individu tertentu Pakar audio dan visual Dr Megat A...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Gelandangan Kronil Di Kl

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

Pengalaman Ke Pasar Pagi Mengajar Anak Kenal Barang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Bunga Telang Putih

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Persiapan Strategik Mesyuarat Koordinasi Perlawanan Dan Sidang Media Pra Perlawanan

Kerajaan Korea Selatan Panggil Mesyuarat Kecemasan Untuk Menangani Krisis Terkini

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah