Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar



KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KDN akan menyiasat semua laporan yang telah diterima oleh kementeriannya.

“Sudah tentu kita (KDN) akan menyiasat semua laporan yang telah diberikan kepada kita. Pertama sekali kita siasat tentang ketulenan dan apakah ada perbuatan itu? Kalau tiada perbualan itu maka bermakna cerita yang dibuat itu adalah fitnah.

“Jadi ada dua perkara di sini pertama, perbualan dan adakah ia tulen, kedua apa yang ada dalam perbualan itu. Betul atau tidak?” katanya pada sidang akhbar selepas hadir melancarkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), di sini pada Khamis.

Hamzah berkata, beliau juga ada mendengar perbualan rakaman audio dan turut meneliti perbualan berkenaan.

Pada Rabu, Ahmad Zahid menafikan perbualannya dengan Anwar seperti dalam rakaman audio yang tersebar, dan menyatakan pegawainya akan segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara itu.

Zahid nafi perbualannya bersama Anwar

Anwar nafi audio perbualan bersama Zahid

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai isu penghantaran pulang warga Myanmar Hamzah berkata, kerajaan akan menghantar pulang sesiapa sahaja warga asing yang didapati bersalah dan selesai menjalani hukuman.

“Sesiapa sahaja warga asing bersalah di sini, apabila sampai masa kita hantar pulang, kita hantar pulang. Apa hal pula kita hendak menahan orang (warga asing) yang duduk di negara ini, yang telah menjalani segala hukuman? Kenapa kita hendak tahan dan bayar lagi kos lebih kurang RM30 sehari satu kepala?” katanya.

Sebelum ini, Malaysia dilapor memulakan penghantaran 1,200 pelarian Myanmar membabitkan pemohon suaka dan tahanan lain ke pelabuhan, selain kapal tentera laut negara itu sedang menunggu untuk membawa mereka pulang.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada kumpulan hak asasi manusia yang berusaha menghentikan pengusiran itu di mahkamah, atas alasan ia merisikokan nyawa mereka.

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 23 Februari lepas, membenarkan penangguhan sementara terhadap keputusan kerajaan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar yang sudah dibawa ke pangkalan tentera laut Lumut, Perak. - Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/kdn-akan-siasat-ketulenan-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 269 hits
ARAU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CyberSecurity Malaysia masih belum menerima laporan berhubung rakaman audio yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PKR Datuk Ser...
Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 509 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Apr 2021 3 42 pmPolis menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk tampil memfailkan laporan sekiranya mereka percaya klip audio yang dikatakan itu palsu Ketua Polis Negara Abd...
Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 396 hits
SHAH ALAM Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat kebenaran rakaman audio perbualan telefon di antara individu dikaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak ma...
Rakaman Audio Komplot Zahid Anwar Ahli Umno Kena Tanya Presiden Sendiri Mb Perak

Rakaman Audio Komplot Zahid Anwar Ahli Umno Kena Tanya Presiden Sendiri Mb Perak

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 335 hits
TANJUNG MALIM Ahli UMNO dinasihat agar tidak cepat melenting berikutan pendedahan rakaman audio perbualan telefon yang mengaitkan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi UM...
Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 356 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONRakaman perbualan peribadi yang didakwa mirip Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai hari hitam kepada demokrasi Malaysia Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk...
Dalang Cipta Rakaman Audio Zahid Anwar Terbongkar

Dalang Cipta Rakaman Audio Zahid Anwar Terbongkar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 634 hits
Dalang Cipta Rakaman Audio Zahid Anwar Terbongkar Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas berkata dia akan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencipta rakaman audio yang didakwa melibatkan Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim Untuk menghe...
Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 421 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri juga d...
Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 294 hits
April 10 2021 Rakaman audio didakwa melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno bukanlah satu isu yang boleh merosakkan semangat reformasi Bekas senator Ezam Mohd Nor yang kini memimpin gerakan longgar yang dijuluki nama Gerak 9...
Macam Biasa Kenyataan Anwar Mesti Menyalahkan Orang Lain Rakaman Audio Fitnah Tipu Helah Pimpinan Negara

Macam Biasa Kenyataan Anwar Mesti Menyalahkan Orang Lain Rakaman Audio Fitnah Tipu Helah Pimpinan Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 224 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan bahawa dia adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpin...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Teknik Sempadan Dengan Kawan

Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat

03 Mangrove Resort Tuaran Sabah Melakar Kenangan Indah

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit