Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023


 

Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh hari ini kita telah mendapati satu berita yang hangat di media sosial yang mana seorang kurus telah masuk Islam dengan kerelaan hati sendiri.
Pembantu Jurulatih dan Penganalisis Video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk agama islam pada hari ini yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal, Coach Azli, Coach Abdul Rahman dan Encik Qusmaini. Beliau akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar.
Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.
Menurut Fb Boszam
Jom ikuti berita Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023
Kepada yang berminat untuk mengikuti berita semasa info info kerjaya atau bantuan rasmi kepada kerajaan anda boleh ikuti telegram maklumat terpantas di Malaysia di bawah:

Makluman Assistant Coach Masuk Islam Biodata Assistant Coach Masuk Islam  Biodata Peribadi Full name: Pol Corpas Cuatrecasas Date of Birth: Aug 15, 1996 Place of Birth: Barcelona Spain Age: 26 Citizenship: Spain Spain Avg. term as coach: 1.00 Years Coaching Licence: UEFA Pro Licence Dan di ikuti juga kemeriahan di Instagram beliau dimana ramai orang mengucapkan tahniah dan jutaan syukur kerana telah berminat dan berkeinginan untuk memeluk islam secara rela hati dan tanpa ada paksaan dari pihak lain.
Instagram Pol Corpass
Alhamdulillah Assistant Coach Masuk Islam  Dikatakan juga bahawa Assistant Coach Masuk Islam adalah orang Sepanyol.
PENOLONG jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam.
Perkara itu dikongsikan laman Facebook TRW Kelantan FC pada Rabu dengan Pol Corpas yang juga berasal dari Sepanyol akan menggunakan nama baharu Islam iaitu Abu Bakar.
Baca juga:
Kerjaya Di Agensi Nuklear Malaysia Bagi Tahun 2023
Semak STR Fasa 2 Bagi Tahun 2023
“Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Coach Qus (Qusmaini Noor Rusli).
FB TRW FC “Dia akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar,” kata kenyataan di laman Facebook TRW Kelantan FC.
Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.
Nama  Baharu Assistant Coach Masuk Islam Difahamkan nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa dan akan mulai dikenali sebagai Abu Bakar mulai esok.
Menurut ZamSaham, wakil Hidayah Centre Foundation akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan pendaftaran Syahadah. Ia berlaku di Hotel Zamburger Kota Warisan, Sepang iaitu tempat dimana barisan jurulatih menginap untuk sementara.
Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.
Selain pembantu jurulatih, beliau juga merupakan penganalisis video pasukan TRW Kelantan dan akan membantu ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon Sik dalam merencanakan pelbagai taktikal.
Semoga Allah SWT Merahmati Assistant Coach Masuk Islam Selalu  Admin berharap semoga berita dan kisah Assistant Coach Masuk Islam Kelantan Pada 8 Februari 2023 menjadi satu kebanggaan dan kita agar untuk kita terus menyebarkan memberitahu akan kesejahteraan keamanan yang mana merupakan satu teras yang ada di dalam agama Islam. Sesungguhnya berdakwah kepada orang bukan Islam tidak terhad kepada seorang yang mendapat tiket Ustaz sahaja akan anda sebagai seorang Muslim yang mampu memberi contoh sifat seorang muslim boleh juga memberi kesan kepada orang bukan Islam lalu mengajar mereka akan Apa itu Islam sendiri.
Kongsikan kisah Assistant Coach Masuk Islam Ini kepada semua yang mengenali diri dia
Perkongsian ilmu Masuk Islam Secara Mudah (1)
Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Di tempat kita, sebahagian orang lebih suka memberat-berat dan menakut-nakutkan orang yang ingin memeluk islam. Jauh sekali untuk membimbing mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Yang mereka tahu, apabila ada yang hendak memeluk Islam, perkara pertama yang perlu ditanya ialah sudah ‘potong’ ke belum? Perkara awal pula yang perlu diberitahu;“bila you masuk Islam, you mesti kena solat lima waktu sehari semalam, pagi-pagi lagi you mesti kena bangun tidur dan you mesti kena berpuasa, tidak boleh makan dan minum selama sebulan Ramadhan. Hah macamana? You sanggup masuk Islam atau tidak? Lebih baik you fikir dulu sebelum buat keputusan.”
Orang kita nampaknya bukan hendak memudahkan urusan pengislaman seseorang, tetapi mereka sebenarnya sering mudah terpengaruh dengan buruk sangka mereka sendiri terhadap saudara baru, sehingga mendorong mereka melayan saudara-saudara baru sedemikian rupa.
Saya sendiri pernah mendengar beberapa soalan yang diajukan kepada seorang yang baru memeluk Islam, yang saya bawa untuk mendaftarkan keislamannya di pejabat agama salah sebuah negeri lebih beberapa tahun yang lalu. Termasuk soalan yang ditanya tersebut ialah: “kenapa you hendak masuk Islam?” Apabila soalan ini diajukan kepada hamba Allah tersebut, saya lihat jelas di wajahnya rasa tidak selesa.
Pendekatan kita sebegini, bagi saya tidak bersifat mesra saudara baru. Sepatutnya kita menyambut saudara baru dengan ucapan tahniah dan mengalu-alukan pendiriannya memilih agama Islam yang menyelamatkan dia di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kita tanya tujuannya, seolah-olah kita ragu dengan niat ikhlasnya.
Dari segi cara yang kita amalkan, seolah-olah memperlihatkan Muslim hari ini, semuanya benar-benar ikhlas memeluk Islam kerana Allah swt, benarkah begitu? Saya tidak berniat mempersoalkan keikhlasan umat Islam hari ini, kerana soal ikhlas ataupun tidak ini adalah urusan Allah swt. Kita tidak disuruh untuk menyelidik hati setiap orang, cukuplah kita menghukum seseorang yang menzahirkan Islamnya sebagai muslim dan demikianlah sebaliknya.
Cuma jika benar orang muslim hari ini semuanya benar-benar ikhlas kerana Allah swt, sehingga jika ada yang hendak memeluk Islam kita terpaksa bertanyakan tujuannya, maka nampaknya umat yang memeluk Islam hari ini lebih baik dari umat yang memeluk Islam di zaman Nabi saw. Ini kerana di zaman baginda saw, ada juga yang memeluk Islam pada zahirnya sahaja sedang hatinya tetap kufur kepada Allah swt seperti yang terjadi kepada golongan munafik di Madinah.
Apakah kita berani memperkatakan orang yang memeluk Islam hari ini lebih baik keadaannya berbanding di zaman Nabi saw? Perkara ini adalah suatu yang mustahil.
Soalan Yang Tidak Sesuai Ada orang beranggapan, kita perlu selidik tujuan setiap orang yang nak masuk islam. Supaya tidak ada yang memeluk Islam disebabkan tujuan-tujuan lain selain kerana Allah swt sahaja. Pemahaman sebegini bersalahan dengan sunnah Nabi saw. Al-Imam al-Bukhari dan selainnya telah meriwayatkan sebuah hadith mengisahkan tentang Usamah bin Zaid yang telah membunuh seorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam peperangan, orang tersebut mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Usamah, ketika Usamah mengangkat pedang untuk membunuhnya. Namun Usamah tetap membunuhnya walaupun mendengar orang tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda benar-benar mengingkari tindakan Usamah ini, baginda bersabda: “Apakah kamu membunuhnya, walau selepas dia mengucap laailahaillallaah?” Jawab Usamah: “Sesungguhnya dia mengucapkan kalimah itu kerana takutkan pedangku.” Lalu baginda bertanya kepada Usamah: “Apakah kamu telah belah dadanya (sehingga kamu boleh tahu ia mengucapkan kalimah tersebut kerana takutkan pedangmu)?” Di dalam sebahagian riwayat yang lain, Nabi saw bertanya kepada Usamah: “Apa yang hendak kamu katakan dengan kalimah ‘laailahaillallaah’(yang diucapkan)nya itu pada hari kiamat nanti?” Jika ikutkan cara kita, sudah tentu kita akan kata tindakan Usamah itu adalah benar, kerana orang tersebut melafazkan dua kalimah syahadah setelah Usamah mengangkat pedangnya. Ini menunjukkan orang itu tidak ikhlas mengucap dua kalimah syahadah kerana Allah. Namun perkara yang sebaliknya dilakukan oleh Nabi saw. Ini kerana urusan hati, tidak ada manusia yang dapat membacanya, cukuplah kita mengiktiraf keislaman seseorang dengan kesediaannya mengucapkan dua kalimah syahaadah. Setelah itu kita berusaha bagaimana menjelaskan secara hikmah kepadanya tentang kefardhuan-kefarduan yang lain di dalam Islam, termasuklah ikhlas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/02/assistant-coach-masuk-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilan Guru Takmir Bagi Majlis Agama Islam Kelantan Tahun 2023

Pengambilan Guru Takmir Bagi Majlis Agama Islam Kelantan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 264 hits
Pengambilan Guru Takmir Bagi Tahun 2023 Assalamualaikum wbt hari ini admin ingin berkongsi berkaitan dengan satu kekosongan jawatan merupakan peluang keemasan yang anda perlu ambil dan Mohon Anda boleh merujuk di bawah Cara permohonan dan s...
Top Commentator Bulan Januari Dan Februari 2023 Tahniah

Top Commentator Bulan Januari Dan Februari 2023 Tahniah

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum wbt Okey pada cerita yang lepas saya ada bagitau pada awak untuk umumkan nama pemenang Top Commentator Bulan Januari bersekali dengan nama pemenang Top Commentator Bulan Februari Minta maaf sangat sangat kerana terlewat sebu...
Official Kerjaya Di Uitm Bulan Februari 2023 Wow Mohon Segera

Official Kerjaya Di Uitm Bulan Februari 2023 Wow Mohon Segera

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 165 hits
Kerjaya Di UiTM Bulan Februari 2023 Jawatan Kosong UiTM Bulan Februari 2023 Ikuti Cara Memohon Makluman UiTM berita terkini mengenai kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kos...
Temuduga Terbuka Guru Kafa Februari 2023

Temuduga Terbuka Guru Kafa Februari 2023

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 172 hits
Temuduga Terbuka Guru Kafa Februari 2023 Makluman JAKIM berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan kerajaan pusat dan negeri...
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Bulan Februari Tahun 2023

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Bulan Februari Tahun 2023

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 180 hits
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Bulan Februari Tahun 2023 Kini dibuka berkenaan jawatan kosong yang ditawarkan khusus kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong serta memulakan kerjaya bagi tahun...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord