Apa Yang Menghalang Presiden Umno Dari Mengeluarkan Arahan Kepada Ahli Parlimen Umno Untuk Menarik Sokongan




Sudah hampir sebulan Peerhimpunan Agung UMNO 2020 melabuhkan tirainya dan ini juga bermakna Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi, diberikan mandat oleh perwakilan UMNO dari seluruh negara untuk mengeluarkan arahan pada bila-bila masa supaya Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional

Segala keperluan Perlembagaan UMNO sudah dipenuhi

Suara dari akar umbi yang bermula dari peringkat cawangan UMNO seluruh negara sudah dibawa kepada mesyuarat peringkat bahagian UMNO dan sebanyak 147 bahagian UMNO di seluruh negara sudah membuat ketetapan supaya :
1) UMNO memutuskan kerjasama dengan PPBM sebaik sahaja menjelang Pilihanraya Umum ke 15

2) Tiada kerjasama antara UMNO dengan PPBM, DAP dan PKR

Baca di sini :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/147-umno-bahagian-tolak-kerjasama-dengan-bersatu-ahmad-maslan-276193


Suara desakan dari akar umbi UMNO telah dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah diadakan di Janda Baik, Pahang untuk dibincangkan dan untuk diluluskan

Baca di sini :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mt-umno-bermesyuarat-di-janda-baik-283755

Ramai yang salah faham, mereka menuduh UMNO sengaja menimbulkan ketegangan politik untuk memberi tekanan kepada PPBM apabila MKT UMNO mengadakan mesyuarat di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari 2021. 

Sebenarnya, Mesyuarat MKT UMNO diadakan selepas Presiden PPBM, Mahiaddin Md Yassin, mendesak UMNO membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan Perikatan Nasional atau pun tidak dalam satu perjumpaan antara UMNO, PPBM dan PAS pada 15 Februari 2021

Baca di sini :
https://umno-online.my/2021/03/04/umno-tiada-kerjasama-dengan-ppbm-dalam-pru-15-kebersamaan-dalam-pn-hingga-parlimen-bubar/

Jadi mengapa mahu menuding jari kepada UMNO apabila keputusan sudah dibuat

Selepas MKT UMNO meluluskan usul akar umbi dan membuat keputusan supaya usul itu dibahaskan oleh perwakilan UMNO ketika Persidangan Agung UMNO 2020 berlangsung untuk mendapatkan mandat dari perwakilan, usul tersebut telah mendapat sokongan padu dari keseluruhan perwakilan UMNo yang hadir ketika PAU 2020

Untuk rekod, usul yang telah diluluskan oleh perwakilan dalam PAU sebagai badan tertinggi menentukan dasar parti adalah dianggap sebagai dasar parti dan tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak meski pun oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Baca di sini :
Rujuk Fasal 8.1 Perlembagaan UMNO


Malah dalam PAU 2020 yang lepas, perwakilan UMNO juga telah memberikan 'blank cheque' kepada Presiden UMNO untuk menentukan bilakah masanya yang beliau fikirkan sesuai untuk mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional!!

Semua kehendak Perlembagaan UMNO sudah dipatuhi, persoalannya sekarang, mengapa sampai sekarang Presiden UMNO masih lagi tidak mahu mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional


Ada sumber mengatakan, ini adalah kerana serangan yang dilakukan oleh kluster pengkhianat UMNO yang mendedahkan rakaman talipon antara Presiden UMNO dan Presiden PKR menyebabkan majoriti Ahli Parlimen UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mula meragui Presiden UMNO

Naratif yang cuba ditanamkan oleh kluster pengkhianat UMNO ialah Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, beliau adalah pemimpin yang telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait, di hadapan bercakap lain, tetapi di belakang peerbuatannya lain

Memang diakui, kesilapan Presiden UMNO, DS Zahid, ialah menafikan kesahihan rakaman audio tersebut, namun apakah dengan hanya satu rakaman audio yang berdurasi 4.17 minit boleh mengubah dasar parti yang sudah dibuat dalam PAU 2020

Ia hanyalah perbualan biasa antara 2 pemimpin, itu sahaja

Lagi pun, tidak ada sepatah ayat yang jelas menyatakan adanya persetujuan untuk melakukan kerjasama politik antara UMNO dan PKR, jadi apa masalahnya

'Kalau pun ada', ianya masih lagi tidak boleh mengubah keputusan parti untuk memutuskan hubungan dengan PPBM, kerana mandat yang perwakilan beri kepada Presiden ialah menentukan bilakah tarikh untuk mengeluarkan arahan kepada Ahli Parlimen UMNO untuk menarik diri dari Perikatan Nasional dan bukannya mandat untuk menentukan bilakah akan dimulakan kerjasama politik antara UMNO dan PKR!!



Niat rakaman talipon itu didedahkan sudah jelas apabila telah wujud gerakan oleh kluster pengkhianat UMNO untuk membeli Ahli Parlimen UMNO dan juga Ketua Bahagian UMNO seluruh negara supaya mendesak keputusan yang telah dibuat dalam PAU 2020 diubah

Baca di sini :
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=409201816815934&id=100031783586310

Selepas berjaya membunuh karektor dan integriti Presiden UMNO dalam fasa pertama, kini kluster pengkhianat menggunakan politik wang untuk menjatuhkan Presiden UMNO yang tidak mahu tunduk kepada PPBM dan kluster pengkhianat UMNO

Mereka sudah mempunyai rancangan untuk menubuhkan UMNO 3.0 yang dikatakan akan diketuai oleh salah seorang pemimpin UMNO di dalam kluster pengkhianat

Baca di sini :
https://malaysiagazette.com/2021/04/12/rakaman-suara-anwar-zahid-digerakkan-umno-3-0-ppbm-mazalan/


Dan satu lagi kluster pengkhianat UMNO dikatakan telah memulakan kempen untuk menjadi Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO yang akan datang

Kini 'scheme of things' tajaan PPBM dilihat semakin berleluasa di peringkat akar umbi UMNO

Kita tidak faham, mengapa Presiden UMNO masih lagi tidak mahu menggunakan mandat yang diberikan secepat mungkin dalam keadaan akar umbi semakin diratah oleh 'scheme of things' tajaan PPBM


Malah kenyataan-kenyataan biadap yang menghina pemimpin UMNO oleh pemimpin PPBM semakin menjadi-jadi dan ini benar-benar menyemarakkan kemarahan akar umbi UMNO

Baca di sini :
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/19/gelar-ahli-politik-kluster-mahkamah-binatang-politik-faiz-anjing-salakan-bersatu-kata-umno/

Kalau pun merasa bersalah kerana sudah tersilap langkah dalam isu audio rakaman perbualan talipon, keluarkan kenyataan rasmi dan mohon maaf kepada akar umbi dan nyatakan secara jujur, apa maksud sebenar perbualan itu

Akar umbi boleh menerima apa juga penjelasan dari Presiden UMNO berkenaan rakaman audio talipon itu, yang akar umbi tidak boleh terima ialah UMNO masih lagi meneruskan kerjasama dengan PPBM

Kalau pun ada Ahli Parlimen UMNO yang enggan mengikut arahan Presiden UMNO, ambil tindakan tegas terhadap mereka kerana melanggar ketetapan parti, lagi pun akar umbi mahu mengenal pasti muka-muka kluster pengkhianat dalam UMNO dan tahulah akar umbi berikan pengajaran kepada mereka sama ada dalam Pemilihan UMNO atau pun dalam PRU 15 nanti, jangan lupa akar umbi UMNO ada di seluruh negara

Kita faham dengan penarikan diri dari Perikatan Nasional, tidak akan menumbangkan kerajaan kerana negara berada dalam keadaan darurat, namun keengganan Ahli Parlimen UMNO mematuhi ketetapan parti akan memudahkan akar umbi untuk mengenalpasti mereka

Semakin lama Presiden UMNO tunggu, semakin rapuh keadaan di akar umbi

Jadi seperti lirik lagu Sweet Charity, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang!!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/04/apa-yang-menghalang-presiden-umno-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Di Tangan Ahli Parlimen Umno

Kuasa Di Tangan Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 214 hits
Kuasa yang menentukan sama ada UMNO bakal menarik sepenuhnya sokongan parti itu daripada kerajaan Perikatan Nasional terletak di tangan ahli ahli Parlimennya dan bukan keputusan pucuk kepimpinan parti Sumber dalaman Majlis Kerja Tertinggi U...
Rakaman Audio Komplot Zahid Anwar Ahli Umno Kena Tanya Presiden Sendiri Mb Perak

Rakaman Audio Komplot Zahid Anwar Ahli Umno Kena Tanya Presiden Sendiri Mb Perak

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 229 hits
TANJUNG MALIM Ahli UMNO dinasihat agar tidak cepat melenting berikutan pendedahan rakaman audio perbualan telefon yang mengaitkan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi UM...
Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 278 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Ahli Umno Lari Jika Dap Diterima

Ahli Umno Lari Jika Dap Diterima

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 309 hits
KERJASAMA Umno PKR perlu dikaji dari sudut penerimaan ahli parti dan bukan ahli yakni pengundi Kekuatan sebuah parti bergantung kepada ramainya ahli namun kemenangan bergantung penuh pada pengundi berdaftar Sukar bagi ahli Umno untuk meneri...
Bukan Soal Rakaman Itu Sah Atau Menyalahi Undang Undang Penafian Zahid Tidak Mampu Yakinkan Ahli Umno Dibawah

Bukan Soal Rakaman Itu Sah Atau Menyalahi Undang Undang Penafian Zahid Tidak Mampu Yakinkan Ahli Umno Dibawah

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 302 hits
by1Media my April 08 20210Penafian Zahid sebelum ini berkaitan surat beliau yang menyokong Anwar dan surat itu juga dibawa oleh Anwar ketika mengadap YDP Agong masih ragu dan tidak dinafikan Zahid secara Anak Jantan Tular dari semalam pula ...
Pemimpin Umno Gesa Tok Mat Ganti Zahid Sebagai Presiden

Pemimpin Umno Gesa Tok Mat Ganti Zahid Sebagai Presiden

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 329 hits
April 7 2021 Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz menjadi tokoh baru Umno yang secara terbuka menggesa penyingkiran Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Selain penentangan sejumlah pemimpin parti satu rakaman audio menunjukkan perbin...
Fasal 10 Umno Boleh Digunakan Lucut Jawatan Zahid Kata Bekas Ahli Umno

Fasal 10 Umno Boleh Digunakan Lucut Jawatan Zahid Kata Bekas Ahli Umno

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 222 hits
Jawatan Presiden UMNO yang dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh terlucut serta merta sekiranya Fasal 10 perlembagaan parti itu dikuatkuasakan kata seorang bekas ahli parti yang pernah menjadi mangsa dihukum dibawah peraturan tersebu...
Sebelum Mahu Namakan Calon Pm Tonjolkanlah Dulu Siapa Nak Tanding Presiden Umno

Sebelum Mahu Namakan Calon Pm Tonjolkanlah Dulu Siapa Nak Tanding Presiden Umno

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 180 hits
Sana sini orang UMNO yang anti Ahmad Zahid Hamidi mula bersuara mahukan parti itu menyediakan satu nama sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang nanti Serentak dengan itu bergentayangan juga suara suara menggesa agar ...
Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 274 hits
April 19 2021 6 25 PMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah berkata Muhammad Faiz Na aman harus faham dan terima kenyataan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana sokongan Umno PETALING JAYA Kenyataan kurang aj...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Apa Itu Malaysian Dream

Sabah Lanjut Kontrak Kim Swee

Dapatkan Rawatan Estetik Kulit Bagi Hilangkan Melasma Jeragat Di Klinik Dr Bazilah

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143