Fasal 10 Umno Boleh Digunakan Lucut Jawatan Zahid Kata Bekas Ahli Umno



Jawatan Presiden UMNO yang dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh terlucut serta-merta sekiranya Fasal 10 perlembagaan parti itu dikuatkuasakan, kata seorang bekas ahli parti yang pernah menjadi mangsa dihukum dibawah peraturan tersebut.
(Agenda Daily) – Bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman tampil mendesak Zahid dan pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah dikenakan tindakan mengikut fasal tersebut memandangkan sudah wujud kes terdahulu yang boleh dijadikan tauladan apabila beliau sendiri dipecat daripada parti akibat penggunaan peraturan tersebut.
“Apakah peraturan itu hanya kepada rakyat marhaen macam saya? Kepada Ahli Majlis Tertinggi? Setiausaha dan Presiden bagaimana? Sedangkan saya punya kes tidak libatkan rasuah, salah guna kuasa, merompak. Saya digugurkan dan dipecat. Kenapa zaman itu terpakai tapi sekarang tidak terpakai?” kata beliau kepada Agenda Daily.
Suhaili dipecat pada 2009 dan hilang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan ekoran pendakwaan yang dihadapinya di mahkamah pada waktu itu.
UMNO tida sepatutnya berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman terhadap ahli biasa dalam parti apabila pemimpin atasan boleh pula terlepas daripada sebarang hukuman, kata Suhaili lagi.
“Ini maknanya UMNO ‘double standard’ sebab peraturan itu sepatutnya digunakan kepada Ahmad Zahid sekali, sebab peraturan ini telah digunakan pada 2009.sekarang, adil tak adil kepada Ahli lain?” katanya lagi.
Beliau juga mempersoalkan tindakan dikenakan terhadapnya 12 tahun lalu apabila tidak diberikan peluang untuk membela diri walhal ketika ini pemimpin UMNO yang sarat terpalit dengan kes mahkamah masih kekal memegang jawatan mereka.
“Saya adalah bekas ahli UMNO pertama dan terakhir peraturan itu digunakan pada saya. Sedangkan banyak lagi pimpinan dalam UMNO sekarang yang terpalit dengan kes mahkamah.
“Dulu saya langsung tak diberi ruang untuk membuat penjelasan, jawatan pun tak di kembalikan kepada saya walaupun kes dah selesai. 12 tahun kes ini sudah berlalu, tapi hari ini biar semua orang tahu tentang ketidakadilan perjuangan UMNO sebenarnya,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Zahid sedang berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Selain Zahid, beberapa pemimpin atasan UMNO lain yang berdepan kes mahkamah antaranya bekas presiden, Datuk Seri Najib Razak, bekas setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa individu yang lain.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) boleh menggunakan Fasal 5.7 yang menyatakan ‘Majlis Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad.’
Ahli MKT juga boleh menggunakan Fasal 10.7 untuk mengambil tindakan terhadap Zahid. Fasal itu menyatakan Majlis Tertinggi (MT) boleh menentukan taraf pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.
Fasal itu bertepatan dengan apa yang pernah berlaku 2009 lalu di mana MKT UMNO dalam mesyuarat selama kira-kira dua jam membuat keputusan ahli yang menghadapi dakwaan di mahkamah akan digantung daripada jawatan dalam parti serta-merta.
Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, MT UMNO secara prinsipnya menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/23/fasal-10-umno-boleh-digunakan-lucut-jawatan-zahid-kata-bekas-ahli-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 526 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 296 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Zahid Singkir Shahidan Dari Jawatan Pengerusi Umno Perlis

Zahid Singkir Shahidan Dari Jawatan Pengerusi Umno Perlis

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 290 hits
malaysiakini comDiterbitkan 24 Apr 2021 Dikemaskini 4 00 pmShahidan Kassim disingkir daripada jawatan pengerusi perhubungan parti di Perlis Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan jawatan pengerusi perhubungan Perlis akan digantikan ol...
Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 243 hits
April 19 2021 6 25 PMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah berkata Muhammad Faiz Na aman harus faham dan terima kenyataan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana sokongan Umno PETALING JAYA Kenyataan kurang aj...
Veteran Umno Syor Adakan Egm Pecat Zahid

Veteran Umno Syor Adakan Egm Pecat Zahid

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 146 hits
Pemecatan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dilakukan dengan mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa itu cadangan yang disuarakan Veteran UMNO Setiausaha Agungnya Datuk Mustapha Yaakub berkata EGM adalah langkah terbaik untu...
Pegawai Polis Tidak Boleh Bersara Atau Letak Jawatan Ketika Darurat

Pegawai Polis Tidak Boleh Bersara Atau Letak Jawatan Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 365 hits
Pegawai Polis Tidak Boleh Bersara Atau Letak Jawatan Ketika Darurat Kumpulan peguam dalam parti baharu Dr Mahathir Mohamad Pejuang mengingatkan kerajaan bahawa Akta Polis tidak membenarkan pegawai polis bersara atau letak jawatan semasa dar...
Zahid Anwar Audio Proves Our Suspicion Of Umno Pkr Talks Mukhriz

Zahid Anwar Audio Proves Our Suspicion Of Umno Pkr Talks Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 294 hits
The purported audio recording between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR president Anwar Ibrahim has proven suspicion of a discussion between the two parties Parti Pejuang Tanahair president Mukhriz Mahathir said today According to M...
Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 213 hits
April 10 2021 Rakaman audio didakwa melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno bukanlah satu isu yang boleh merosakkan semangat reformasi Bekas senator Ezam Mohd Nor yang kini memimpin gerakan longgar yang dijuluki nama Gerak 9...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord