Kuasa Di Tangan Ahli Parlimen Umno



Kuasa yang menentukan sama ada UMNO bakal menarik sepenuhnya sokongan parti itu daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) terletak di tangan ahli-ahli Parlimennya dan bukan keputusan pucuk kepimpinan parti.
(Sinar Harian) – Sumber dalaman Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pihaknya mengakui ada menerima jemputan bagi menghadiri mesyuarat MKT yang dijadualkan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 25 April ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menerima sebarang maklumat bahawa usul menarik balik sokongan UMNO terhadap kerajaan PN bakal dimuktamadkan pada Sabtu ini.
“Sebaliknya, saya difahamkan antara perkara utama yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat MKT pertama selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 adalah sama ada proses pemilihan UMNO akan diadakan mengikut jadual atau ditangguhkan.
“Mengenai kemungkinan UMNO bakal menarik sepenuhnya sokongan daripada kerajaan PN, kalau usul itu dibincangkan di peringkat mesyuarat Biro Politik dan MKT kelak, saya tidak akan bersetuju. Kalau UMNO keluar kerajaan, UMNO hendak pilih kerajaan mana?
“Kalau mahu bentuk kerajaan dengan PH (Pakatan Harapan), saya tidak setuju. Kena ingat kuasa menentukan sama ada UMNO akan terus kekal dalam kerajaan PN adalah terletak di tangan ahli Parlimen UMNO sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sumber berkenaan yang juga merupakan salah seorang ahli Parlimen UMNO berkata demikian bagi mengulas desas-desus parti itu dikatakan bakal menarik balik sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan PN dalam mesyuarat MKT yang akan diadakan pada 25 April ini.
Sekiranya usul menarik balik sokongan daripada kerajaan PN dimuktamadkan, hayat kerajaan PN secara automatiknya akan terjejas kerana jumlah keseluruhan ahli Parlimen UMNO dan BN yang masih memberikan sokongan adalah berjumlah 38 orang.
Dalam pada itu, sumber UMNO tersebut turut yakin majoriti ahli Parlimen UMNO dan BN tidak akan bersetuju sekiranya parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam keadaan bersendirian dan menjadi pembangkang.Jelas beliau, situasi itu tidak adil kepada ahli-ahli Parlimen yang berada di negeri-negeri yang dimenangi UMNO pada PRU14.
“UMNO sekarang sudah berada dalam pakatan parti yang memerintah kerajaan, kalau ada kekurangan sekali pun, bincang dan berundinglah untuk penambahbaikan.
“Lagipun, usul dimuktamadkan dalam MKT sebelum ini adalah UMNO akan terus menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen terbubar.
“Kalau susah sangat mahu runding, lantik sahajalah pemimpin UMNO seperti Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menjadi perunding dengan kepimpinan PN,” ujarnya.
Seorang Ahli MKT UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar pula berpandangan, soal keputusan besar seperti menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN bukan boleh dibuat oleh satu atau dua orang pemimpin sahaja.
Sebaliknya, beliau menegaskan PAU 2020 sudah membuat ketetapan usul sokongan UMNO kepada kerajaan PN akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.
“Lebih baik parti membincangkan soal tarikh pemilihan UMNO dengan lebih serius kerana proses itu terkandung dalam perlembagaan parti dengan bulan Jun ini, tempoh penggal kepimpinan sedia ada sudah cukup tiga tahun.
“Soal pemilihan UMNO sebelum pilihan raya juga tidak boleh dijadikan alasan akan berlaku perpecahan kerana sekiranya ianya diadakan dalam masa terdekat, UMNO dan akar umbi sudah cukup matang untuk menangani sebarang situasi,” katanya.
Khaidirah turut mengambil contoh proses peralihan kuasa kepimpinan parti daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 31 Oktober 2003 sebagai satu bukti perubahan yang membawa kebaikan besar dalam UMNO.
“Sudah tiba masanya untuk mana-mana pemimpin menyedari bahawa mereka tidak boleh terus berada di atas untuk tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun. Kalau parti mahu membuat pemilihan, kena buat betul-betul,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/21/kuasa-di-tangan-ahli-parlimen-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Menghalang Presiden Umno Dari Mengeluarkan Arahan Kepada Ahli Parlimen Umno Untuk Menarik Sokongan

Apa Yang Menghalang Presiden Umno Dari Mengeluarkan Arahan Kepada Ahli Parlimen Umno Untuk Menarik Sokongan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 285 hits
Sudah hampir sebulan Peerhimpunan Agung UMNO 2020 melabuhkan tirainya dan ini juga bermakna Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi diberikan mandat oleh perwakilan UMNO dari seluruh negara untuk mengeluarkan arahan pada bila bila masa supaya A...
Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 293 hits
April 19 2021 6 25 PMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah berkata Muhammad Faiz Na aman harus faham dan terima kenyataan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana sokongan Umno PETALING JAYA Kenyataan kurang aj...
Video Kerjasama Ph Bincang Dengan Ahli Parlimen Tertentu Bukan Parti Anwar

Video Kerjasama Ph Bincang Dengan Ahli Parlimen Tertentu Bukan Parti Anwar

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 196 hits
Pakatan Harapan tidak berbincang dengan mana mana parti untuk berkolaborasi namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh kepada agenda reformasi kata pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 654 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Ahli Parlimen Batu Puas Hati Respons Positif Datuk Bandar Kl Mengenai Masalah Penduduk

Ahli Parlimen Batu Puas Hati Respons Positif Datuk Bandar Kl Mengenai Masalah Penduduk

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 395 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berpuas hati dengan respons positif dalam mesyuarat bersama Datuk bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam Menurut Prabakaran perjumpaan bulanan itu tertum...
Ahli Umno Tolak Anwar

Ahli Umno Tolak Anwar

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 351 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bukan pemimpin yang boleh diharapkan untuk mengembalikan maruah pribumi di negara ini Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata hala tuju PKR yang bersekongkol dengan...
Ahli Umno Kena Kencing Lagi

Ahli Umno Kena Kencing Lagi

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 148 hits
Majlis Ketiadaan Telor telah memutuskan tidak menarik sokongan kepada kerajaan tebuk atap Sekali lagi warga parti keris telanjang tak bersarung yang memekik mekik dengan penuh semangat di perhimpunan di PWTC tertipu dengan sandiwara pemimpi...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey