Apa Perlu Darurat Untuk Selamatkan Kuasa
Tamrin Tun Ghafar
Mungkin tindakan mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY yang diumumkan YDP Agong SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH berbincang dan mendapat persetujuan Raja – Raja Melayu adalah khusus untuk tujuan menangani penuluaran COVID 19.Tidak lama dahulu Agong dengan persetujuan Raja – Raja Melayu telah MENOLAK cadangan Kerajaan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat.Jika alasan Proklamasi Darurat yang diberi semata – mata kerana ingin menangani masalah penularan COVID 19 maka rata – rata berpendapat ia adalah amat PELIK dan AJAIB.Rakyat tidak mempertikaikan kuasa Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia untuk menangani COVID 19, cuma apa perlunya darurat tersebut?Atas nasihat Perdana Menteri, Agong boleh isytihar Pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum boleh diadakan; begitu juga selepas ROMPAKAN KUASA Muhyiddin PERNAH TANGGUHKAN Sidang Parlimen dari bulan Mac ke Mei 2020.Apabila Sidang Parlimen Dibuka Rasmi pada bulan Mei oleh Agong yang sama, Wakil Rakyat TIDAK dibenarkan berucap – isu COVID 19 dijadikan alasan yang ramai berpendapat alasan BODOH.Jadi apa perlunya darurat?Apabila TIDAK ada Rampasan Kuasa Tentera dan rakyat pula masih bebas menjalankan tugasan harian, malah pada petang semalam pula Muhyiddin sudah pun mengumumkan langkah – langkah tertentu bagi menangani COVID 19, perlaksanaan darurat ini tentu saja menimbulkan tanda tanya.RAMPASAN KUASA SEBENAR ialah yang telah dilakukan Muhyiddin dan rakan – rakannya pada bulan Februari 2020.TIADA siapa yang mempunyai otak waras yang mahu menggagalkan segala usaha menangangi COVID 19 dan ekonomi.Sebenarnya dengan Perisytiharan Darurat ini ia bukan sahaja MEMBUKTIKAN KEGAGALAN Kerajaan Pakatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin mengatasi isu COVID dan masalah rakyat, malah ia dilihat lebih kepada MENYELAMATKAN diri beliau daripada dijatuhkan.Dengan Perisytiharan ini Kerajaan BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA termasuk amalan salaguna kuasa yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.Oleh kerana 2 orang Wakil Rakyat sudah tiada maka Kini Muhyiddin hanya mempunyai 110 sokongan dari jumlah 220 atau hanya 50% Wakil – Wakil Rakyat dalam Parlimen.Walaupun sudah diisytiharkan Darurat di mana Parlimen digantung namun ia TIDAK BERERTI Ahli – Ahli Parlimen yang lain khasnya UMNO tidak boleh meneruskan rancangan MENARIK SOKONGAN terhadap Kerajaan PN.Dalam situasi begini di mana nyawa Muhyiddin tak ubah seperti : ‘Nyawa – Nyawa
Ikan’
atau buah durian yang pasti gugur apabila ditiup angin, Muhyiddin AKAN GUNAKAN DAN BUAT APA SAHAJA bagi mengekalkan jawatan yang diambil melalui RAMPASAN KUASA yang telah dilakukannya.
Mungkin hari ini Muhyiddin dan rakan – rakan boleh berpesta kerana telah berjaya meyakinkan Agong namun TIDAK MUSTAHIL mulai malam ini beliau akan diburu MIMPI NGERI!!TERSERAHLAH kepada Wakil – Wakil Rakyat atau MP UMNO khususnya sama ada mahu terus BERDOSA menyokong Kerajaan RAMPASAN KUASA ini atau sebaliknya.Mungkin hari ini Saudara juga boleh turut sama berpesta dan bergembira dengan beliau tapi jangan lupa HANYA ALLAH SWT Sahaja yang PASTI menarik balik nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan selepas itu kita akan berhadapan dengan Malaikat di alam Kubur dan seterusnya dibangkirkan semula di Akhirat kelak.Sudah 2 orang rakan Saudara di dalam Parlimen yang telah pergi.Kita Bila Pulak ?‘TEPUK DADA
TANYA SELERA’Rakyat SEKALI LAGI DIPERDAYAKAN oleh Muhyiddin dan rakan – rakannya yang MABUK KUASA – untuk apa ; jawapannya ada pada mereka dan terserahlah pula kepada kita mengagaknya.Untuk rakyat Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP ) dilaksanakan 2 minggu tapi untuk SELAMATKAN diri Perintah Darurat dengan Penggantungan Parlimen selama 8 bulan.Diharap Agong akan MENILAI DENGAN TELITI prestasi Kerajaan Perikatan Nasional sejak RAMPASAN KUASA dilakukan mereka setahun yang lepas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/31232