Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin



Pengumuman PKP 2.0 dan pengisytiharan darurat telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat. Meskipun PKP 2.0 dianggap ada asasnya kerana kes positif Covid-19 yang mencanak namun apa kaitannya dengan pengisytiharan darurat?Saya tidak berniat menimbulkan keraguan atau persoalan apatah lagi untuk menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi sebagai wakil rakyat saya bertanggungjawab bertanya apa keperluannya darurat sebegini rupa terutama jika ia kemungkinan besar bermotif politik dan
dibimbangi boleh tambah menjejaskan nasib dan masa depan rakyat serta negara.Apakah wabak Covid-19 dan bencana banjir seperti kata Perdana Menteri, boleh dianggap ancaman kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam sehingga diisytihar darurat? Dengan rendah diri, saya berpendapat tidak! Saya setuju dengan hujah rakan
saya Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang.Secara umumnya, saya tidak ada masalah untuk pihak kerajaan dan pembangkang bekerjasama demi rakyat dan negara dalam mengekang jangkitan wabak dan melandai lengkok Covid-19 sekali lagi. Itu yang sewajarnya kerana memang benar ia terkait kepentingan perlindungan nyawa. Segala sumber dan dana wajib ditumpu kepadanya.Masalahnya ialah kegagalan kepimpinan kerajaan. Strategi menguruskan wabak sepatutya telah dikaji semula. Saya telah bangkitkan dan memberi beberapa saranan dalam rencana saya bertajuk “PKP; KE MANA KITA?” pada 18 Disember 2020 (https://m.malaysiakini.com/news/555727).
Banyak pihak telah beri pandangan termasuk pakar-pakar perubatan. Antaranya ialah kepentingan melakukan ujian massa (mass testing), penjejakan kontak yang lebih pantas, pengawalan bersasar dan kaedah mengurus pesakit Covid yang lebih berkesan.Ramai yang mahu tampil ke hadapan membantu seperti doktor perubatan, penolong pengawai perubatan, persatuan bantuan kecemasan dan lain-lain, jika diberi peluang dan insentif yang munasabah. Begitu juga dengan hospital swasta. Apakah hospital swasta tidak boleh dirunding
untuk bekerjasama dalam keadaan mendesak sekarang? Apakah hingga perlu kuasa darurat?Selain melaksanakan PKP, PKPB dan PKPP serta strategi menyeluruh menangani fasa baharu pengurusan dan pengawalan wabak Covid-19, maka langkah menguatkuasakan PKP dan bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mencukupi pada pendapat saya untuk menangani pandemik Covid-19. Begitu juga dengan bidang penguatkuasaan Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia yang dilihat memadai.Di samping itu, kerajaan perlu telus dan bersungguh-sungguh dalam menguruskan pemberian suntikan Vaksin kepada rakyat. Singapura dan Indonesia sudah mendahului dalam hal ini. Malaysia bila lagi?Pelan Ekonomi juga wajib berjalan selari. Mengambil pengalaman lalu, kerajaan sewajarnya lebih bersedia dengan pelan untuk menangani kemurungan ekonomi dan keyakinan pelabur serta membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan di kalangan rakyat
yang terjejas akibat PKP dan pengisytiharan darurat. Apa pelan konkrit kerajaan?Jadi balik kepada persoalan tadi, apa sebenarnya motif di sebalik kuasa-kuasa darurat selama enam bulan sehingga Ogos 2021? Bukankah semua perkara ini boleh dilaksanakan tanpa kuasa darurat, dengan bidang kuasa yang ada di bawah KKM dan MKN?Memang benar perintah darurat ini tiada perintah berkurung, tiada rampasan tentera serta kerajaan persekutuan dan negeri serta badan kehakiman berfungsi seperti biasa.Tetapi mengapa Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihanraya Negeri (PRN) tidak boleh diadakan sedangkan PRU-15 hanya perlu diadakan menjelang 2023 manakala PRN Sarawak tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021? Kuasa darurat bagi Pilihan Raya Kecil seharusnya memadai seperti yang dibuat untuk Batu Sapi dan Gerik.Mengapa Perdana Menteri perlukan perintah pukal begitu melainkan jika beliau tahu kerajaannya telah hilang majoriti dan wajar mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan parlimen dan letak jawatan.Juga mengapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak dibenarkan bersidang seperti biasa? Apa kaitannya dengan mengawal merebaknya wabak Covid-19?Bukankah tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat?Fungsi wakil rakyat bukan sekadar menghadiri aktiviti mesyuarat Jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pilihan Khas (yang belum dilantik dan bermula pun) tetapi yang lebih hakiki ialah membangkitkan permasalahan dan penyelesaian isu rakyat, serta menyemak imbang segala dasar
dan pelaksanaan kerajaan. Ini hanya dapat dilakukan jika dewan bersidang.Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam kenyataannya menyifatkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bebas yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sebagai proses semak dan imbang Parlimen. Sementara ia dilihat sebagai tindakan terbuka dan inklusif oleh kerajaan, namun saya ingin mengingatkan Speaker dan kerajaan bahawa institusi parlimen ialah sebahagian daripada tiga tiang seri pengasingan kuasa dan tidak wajar dicampuradukkan.Yang pasti Jawatankuasa Bebas ini bukan tertakluk di bawah parlimen kerana ia cetusan idea oleh kerajaan. Ia tidak tertakluk bawah peraturan mesyuarat parlimen. Jika di bawah parlimen maka perlu dibawa ke sidang parlimen untuk dibahas dan diluluskan terlebih dahulu. Apa
komposisinya? Apa bidang kuasanya? Masalahnya parlimen telah digantung.Jadi apakah sebab sebenar parlimen dan dewan undangan negeri digantung ialah kerana kerajaan Perikatan Nasional ingin mengelak daripada pengesahan kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen terhadapnya?Kesimpulannya, saya syorkan supaya pihak kerajaan menilai semula nasihat mereka berkaitan perintah darurat ini. Ia tidak boleh diterima sama sekali terutama apabila membebankan rakyat dan berselindung di sebalik Covid-19 untuk survival politik. SYED IBRAHIM SYED NOH
Ahli Parlimen Ledang
Pengerusi KEADILAN Negeri Johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31242

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Untuk Bendung Covid 19

Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Untuk Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 137 hits
Agong isytihar darurat sehingga 1 Ogos 2021 untuk bendung Covid 19Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah p...
Darurat Muhyiddin Perolehi Kuasa Mutlak Mahu Selamatkan Diri Tutup Mulut Rakyat Kata Ph

Darurat Muhyiddin Perolehi Kuasa Mutlak Mahu Selamatkan Diri Tutup Mulut Rakyat Kata Ph

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 211 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengusulkan negara diletakkan bawah darurat adalah untuk menyelamatkan diri walaupun ia merencat demokrasi dan menafikan suara rakyat kata Pakatan Harapan Blok pembangkang...
Ph Tolak Darurat Dakwa Muhyiddin Cuba Selamatkan Diri

Ph Tolak Darurat Dakwa Muhyiddin Cuba Selamatkan Diri

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 109 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menolak alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melaksanakan darurat berkuat kuasa hingga 1 Ogos bagi membendung penularan Covid 19 Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Gempar Pegawai Muhyiddin Akui Darurat Langkah Politik Selamatkan Pn

Gempar Pegawai Muhyiddin Akui Darurat Langkah Politik Selamatkan Pn

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 182 hits
January 12 2021 Seorang pegawai kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hari ini mengakui bahawa perisytiharan darurat adalah langkah politik bagi menyelamatkan kedudukan Perikatan Nasional Menurut Azman Mat Hussin perisytihar...
Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 174 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONDatuk Seri Najib Razak mendakwa perintah darurat yang akan dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di Pertuan Agong petang ini merupakan keputusan berasaskan politik dan bukannya untuk menangani wabak Covid 19...
Darurat Kerana Covid 19 Bukan Semata Mata Mahu Selamatkan Kerajaan

Darurat Kerana Covid 19 Bukan Semata Mata Mahu Selamatkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 98 hits
Kes jangkitan naik mendadak kemelut politik berlaku serentak secara kebetulan BANGI Langkah kerajaan melaksanakan darurat yang turut diperkenankan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah adalah suatu yan...
Apa Perlu Darurat Untuk Selamatkan Kuasa

Apa Perlu Darurat Untuk Selamatkan Kuasa

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 168 hits
Tamrin Tun Ghafar Mungkin tindakan mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY yang diumumkan YDP Agong SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH berbincang dan mendapat persetujuan Raja Raja Melayu adalah khusus untuk tujuan menangan...
Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 115 hits
Malah AKAN diheret ke mahkamah atas keabsahan status PM nya bukan mempertikai darurat perkenan Tuanku Perjalanan politik AKAN lebih meletihkan Pengumuman PKP SEBENARnya sudah cukup untuk merehatkan politik dan umno atau Mana Saja parti AKAN...
Pm Muhyiddin Lembab Covid 19 Merebak Pantas

Pm Muhyiddin Lembab Covid 19 Merebak Pantas

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 139 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dinasihatkan mengambil pendekatan yang lebih drastik menangani peningkatan mendadak jangkitan Covid 19 sejak seminggu lalu Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyi...
Pengguna Twitter Dedahkan Kononnya Ada Cybertrooper Dibayar Untuk Membela Ebit Lew

Makanan Yang Boleh Bersihkan Dan Sihatkan Paru Paru Dalam 72 Jam

Writing Sales Copy That Sells

Isu Ebit Liew Makin Panas

Proposed Third Penang Bridge Leads To Prized Reclamation Site On Mainland

Ia Lebih Susah Dari Biasa Pengarah Squid Game Jawab Kemungkinan Musim Kedua

Maryam Muzamir Shock James Coden

Sepatutnya Hanya Stp Syarat Tunggal Masuk Ke Ipt Dr Maszlee



Biodata Bella Isteri Youtuber Alieff Irfan

Kisah Presiden Brazil Terpaksa Makan di Kaki Lima Kerana Enggan Vaksin

5 Hotel Paling Pelik Yang Boleh Anda Lawati

Tasik Gaet ale Air Semula Jadi Paling Masin Di Dunia

Kisah Benar 5 Individu yang Terpengaruh Dengan Breaking Bad


Ubat Kencing Manis Metformin Penyebab Kanser Dan Rosakkan Buah Pinggang Sah Ditarik Balik

Badak Harapkan Keajaiban Kemenangan

Poster Sticker Poster Tangga Peraturan Norma Baharu Di Sekolah

Pengantin Terima Hantaran Kamen Rider Tambahan Kepada Koleksi Bernilai Rm500 000 Cuma Sikit Kecewa Ada Plan Tak Menjadi

Dapat Call Kucing Tak Dapat Diselamatkan G1gih Pergi Jumpa Doktor Dalam Keadaan Sedih

Plays Org Main Game Secara Percuma