Darurat Kuasa Tiada Batasan Kerajaan Boleh Langgar Sekatan Dalam Perlembagaan


Oleh FAZLI RADZImalaysiadateline.com
January 13, 2021 8:48 am


Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari bimbang proklamasi darurat sehingga Ogos ini akan memberikan kuasa mutlak tanpa batasan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja.

Tegas Ketua Pembangkang Negeri Perak itu, kerajaan dipimpin Muhyiddin Yassin sekarang gagal membuktikan keabsahannya untuk membuat undang-undang tanpa perlu dibentangkan di Parlimen.

Menurutnya, sewaktu darurat tiada unsur semak dan imbang apabila kerajaan boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan tambahan pula proklamasi darurat itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Apa yang menjadi masalah kepada darurat ialah kerajaan boleh langgar sekatan-sekatan yang ada di dalam Perlembagaan.

“Itu sebenarnya yang kita risau darurat ini, bukan soal kuasa tentera, soal ketenteraman awam, bukan itu,” katanya menerusi sesi Facebook Live di akaun rasmi beliau malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Perak itu menegaskan pelaksanaan darurat bukan perkara biasa dari segi undang-undang.

“Yang menjadi masalah, kuasa itu menjadi kuasa terlalu luas dan mutlak, tiada batasan.

“Kita tak boleh nak menyekat sesuatu. Perkara-perkara ini boleh dilakukan secara dekri sahaja oleh kerajaan yang memerintah,” ujarnya.

Dr Abdul Aziz turut menjelaskan proklamasi darurat tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah kerana perkara itu telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat penyelesaian kepada darurat ini hanyalah di bawah Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk menarik balik pengisytiharan berkenaan.

“Kita doa supaya Yang di-Pertuan Agong tarik balik pengisytiharan darurat. Baru boleh balik kepada keadaan asal. Kalau tidak, kuasa itu meluas sehingga boleh menggantung Perlembagaan.

“Mungkin rakyat boleh hantar petisyen meminta raja-raja mencari penyelesaian. Saya rasa akhirnya nanti raja-raja ini yang akan membuat keputusan.

“Raja-raja harus ke depan ketika negara kita terjebak dalam suasana yang tidak menentu seperti ini,” tambahnya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/darurat-kuasa-tiada-batasan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 376 hits
Bekas hakim Gopal Sri Ram berkata kerajaan boleh mengemukakan saman atau disaman bagi tindakan ketika darurat PETALING JAYA Tindakan undang undang boleh diambil terhadap kerajaan ketika darurat jika hak asasi seseorang dilanggar termasuk un...
Tak Perlu Darurat Kerajaan Ada Kuasa Kawal Covid 19 Kata Tun M

Tak Perlu Darurat Kerajaan Ada Kuasa Kawal Covid 19 Kata Tun M

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 400 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani penularan COVID 19 tanpa perlu mengisytiharkan darurat Bekas Perdana Menteri berkata ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan ker...
Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 336 hits
Darurat yang digambarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini sebagai usaha biasa untuk mengekang merebaknya wabak Covid 19 sebenarnya tidak dijelaskan dengan jujur kesan besarnya kepada pemerintahan negara Menurut Ahli Parlimen Pas...
Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 323 hits
Pakar berkata pemegang taruh penjagaan kesihatan swasta terutama hospital berusaha mendapatkan kerangka kerjasama awam swasta sejak awal 2020 PETALING JAYA Keputusan kerajaan untuk menggunakan ordinan darurat bagi memanfaatkan aset kesihata...
Darurat Taktik Elak Kerajaan Pn Tumbang

Darurat Taktik Elak Kerajaan Pn Tumbang

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 323 hits
Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari lalu tidak menepati keperluan melawan Covid 19 sebagaimana yang diperkatakan pemerintah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkat...
Pilihan Raya Boleh Diadakan Ketika Darurat Kata Aziz Bari

Pilihan Raya Boleh Diadakan Ketika Darurat Kata Aziz Bari

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 375 hits
IPOH Proklamasi darurat tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana beberapa siri pilihan raya di negara ini pernah dilaksanakan ketika darurat Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata jika diimbau Pilihan Raya ...
Darurat Kerana Covid 19 Bukan Semata Mata Mahu Selamatkan Kerajaan

Darurat Kerana Covid 19 Bukan Semata Mata Mahu Selamatkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 286 hits
Kes jangkitan naik mendadak kemelut politik berlaku serentak secara kebetulan BANGI Langkah kerajaan melaksanakan darurat yang turut diperkenankan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah adalah suatu yan...
Perisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar

Perisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 267 hits
Perisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak boleh dicabar mengikut perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia Da...
Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 301 hits
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Selimut Untuk Musim Sejuk Kashmir oleh MAPIM di Kedutaan Pakistan Kuala Lumpur Foto AFIQ HAMBA...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aku Bapak Kau

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal