Apa Muslihat Muhyiddin Bawa Ppbm Masuk Mn Selepas Keputusan Mahkamah Bossku



PPBM mohon untuk menyertai Muafakat Nasional?

Sumber memberitahu bahawa Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan UMNO dan PAS untuk menyertai Muafakat Nasional.

Alasan yang diberikan Muhyiddin ialah untuk memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional demi untuk agama, bangsa dan tanah air dan memudahkan isu pembahagian kerusi di dalam PRU 15 nanti.



Apakah Muhyiddin benar-benar jujur dengan apa yang beliau katakan demi untuk agama, bangsa dan tanah air?

Atau Muhyiddin sebagai ahli politik menggunakan demi agama, bangsa dan tanah air untuk berselindung di sebalik agenda sebenar beliau atau seseorang?

Kerajaan Perikatan Nasional diasaskan pada penghujung bulan Februari 2020.

Persoalannya kenapa selepas DS Najib dijatuhkan hukuman baharu Muhyiddin umumkan untuk menyertai Muafakat Nasional dan menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional?



Mengapakah tidak sebelum itu,malah Muhyiddin pernah berkata adalah bodoh untuk beliau menyertai UMNO, parti yang sudah tunggang langgang, sudah masuk longkang dan sudah kalah teruk.

Tapi kini Muhyiddin menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional di dalam Muafakat Nasional!!!

Jadi apakah keengganan Muhyiddin untuk berkerjasama dengan UMNO disebabkan kelibat DS Najib masih lagi berada di dalam UMNO?

Dan selepas hampir pasti DS Najib berjaya dipenjarakan maka segala kejijikan di dalam UMNO sudah dibersihkan pada pandangan mata Muhyiddin!!!



Atau Muhyiddin sudah mendapat restu dari Dr Mahathir untuk berkerjasama dengan UMNO selepas Dr Mahathir berpuas hati kerana keputusan mahkamah mengikut kehendak dan perancangan beliau?

Laman blog ini pernah membongkarkan tentang kemungkinan wujudnya konspirasi antara Muhyiddin dan Dr Mahathir untuk memastikan DS Najib dipenjarakan dan selepas itu Dr Mahathir dan Muhyiddin akan 'hijacked' UMNO (BACA DI SINI).

Muhyiddin akan dikekalkan sebagai Perdana Menteri sementara Azmin akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri I manakala Mukhriz pula akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II (BACA DI SINI).

Pemimpin-pemimpin utama dalam Muafakat Nasional, terutamanya UMNO sebenarnya sudah tersilap percaturan dengan menyatakan persetujuan supaya Muhyiddin terus dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PPBM dan Muafakat Nasional berkerjasama dalam PRU 15 (BACA DI SINI).

Persetujuan itu ibarat memberikan laluan ular lidi untuk menelan ular sawa!!!

Alasan kedua yang diberikan oleh Muhyiddin ialah untuk memudahkan pembahagian kerusi dalam PRU 15 nanti.

Apa yang tersirat sebenarnya?

Kesemua 13 kerusi parlimen yang dimenangi oleh PPBM dalam PRU 14 adalah kerusi UMNO.

Dengan mengadakan kerjasama dengan Muafakat Nasional, sudah pasti PPBM akan menuntut bukan sahaja untuk mengekalkan 13 kerusi parlimen, malah 17 kerusi parlimen PPBM yang dimenangi atas tiket UMNO (BACA DI SINI). dan hasil kerja keras jentera pilihanraya UMNO juga pasti akan PPBM minta untuk meletakkan calon mereka.

Malah sumber memberitahu, PPBM juga akan 'demand' sekurang-kurangnya lagi sepuluh kerusi dengan alasan parti yang diwakili oleh Perdana Menteri mestilah parti dominan dalam kerjasama tersebut supaya keadaan politik negara stabil.

Apa yang akan berlaku kepada UMNO?

UMNO akan menjadi parti picisan di dalam Muafakat Nasional dan broker Dr Mahathir yang masih ada dalam UMNO akan mempengaruhi Ahli Parlimen dari UMNO untuk melompat ke PPBM dengan alasan PPBM diterajui oelh Perdana Menteri yang memerintah maka berbagai imbuhan lumayan boleh diberikan dalam berbagai bentuk.

Apabila jumlah Ahli Parlimen UMNO sudah semakin mengecil dan jumlah Ahli Parlimen PPBM semakin bertambah, maka DR Mahathir akan mengarahkan Muhyiddin untuk membuat tawaran 'DO' or 'DIE' kepada pemimpin UMNO.

Gantikan kepimpinan UMNO dengan kepimpinan PPBM atau keseluruhan UMNO diserapkan ke dalam PPBM.

Benar kepimpinan tertinggi UMNO ditentukan melalui undi tetapi yang mengundi hanyalah perwakilan cawangan dan bahagian sahaja.

Amat mudah untuk broker PPBM mempengaruhi perwakilan supaya mengundi kepimpinan PPBM dengan alasan UMNO perlukan 'rebranding' supaya terus relevan.

Khairy Jamaluddin (KJ) sudah pun meniupkan semboyan ini sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas DS Najib.

Dan memang benar, akar umbi masih kuat menolak PPBM tetapi akar umbi tidak ada kelayakan untuk menentukan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Plot yang terakhir ialah sama ada UMNO akan dibarisi oleh kepimpinan tertinggi dari PPBM atau keseluruhan UMNO akan diserap ke dalam PPBM.

Kalau masih ragu-ragu, cuba fikirkan, mengapakah PPBM sehingga sekarang masih bertaraf penaja, tiada jentera yang mantap di peringkat cawangan dan bahagian, tiada jentera pilihanraya dibentuk sehingga ke hari ini, walau pun sudah 27 bulan Perdana Menteri yang memerintah datangnya dari PPBM (22 bulan di bawah Pakatan Harapan dan 5 bulan di bawah Perikatan Nasional)?

Mengapakah kes berprofil tinggi yang melibatkan Dr Mahathir seperti kes FOREX, masih lagi disorok di bawah karpet oleh Muhyiddin tetapi kes yang melibatkan pemimpin UMNO yang di dakwa atas kepentingan politik masih lagi diteruskan?

Pemimpin dan ahli UMNO mesti berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menerima PPBM ke dalam Muafakat Nasional sekiranya tidak mahu UMNO berkubur dan terus di bawah cengkaman Dr Mahathir melalui proksinya Muhyiddin Yassin!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/apa-muslihat-muhyiddin-bawa-ppbm-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Akan Hijacked Pn Selepas Mahkamah Sabitkan Kesalahan Bossku

Dr Mahathir Akan Hijacked Pn Selepas Mahkamah Sabitkan Kesalahan Bossku

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 343 hits
Di sebalik segala bukti yang kukuh malah pengakuan daripada saksi pendakwaraya sendiri yang sepatutnya memihak kepada pihak peguambela Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membuat keputusan melalui Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali baha...
Penyokong Najib Tak Boleh Terima Keputusan Ada Yang Menangis Selepas Mahkamah Umum Keputusan

Penyokong Najib Tak Boleh Terima Keputusan Ada Yang Menangis Selepas Mahkamah Umum Keputusan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Penyokong Najib Razak yang berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini sedih selepas hakim memutuskan bekas perdana menteri itu bersalah terhadap 7 pertuduhan berhubung RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB SRC Intern...
Motif Pertemuan Muhyiddin Mahu Masuk Mn

Motif Pertemuan Muhyiddin Mahu Masuk Mn

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 596 hits
WUJUD desas desus mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyertai Muafakat Nasional untuk bersama dengan UMNO dan Pas Hal demikian tercetus apabila Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor bertemu dengan Ahli Parlimen dari...
Najib Bidas Pembangkang Pertikai Keputusan Mahkamah Tangguh Perbicaraan

Najib Bidas Pembangkang Pertikai Keputusan Mahkamah Tangguh Perbicaraan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 310 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan sikap berat sebelah ahli Parlimen Pakatan Harapan kerana mempertikai keputusan mahkamah menangguhkan perbicaraan beliau minggu lepas atas permintaan speaker Dewan Rakyat Najib be...
Oppo Malaysia Bakal Bawa Masuk Reno 4 Tak Lama Lagi

Oppo Malaysia Bakal Bawa Masuk Reno 4 Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 268 hits
Oppo telah melancarkan satu lagi smartphone baru dibawah siri Reno iaitu Oppo Reno 4 di China baru baru ini Pergh Baru jer beberapa bulan lepas Oppo Reno 3 dilancarkan tapi mereka dah keluarkan Reno yang terbaru ni Agak agak kenapa ya BACA ...
Saya Teruja Untuk Bawa Kes Ini Ke Mahkamah Rayuan Muhammad Shafee

Saya Teruja Untuk Bawa Kes Ini Ke Mahkamah Rayuan Muhammad Shafee

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 423 hits
Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan keterujaan untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Beliau memberitahu rayuan itu akan dikemu...
Muhyiddin Pasti Tersenyum Dengan Keputusan Kes Najib Kata Batu Api

Muhyiddin Pasti Tersenyum Dengan Keputusan Kes Najib Kata Batu Api

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 292 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pasti tersenyum puas dengan keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap Najib Razak hari ini kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi Mohd Puad berkata demikian selepas mahkamah mendapati bek...
Laungan Hidup Bossku Bergema Di Mahkamah Jalan Duta

Laungan Hidup Bossku Bergema Di Mahkamah Jalan Duta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira kira jam 9 30 pagi ini Lebih 100 penyokong tegar beliau yang memakai baju T merah dan biru tertera perkataan Bossku tidak berganjak dari p...
Agenda Tersembunyi Di Dalam Tuntutan Cukai Ke Atas Bossku Adakah Muhyiddin Terlibat Sama

Agenda Tersembunyi Di Dalam Tuntutan Cukai Ke Atas Bossku Adakah Muhyiddin Terlibat Sama

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 287 hits
Mahkamah Tinggi baru baru ini mengarahkan DS Najib Razak a k a Bossku membayar cukai pendapatan sebanyak RM 1 7 billion Arahan Mahkamah adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 106 dan seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 yakni L...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids