Agenda Tersembunyi Di Dalam Tuntutan Cukai Ke Atas Bossku Adakah Muhyiddin Terlibat Sama



Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengarahkan DS Najib Razak a.k.a. Bossku membayar cukai pendapatan sebanyak RM 1.7 billion .

Arahan Mahkamah adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 106(1) dan seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, yakni LHDN boleh menyaman sesiapa sahaja yang gagal membayar cukai sepertimana yang dinyatakan dalam notis taksiran yang dikeluarkan.

Mahkamah tidak boleh melayan sebarang alasan bahawa cukai yang ditaksirkan oleh LHDN itu adalah tidak sah atau tidak munasabah.

Maksudnya, Mahkamah Tinggi mengarahkan Bossku membayar cukai sebanyak itu kerana itulah yang diminta oleh LHDN.

Sama ada permintaan LHDN itu sah dan munasabah, itu adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Menurut Seksyen 99, 101 dan 102 serta Jadual Kelima kepada Akta Cukai Pendapatan 196, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan taksiran LHDN boleh memfailkan notis rayuan kepada Ketua Pengarah LHDN. 

LHDN akan membuat semakan semula dalam masa 12 bulan, dengan tambahan 6 bulan lagi dengan kebenaran Menteri Kewangan. 

Melainkan perjanjian penyelesaian dicapai di antara Ketua Pengarah LHDN dan orang yang dikenakan cukai, rayuan tersebut akan diputuskan oleh Pesuruhjaya Khas. 

Sekiranya, orang yang dikenakan cukai itu tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Khas, barulah Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk membuat penilaian.


Sebelum kita bincangkan dengan lebih jauh, atas alasan apa LHDN menuntut cukai sebanyak RM1.7 bilion itu?

LHDN telah mengeluarkan notis taksiran meminta Bossku membayar cukai tersebut kerana menerima wang sebanyak RM2.6 billion.

Dari mana sumber duit RM2.6 bilion itu dan untuk tujuan apa?

DS Najib sudah berkali-kali jelaskan berserta dengan bukti 'money trail', bahawa duit RM2.6 bilion itu adalah derma politik yang beliau terima dari Keluarga Di Raja Arab Saudi (BACA DI SINI).

Adakah derma itu boleh dikenakan cukai? 

Kalau ya, mengapa Lim Guan Eng tidak dikenakan cukai kerana memperolehi derma RM 1 juta sebagai wang jamin dalam kes banglo (BACA DI SINI).

Bagaimana pula dengan Rafizi? (BACA DI SINI).

Mengapa tidak ditunggu keputusan Pesuruhjaya Khas membuat keputusan sebelum membawanya ke mahkamah, bukankah itu adalah SOP LHDN sendiri dan amat mustahil penasihat undang-undang LHDN tidak tahu bahawa mahkamah TIDAK mempunyai kuasa untuk membuat sebarang penilaian dan keputusan.

Jawapannya adalah kerana pihak yang merancang konspirasi ini bimbang sekiranya keputusan Pesuruhjaya Khas tidak akan memihak kepada mereka dan bila ianya di bawa ke mahkamah, sudah pasti akan mendapat liputan meluas.

Maka sekali lagi DS Najib akan diadili sebelum proses keadilan berjalan.

Tuntutan LHDN ini dilakukan semasa Pakatan Harapan berkuasa. 

LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.


Kini Kementerian Kewangan adalah sepenuhnya di bawah Kerajaan Perikatan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan.

Dan Kerajaan Perikatan Nasional adalah di bawah Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Persolannya sekarang, sekiranya DS Najib boleh dikenakan cukai atas derma politik, mengapakah Muhyiddin tidak mengarahkan Kementerian Kewangan supaya menuntut cukai atas derma politik yang diterima oleh Rafizi dan Lim Guan Eng?

Atas arahan Kementerian Kewangan dibawah Lim Guan Eng dahulu, LHDN mendakwa duit RM2.6 bilion itu adalah keuntungan yang boleh dikenakan cukai.

Mengapakah Muhyiddin tidak mengarahkan Kementerian Kewangan supaya keluarkan arahan kepada LHDN untuk menuntut cukai dari Dr Mahathir dan ahli keluarga beliau yang diketahui mempunyai beratus-ratus syarikat perniagaan yang membuat keuntungan beratus juta ringgit malah ada yang menjangkau berbilion ringgit setahun?

Apakah Muhyiddin juga turut sama bersekongkol dengan Pakatan Harapan dan Dr Mahathir untuk memenjarakan DS Najib atas alasan sekali pun?

Atau apakah Muhyiddin masih lagi berdendam kepada DS Najib kerana telah memecat beliau dari UMNO dan menggugurkan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu?

Admin serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian.

Walau apa pun, Muhyiddin mesti sedar, sebahagian besar kekuatan Perikatan Nasional ada pada UMNO dan sebahagian dari kekuatan UMNO ada pada DS Najib kerana beliau mendapat sokongan dan dokongan padu dari akar umbi UMNO dan rakyat marhaen.

Bila masa berlalu, kebenaran pasti akan dapat dibongkarkan kerana doa orang yang teraniaya itu tiada hijabnya di sisi Allah SWT.

Sedangkan Dr Mahathir yang dikatakan telah banyak berjasa selama puluhan tahun kepada rakyat, kini ditolak secara total oleh rakyat kerana zalim dan busuk hati, inikan pula yang baru setahun jagung.

Jangan sampai sejarah yang sama berulang kali kedua, tapi kalau caranya sama, ianya pasti akan berulang!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://theunspinners.blogspot.com/2020/07/agenda-tersembunyi-di-dalam-tuntutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbaharui Cukai Jalan Atas Talian

Perbaharui Cukai Jalan Atas Talian

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 232 hits
Pada tahun 2020 ini wabak Covid 19 telah melanda dunia tidak terkecuali negara Malaysia ini Rakyat Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana rakyat tidak dibenarkan bergerak sesuka hati Salah satu masalah yang muncul akib...
Adakah Anwar Terlibat Menyingkir Shafie Apdal Di Sabah

Adakah Anwar Terlibat Menyingkir Shafie Apdal Di Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 348 hits
YB Musa Bin Haji Aman dalam kenyataan semalam ada menyatakan yang dia berjumpa dengan Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin Setiausaha Politik kepada PM dan mereka ini telah membuat Kunjungan Hormat ke...
Tuntutan Ke Atas Sabah Isu Basi Dan Berniat Jahat

Tuntutan Ke Atas Sabah Isu Basi Dan Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 280 hits
SHAH ALAM Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah adalah isu basi yang berniat jahat dan dilihat sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik pihak pihak tertentu menjelangnya Pilihan Raya Negeri Sabah Pakar Undang undang Antarabangsa Univers...
Bossku Dah Kena Yang Sekapal Ikut Sama

Bossku Dah Kena Yang Sekapal Ikut Sama

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 430 hits
Via WhatsApp Sekarang bossku sudah didapati bersalah oleh mahkamah Patut dia kena masuk lokap sambil tunggu sentencing nanti Dia boleh dikenakan tempoh penjara sampai 20 tahun Dengan kena bayar denda dan kena sebat Tetapi sebab dia sudah tu...
Apa Muslihat Muhyiddin Bawa Ppbm Masuk Mn Selepas Keputusan Mahkamah Bossku

Apa Muslihat Muhyiddin Bawa Ppbm Masuk Mn Selepas Keputusan Mahkamah Bossku

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 405 hits
PPBM mohon untuk menyertai Muafakat Nasional Sumber memberitahu bahawa Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan UMNO dan PAS untuk menyertai Muafakat Nasional Alasan yang diberikan Muhyiddin ialah untuk memperkukuhkan Kerajaan Per...
Muhyiddin Ucap Takziah Atas Pemergian Adun Slim

Muhyiddin Ucap Takziah Atas Pemergian Adun Slim

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 220 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong Pahang hari ini Sa
3 Guru Positif Covid 19 Termasuk Seorang Maut Ketika Sediakan Bahan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kelas Yang Sama

3 Guru Positif Covid 19 Termasuk Seorang Maut Ketika Sediakan Bahan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kelas Yang Sama

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 310 hits
Tiga guru di Arizona disahkan positif COVID 19 setelah berada di dalam kelas yang sama untuk menyediakan pembelajaran dalam talian Salah seorang daripada mereka meninggal dunia Rasanya seperti mimpi buruk kata Jesse Byrd suami salah seorang...
Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 318 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata UMNO boleh mengubah semula keputusan pemecatan Muhyiddin Yassin jika beliau berhasrat menyertai semula parti itu Tambahnya jika Perdana Menteri berbuat demikian ia akan memudahkan banyak perkara ...
Najib Bossku Kena Cukai Billion

Najib Bossku Kena Cukai Billion

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 212 hits
RINA HAMZAHAlhamdulillah akhirnya Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas PM Najib perlu bayar RM1 69 bilion cukai LHDN Kalau cukai income Najib saja dah RM1 69 bilion berapa pendapatan sebenar Najib RINA HAMZAHDari mana dia dapat income ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi