Penyokong Najib Tak Boleh Terima Keputusan Ada Yang Menangis Selepas Mahkamah Umum Keputusan

KUALA LUMPUR: Penyokong Najib Razak yang berkumpul di perkarangan  Kompleks Mahkamah di sini sedih selepas hakim memutuskan bekas perdana  menteri itu bersalah terhadap 7 pertuduhan berhubung RM42 juta milik  bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Keadaan kecoh seketika dan sebahagian penyokong yang berhimpun di  pintu pagar sejak 5 pagi tadi menjerit serta ada yang menangis kerana  kecewa dengan keputusan itu.
Mereka turut melaungkan “Bossku tak bersalah”, “Mahkamah tak adil”, “Dr Mahathir Mohamad kejam”.
Seorang penyokong ahli Parlimen Pekan itu, Asmah Sulaiman berkata keputusan berkenaan tidak adil.
     “Ini tidak adil, Najib tak bersalah. Bossku orang baik,” katanya dengan nada tinggi.
Seorang lagi penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah dari  Sepang, berkata Najib masih mempunyai peluang dan perlu memfailkan  rayuan kerana beliau yakin berlaku kekhilafan dalam perbicaraan kes itu,
“Bossku kena rayu balik. Ini adalah salah.”
Seorang lagi penyokong yang tidak mahu dikenali berkata, beliau yakin Najib ialah orang baik dan akan tetap menyokongnya.
   “Apa-apa pun yang terjadi, kami tetap akan sokong Bossku sampai  mati,” katanya dengan nada sebak sambil dalam nada sebak sambil mengesat  air matanya.
Putri Maslia yang merupakan penyokong tegar Najib marah dengan keputusan itu.
“Ini sudah salah! Najib banyak tolong saya dulu. Kes SRC untuk bantu  orang susah dan dia bantu saya, dia bantu anak yatim, rumah orang tua,”  katanya yang berkerusi roda.

Sampah  yang dikutip dan dikumpul di sebuah kawasan di luar tempat 
berhimpun  penyokong Najib Razak di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Sementara itu, keadaan di pintu masuk Kompleks Mahkamah yang  merupakan lokasi penyokong Najib berkumpul, dicemari longgokan sampah  seperti bekas makanan, botol minuman, puntung rokok dan topeng.
Majoriti penyokong mula meninggalkan perkarangan mahkamah sejak 1 tengah hari tadi selepas hakim mengumumkan keputusan kes itu.
Tinjauan FMT mendapati beberapa penyokong Najib secara sukarela mengutip sampah dan mengumpulnya di satu kawasan.
“Kami mohon maaf, kita sudah minta penyokong kutip sampah, tapi ada  yang degil tinggal juga,” kata seorang penyokong yang mengambil  inisiatif mengutip sampah itu.
Terdahulu, polis mengarahkan penyokong Najib mematuhi penjarakan sosial ketika berhimpun.
“Tolong jaga penjarakan sosial, kalau tidak saya kutip (tangkap),” kata seorang pegawai polis.
Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Najib bersalah atas semua 7 pertuduhan berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilaporkan berkata, pasukan pembelaan  Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu dan pasukan  pendakwaan berjaya membuktikan kesnya di luar keraguan.
Najib ialah bekas perdana menteri pertama yang dibicarakan dan  disabit bersalah atas tuduhan jenayah susulan tindakannya ketika  memegang jawatan itu.
Beliau dituduh pada 2018 dengan 3 pertuduhan pecah amanah, 1 tuduhan  salah guna kuasa dan 3 dakwaan pengubahan wang, selepas kerajaan Barisan  Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
# FMT 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/penyokong-najib-tak-boleh-terima.html