Motif Pertemuan Muhyiddin Mahu Masuk Mn




WUJUD desas-desus mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Muafakat Nasional (MN) untuk bersama dengan UMNO dan Pas.
Hal demikian tercetus apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor bertemu dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Desas-desus tersebut juga tercetus apabila terdapat dakwaan Muhyiddin yang juga Perdana Menteri dikatakan hilang sokongan.
Sokongan itu dikatakan asalnya datang dari Sabah dan kumpulan yang sebelum ini merupakan penyokong bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“UMNO campur MCA dan MIC kita ada 42 kerusi, Bersatu cuma ada 12 kerusi, namun tujuh orang sahaja yang sokong beliau lima pula sebaliknya.
“Hari ini beliau gelabah, sebab apa?
“Semalam sudah ada lima orang daripada kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sembilan orang Parti Warisan Sabah dan empat daripada kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin.
“Tetapi kenapa beliau gelabah, sebabnya tuan-tuan, apa yang beliau buat pada hari ini?
“Dihantar Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu) untuk buat kerja merampas kerajaan di Sabah hari ini Shafie pun sudah tidak bersama dengan beliau.
“Tolak sembilan, tinggal lagi sembilan dan hari ini Ahli Parlimen daripada UMNO yang bersedia untuk meninggalkan PN lebih daripada sembilan.
“Bila mula hilang sokongan, baharu datang berjumpa dengan Ahli Parlimen UMNO mohon masuk MN.”
Demikian penjelasan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengeluarkan video siaran langsung dalam Facebooknya malam tadi.
Beliau juga berkata demikian mengulas pertemuan yang dilakukan Muhyiddin apabila bertemu dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.
Menurut beliau, pimpinan UMNO dan Pas wajar menolak permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada menyertai MN.
Ini kerana, ketika pembentukan awal penyatuan UMNO dan Pas sebelum tertubuh MN, kedua-dua parti itu berhadapan cabaran yang berat.
“UMNO BN dipandang hina kemudian bersama dengan Pas mewujudkan MN walaupun dalam keadaan kita dipandang hina, diherdik, dituduh perompak.
“Tetapi siapa yang dengan teguh berdiri mempertahankan MN, BN memberi suntikan semangat daripada awal sampailah hari ini kita menang enam pilihan raya kecil berturut-turut.
“Siapa dia tuan-tuan, tidak lain tidak bukan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Hendak tanya kepada rakan-rakan dalam UMNO, wajar ke diberi kepada beliau masuk Muafakat Nasional?
“Tetapi selepas apa yang beliau buat semalam ke atas Datuk Seri Najib, terus terang bukan setakat saya bahkan seluruh rakyat Malaysia tidak boleh terimanya lagi.
“Saya yakin ramai di antara tuan-tuan semua tidak setuju,” jelasnya.
Dalam pada itu, Lokman juga menyifatkan hukuman dan sabit kesalahan yang dijatuhkan kepada Najib Razak hanya bermotifkan dendam.
Ini kerana, tarikh Ahli Parlimen Pekan itu dihukum dengan tarikh bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat dikatakn sama.
“Tuan-tuan 28 Julai 2015, beliau dipecat.
“Lima tahun kemudian selepas jadi Perdana Menteri dipilih tarikh yang sama untuk menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib.
“Hendak membalas dendam,” tegasnya.
Dalam kenyataan sama juga, Lokman dilihat menyifatkan hukuman diterima Najib Razak mempunyai motif dendam.
“Lepas jatuh hukum, peguam minta supaya diberi pengurangan tetapi tidak dibenarkan. Ok, itu hakim punya keputusan kita tak boleh pertikai.
“Tetapi, bila peguam Datuk Seri Najib meminta penangguhan hukuman, tidak terus kena bayar RM210 juta, dipenjara 12 tahun.
“Ketika itu Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya tidak dibenarkan untuk diikat jamin atau ditangguhkan hukuman.
“Mereka hendak terus sumbat Datuk Seri Najib di penjara Kajang yang mereka telah sediakan.
“Hari ini tuan-tuan, dia sudah jumpa dengan Ahli Parlimen BN menyatakan hasrat mahu masuk MN.
“Hari ini, bila beliau tahu Ahli Parlimen UMNO, mahu tarik diri daripada kerajaan PN, tiba-tiba dikaji menyatakan hasratnya untuk menyertai MN,” ujarnya.
Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib Razak bersalah dalam tujuh pertuduhan.
Ketujuh-tujuh pertuduahan itu melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM4 bilion daripada SRC International Sdn. Bhd.

#Kredit : https://suaramerdeka.com.my    

MR :  Ada yang betul ada yang silap maklumat ni rasanya  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/motif-pertemuan-muhyiddin-mahu-masuk-mn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Muslihat Muhyiddin Bawa Ppbm Masuk Mn Selepas Keputusan Mahkamah Bossku

Apa Muslihat Muhyiddin Bawa Ppbm Masuk Mn Selepas Keputusan Mahkamah Bossku

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 358 hits
PPBM mohon untuk menyertai Muafakat Nasional Sumber memberitahu bahawa Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan UMNO dan PAS untuk menyertai Muafakat Nasional Alasan yang diberikan Muhyiddin ialah untuk memperkukuhkan Kerajaan Per...
Projek Rts Pertemuan Simbolik Muhyiddin Lee Di Tambak Johor

Projek Rts Pertemuan Simbolik Muhyiddin Lee Di Tambak Johor

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 339 hits
Segalanya berjalan lancar dengan kedua dua pihak Malaysia dan Singapura nampak ceria semasa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong tersenyum lebar dan bertegur sapa di tengah tengah Tambak Joho...
Ekonomi Tumbuh Minus 11 9 Persen Uni Eropa Masuk Jurang Resesi

Ekonomi Tumbuh Minus 11 9 Persen Uni Eropa Masuk Jurang Resesi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 157 hits
Uni Eropa resmi masuk jurang resesi di tahun ini setelah ekonomi tumbuh minus 11 9 persen pada kuartal II 2020 Sebelumnya pada kuartal awal tahun ini ekonomi benua biru itu tercatat minus sebesar 3 2 persen
Semua Premis Perniagaan Diwajibkan Menggunakan Mysejahtera Untuk Daftar Masuk

Semua Premis Perniagaan Diwajibkan Menggunakan Mysejahtera Untuk Daftar Masuk

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 221 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan semua premis perniagaan wajib menggunakan aplikasi MySejahtera untuk tujuan pengguna daftar masuk lokasi Walaubagaimanapun pemilik perniagaan turut dibenarkan untuk menggunakan aplikasi tambahan lain untuk tuju...
Kemacetan Di Tol Cikampek Dipicu Antrean Kendaraan Masuk Rest Area

Kemacetan Di Tol Cikampek Dipicu Antrean Kendaraan Masuk Rest Area

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 187 hits
General Manager Representative Office 1 Jasamarga Transjawa Tollroad Regional Division Widiyatmiko Nursejati mengatakan arus balik libur Idul Adha di jalan Tol Jakarta Cikampek pada Minggu malam cukup padat
Azmin Kejar Tun M Nak Masuk Parti Politik Baharu

Azmin Kejar Tun M Nak Masuk Parti Politik Baharu

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 270 hits
Via WhatsApp 1 Hari ini tersebar rakaman video pendek Azmin Ali bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putrajaya Video berkenaan menunjukan Azmin mengejar Tun dari belakang sebelum menegur dan mengucapkan ucapan Hari Raya Aidil Adha kepa...
Enam Kabupaten Di Papua Masuk Zona Hijau

Enam Kabupaten Di Papua Masuk Zona Hijau

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 312 hits
Berdasarkan data infografis perkembangan Covid 19 di Provinsi Papua total pasien corona sembuh di seluruh kabupaten kota di Papua 1 397 orang
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats