Apa Hukum Brazilian Wax Di Spa Oleh Bakal Pengantin Ini Jawapan Mufti


Perkahwinan merupakan detik penting dan bermakna dalam hidup seseorang. Buat bakal pengantin, persiapan menghadapi hari terbesar dalam hidup pasti mendebarkan untuk menyediakan diri dari segi mental, fizikal dan material.
Bagi yang berkeinginan untuk ke spa khususnya untuk rawatan Brazilian wax, penjelasan daripada Mufti ini perlu anda baca.
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Secara umumnya mencabut atau mencukur bulu kemaluan adalah sebahagian dari fitrah sebagai umat Islam. Bahkan ia merupakan antara perbuatan yang disyariatkan berdasarkan apa yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang merupakan sebahagian dari fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.
Riwayat Al-Bukhari (5889)
Para ulama apabila mengulas kalimah الاِسْتِحْدَادُ (al-istihdad) daripada hadis di atas menyatakan, maksudnya adalah: ‘’Mencukur bulu kemaluan’’. Ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah beliau berkata: ‘’Istihdad adalah mencukur bulu kemaluan, iaitu bulu-bulu yang berada di sekitarnya’’. Lihat Tahrir Alfazh al-Tanbih, Al-Nawawi (Hlm. 253).
Manakala Imam al-Nafrawi dari kalangan fuqaha bermazhab Maliki pula menyatakan bahawa bulu-bulu yang berada di sekitar dubur juga turut dikira sebagai bulu kemaluan. Rujuk Al-Fawakih Al-Dawani, Al-Nafrawi (2/306).
Gambar hiasan. (Kredit: Mobile Waxing Houston) Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, Brazilian Wax atau dikenali juga dengan nama Bro-Zillian dan Boy-Zillian membawa maksud ‘’suatu rawatan kosmetik yang melibatkan pembuangan bulu ari-ari lelaki secara sepenuhnya melalui proses yang disebut waxing (pelilinan)’’.
Manakala sumber ensiklopedia bebas Wikipedia mendefinisikan waxing sebagai ‘’Pelilinan (waxing) ialah suatu kaedah penanggalan bulu separa kekal yang mencabut keluar bulu badan dari akarnya dengan menggunakan bahan berasaskan lilin (wax) lalu bahagian tersebut boleh kekal dogol selama beberapa minggu – sekitar 4 hingga 6 minggu – namun bulu masih boleh tumbuh semula kerana kitaran pertumbuhan yang berbeza’’.
Melihat kepada suasana masa kini, proses brazilian wax ini menjadi suatu perkhidmatan yang dikenakan bayaran kepada mereka yang ingin melakukannya. Justeru, secara tidak langsung ia melibatkan dua pihak atau spesifiknya dua individu iaitu pelanggan dan staf (pekhidmat) yang menjalankan proses tersebut.
Merujuk kepada persoalan melakukan Brazilian Wax dengan tujuan membuang bulu ari-ari ini terdapat beberapa implikasi yang akan timbul yang kami perincikan melalui beberapa noktah yang berikut:
Pertama: Isu Aurat Perkataan aurat merujuk kepada apa-apa yang diharamkan untuk didedah daripada anggota badan sama ada lelaki ataupun perempuan. Ia juga ditakrifkan sebagai suatu yang wajib ditutup dan tidak boleh dizahirkan daripada anggota badan. Menurut Imam al-Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.
Lihat Mughni al-Muhtaj, Al-Khatib al-Syarbini (1/185).
Seperti yang diketahui umum, aurat lelaki dengan lelaki adalah apa yang terdapat di antara pusat hingga lutut. Kata Imam al-Nawawi:
الصحيح المنصوص أنها ما بين السرة والركبة ، وليست السرة والركبة من العورة
Maksudnya: Pendapat yang sahih yang telah dinaskan adalah aurat lelaki itu apa yang berada di antara pusat dan juga lutut dan tidaklah pusat dan lutut itu termasuk daripada aurat.
Lihat Al-Majmu’, Al-Nawawi (3/173)
Justeru, haram hukumnya bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain. Ini berdasarkan larangan ke atas hal tersebut seperti yang terdapat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ
Maksudnya: Tidak boleh bagi seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain.
Riwayat Muslim (338)
Gambar hiasan. (Kredit: NeedWaxed.com) Begitu juga aurat orang perempuan sesama perempuan adalah apa yang terdapat di antara pusat hingga lutut seperti yang disebutkan oleh para fuqaha’. Dan terdapat larangan bagi seorang perempuan itu melihat aurat perempuan yang lain. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
Maksudnya: Dan janganlah seorang perempuan itu (melihat) kepada aurat perempuan yang lain.
Riwayat Muslim (338)
Oleh yang demikian, sekiranya staf yang melakukan Brazilian Wax merupakan seorang lelaki dan pelanggannya juga lelaki, atau stafnya perempuan dan juga pelanggannya perempuan maka sudah pastilah akan berlakunya pendedahan aurat dan ini adalah dilarang.
Maka lebih utama akan pengharaman hal ini adalah apabila proses tersebut melibatkan staf dan pelanggan yang berlainan jantina.
Kedua: Isu Khalwat Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah apabila proses Brazilian Wax ini dilakukan secara berduaan bagi proses yang melibatkan pelanggan berlainan jantina.
Tambahan pula sekiranya ia dilakukan di dalam bilik khas yang hanya menempatkan staf dan pelanggannya sahaja secara berdua. Hal ini adalah perkara yang dilarang di sisi syarak berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ
Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.
Riwayat Muslim (1341)
Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini berkata: Maksud hadis ini adalah:
‘’Janganlah seorang lelaki itu duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengannya mahramnya. Dan sekiranya seorang lelaki ajnabi itu berkhalwat bersama-sama dengan wanita ajnabiyyah tanpa ada yang ketiga maka perbuatan itu adalah haram secara sepakat oleh para ulama. Demikianlah juga (hukumnya) jika bersama-sama perempuan tersebut seseorang yang mereka tidak berasa malu dengannya disebabkan kecilnya dia seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia dua atau tiga tahun dan seumpamanya maka kewujudan anak tersebut sama seperti tidak ada orang’’. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/109).
Gambar hiasan. (Kredit: Salon Helena) Doktor berbeza jantina, boleh pula? Sekiranya ada yang mengaitkan proses perkhidmatan Brazilian Wax ini dengan rawatan yang berlaku antara doktor dan pesakit yang berlainan jantina atau proses berbekam yang melibatkan lelaki dan perempuan, maka kami nyatakan bahawa terdapat beberapa perbezaan dalam isu-isu tersebut.
Ini kerana dalam isu rawatan yang berlaku antara doktor dan pesakit yang berlainan jantina, hal ini dibenarkan kerana pesakit tersebut tidak boleh melakukan proses rawatan tersebut melalui diri sendiri.
Demikian juga kebiasaan proses rawatan ini melibatkan pembantu-pembantu perubatan lain yang turut berada di tempat tersebut.
Demikian juga dengan isu bekam, dari sudut seorang perempuan hanya dibenarkan untuk melakukan rawatan bekam dengan orang lelaki sekiranya tidak ada orang perempuan yang lain yang boleh melakukan perkara tersebut. Bahkan ia disusuli dengan beberapa syarat sampingan seperti berikut:
Adanya keperluan dan dharurat untuk merawat melalui proses berbekam. Tidak berlakunya khalwat antara lelaki dan perempuan yang dibekam. Ia sama ada mahram perempuan tersebut turut bersama ataupun mahram lelaki itu turut serta dalam tempat rawatan tersebut. Lelaki yang menjalankan proses bekam itu tidak menyentuh tubuh badan perempuan tersebut sebaliknya menggunakan sarung tangan. Pembuatan wax menggunakan gula di rumah. (Kredit: LeafTv) Ini berbeza dengan proses brazilian wax yang mana seseorang itu boleh sahaja melakukannya secara sendiri di rumah. Ini berikutan terdapatnya jualan wax tersebut di pasaran dan seseorang itu boleh sahaja membelinya dan melakukan ia secara sendiri di rumah.
Bahkan ini lebih selamat dari sudut terdedahnya aurat ataupun terjebaknya seseorang dalam kancah khalwat. Demikian juga sekiranya tidak melalui proses Brazilian Wax ini pun seseorang itu boleh membuang bulu ari-arinya sendiri dengan pencukur seperti yang makruf dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulan Sebagai penutup kami menyatakan bahawa sekiranya Brazilian Wax ini dilakukan dengan cara aurat pelanggan itu terdedah khususnya apabila melibatkan pembuangan bulu ari-ari dan ia dilihat oleh orang lain maka ini adalah diharamkan.
Adapun Brazilian Wax yang melibatkan pembuangan bulu di betis, lengan atau dada, maka ianya adalah harus sekiranya yang melakukannya adalah staf yang sama jantina.
Isu pembuangan bulu-bulu di bahagian kaki, lengan, dada dan seumpamanya telah kami kupas secara panjang lebar menerusi artikel Irsyad Al-Fatwa Siri Ke- 177 : Hukum Mencukur Bulu Kaki Bagi Lelaki Dan Perempuan.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/30/apa-hukum-brazilian-wax-di-spa-oleh-bakal-pengantin-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Jelaskan Hukum Letak Syarat Kepada Bakal Suami Tidak Boleh Berpoligami

Mufti Jelaskan Hukum Letak Syarat Kepada Bakal Suami Tidak Boleh Berpoligami

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 348 hits
Manusia diciptakan dengan fitrah untuk saling menyayangi malah Allah SWT menjadikan setiap sesuatu di dunia ini berpasang pasangan supaya saling melengkapi antara satu sama lain Justeru kebanyakan pasangan bercinta pasti ingin mengakhiri pe...
It Chapter Two Bakal Memaparkan Babak Baru Yang Ditulis Sendiri Oleh Stephen King

It Chapter Two Bakal Memaparkan Babak Baru Yang Ditulis Sendiri Oleh Stephen King

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 336 hits
Lebih kurang satu bulan sahaja lagi sebelum filem sekuel IT Chapter Two ditayangkan kepada penonton Bagi yang pernah membaca novel IT tulisan novelis terkenal Stephen King pasti akan dapat merasai satu dua babak dalam filem yang berbeza dar...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 530 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 371 hits
Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ianya dapat melambangkan identiti seseorang Setiap ibu bapa mahu memberi anak mereka dengan nama yang mempunyai maksud yang baik seperti nama nama Nabi nama para sahabat dan juga ilmuwan Na...
Betul Ke Tidak Boleh Potong Kuku Dan Bercukur Menjelang 1 Zulhijjah Ini Jawapan Mufti

Betul Ke Tidak Boleh Potong Kuku Dan Bercukur Menjelang 1 Zulhijjah Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 256 hits
Hari ini tanggal 31 Julai bersamaan 28 Zulkaedah Sebelas hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban di mana umat Islam yang berkemampuan melaksanakan penyembelihan sebagai salah satu cara untuk bertaqarrub ataupun mendekatkan diri kepad...
Mufti Jelaskan Hukum Simpan Patung Permainan Kanak Kanak

Mufti Jelaskan Hukum Simpan Patung Permainan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 260 hits
Setiap ibu bapa pasti gemar membelikan barangan beruapa patung permainan kepada anak anak terutama sekali bila ada anak perempuan Walupun begitu tidak asing juga jika mempunyai anak lelaki pasti ibu bapnya akan membelikan patung yang berupa...
Sunan Kalijaga Bakal Buat Perhitungan Hukum Untuk Teman Salmafina Sunan

Sunan Kalijaga Bakal Buat Perhitungan Hukum Untuk Teman Salmafina Sunan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 231 hits
Sunan Kalijaga tak main main Ia akan membawa teman teman anaknya Salmafina ke jalur hukum
Huawei Nova 5i Pro Bakal Dilancarkan Di China Pada 26 Julai

Huawei Nova 5i Pro Bakal Dilancarkan Di China Pada 26 Julai

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 219 hits
Huawei pada saat ini dalam persediaan untuk melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan dengan rekaan kamera utama berpetak Mereka dijangka akan melancarkan peranti ini di China pada 26 Julai ini iaitu tarikh yang sama untuk pra jualan Hua...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah