Mufti Jelaskan Hukum Letak Syarat Kepada Bakal Suami Tidak Boleh Berpoligami


Manusia diciptakan dengan fitrah untuk saling menyayangi, malah Allah SWT menjadikan setiap sesuatu di dunia ini berpasang-pasangan supaya saling melengkapi antara satu sama lain. Justeru, kebanyakan pasangan bercinta pasti ingin mengakhiri perhubungan mereka dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Namun sebelum berlangsungnya acara bermakna tersebut, ada di antara pasangan yang membuat perjanjian serta meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Maka, timbul persoalan tentang hukum jika seorang isteri meletakkan syarat dalam perkahwinan bahawa suaminya tidak boleh berpoligami.
Adakah syarat ini sah disisi syarak, dan perlukah suami mematuhinya?
Oleh itu, di sini kami petik penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memberi pencerahan mengenai isu berkenaan.
Pertama: Mazhab Hanafi Menurut Akmal al-Din al-Babarti, syarat seumpama ini adalah fasid, kerana ia berbentuk larangan ke atas perkara yang diharuskan syara’, namun ia tidak membatalkan nikah.
Jika suami mematuhi syarat itu, maka isteri perlu diberikan mahar musamma, dan jika syarat itu tidak dipatuhi, isteri perlu diberikan mahar mitsil. (Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah, 3/350) Menurut Imam al-Sarakhsi pula, syarat sebegini tidak perlu dituruti oleh suami. (Rujuk Al-Mabsuth, 19/120)
Kedua: Mazhab Maliki Menurut Imam Malik, syarat seumpama ini adalah batil, namun nikah itu tetap sah. Beliau menukilkan pandangan Sa’id ibn Musayyib menyatakan perkahwinan seumpama ini adalah sah dan diharuskan.
Namun menurut satu atsar yang diriwayatkan oleh Al-Laith ibn Sa’ad dimana pada zaman Umar al-Khattab, seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang mensyaratkannya agar tidak membawanya keluar dari negeri asalnya. Umar apabila mendengar hal ini, telah mengangkat syarat itu dari lelaki tersebut, dan perkahwinan itu tidak dibatalkan. (Rujuk Al-Mudawwanah, 2/131)
Menurut Khalil ibn Ishaq al-Jundi, syarat-syarat yang dikenakakan oleh isteri untuk bernikah seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh dibawa mengikuti peperangan dan tidak tidak boleh dibawa keluar daripada rumah dan seumpamanya adalah makruh, dan Imam Malik berkata beliau telah meminta para hakim untuk melarang orang ramai daripada terlibat dengan syarat-syarat seumpama itu. (Rujuk Al-Taudhih fi Syarh Mukhtasar Ibn al-Hajib, 4/181).
Gambar Hiasan Ketiga: Mazhab Syafie Menurut para fuqaha’ mazhab Syafi’e iaitu Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitami, Imam Khathib al-Syarbini dan Syeikh Zakariyya al-Ansari, syarat jenis ini dihukum sebagai fasid dan ia turut menyebabkan mahar menjadi fasid, namun ia tidak membatalkan akad nikah itu sendiri. (Rujuk Raudhah al-Talibin, 7/265; Tuhfah al-Muhtaj, 7/312 dan 387; Mughni al-Muhtaj, 4/377 dan Al-Ghurar al-Bahiyyah, 4/186)
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji juga ada disebut bahawa syarat seumpama ini adalah bercanggah dengan tuntutan nikah itu sendiri, tapi ia tidak menafikan tujuan asasi nikah iaitu menghalalkan persetubuhan. Syarat seperti ini ialah fasid, namun nikah itu tetap sah. (Rujuk Al-Fiqh al-Manhaji, 4/83-83)
Keempat: Mazhab Hanbali Menurut Ibn Qudamah, syarat nikah terbahagi kepada tiga, salah satunya ialah yang wajib dipenuhi oleh suami, yang berkait dengan maslahah terhadap dirinya sendiri, seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh dibawa bermusafir dan tidak dibawa menemani ke peperangan. Jika syarat ini tidak dipenuhi, isteri berhak untuk menuntut fasakh.
Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Umar Al-Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Mu’awiyah, Amru bin Al-‘Aas R.Anhum, Syuraih, Umar bin Abdul Aziz, Thawus dan Al-Auza’ie. Menurut beliau lagi, ini merupakan pandangan para sahabat dan beliau tidak dapati sebarang sanggahan daripada para sahabat lain pada permasalahan ini, maka ia menjadi ijma’.
Selain itu, sabda Nabi SAW juga yang bermaksud:
“Kaum Muslimin itu terikat dengan janji-janji mereka.”
Sunan Tirmidzi (1352) dan Sunan Abu Daud (3594)
Dakwaan bahawa syarat seperti ini mengharamkan yang halal juga tidak tepat, kerana syarat itu hanya berbentuk pilihan kepada isteri untuk menuntut fasakh daripada suami, jika syaratnya itu tidak dipatuhi.
Namun demikian, tidak diharuskan jika syarat itu menghendaki bakal suaminya untuk menceraikan isterinya yang sedia ada, kerana terdapat larangan yang jelas dalam hadith yang bermaksud:
“Janganlah seorang wanita meminta bakal suaminya untuk menceraikan isterinya yang sedia ada dan merampas haknya. Berkahwinlah (walaupun tanpa menetapkan syarat demikian), sesungguhnya dia akan memperoleh apa yang Allah SWT telah tetapkan kepadanya.”
Sahih Muslim (1408) (Rujuk Al-Mughni, 7/93-94)
Imam al-Mardawi pula menganggapnya sebagai satu syarat yang sah dan perlu dipatuhi, dan jika suami melanggar syarat ini, isteri berhak untuk memohon fasakh. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifati al-Rajih min al-Khilaf, 20/390; dan Imam al-Buhuti, Kasyaf al-Qina’, 5/91)
Syeikhul Islam ibn Taimiyyah juga pernah ditanya soalan ini, dan beliau menyebut bahawa syarat tersebut adalah sah, dan suami perlu mematuhinya. Antara dalil beliau ialah kata-kata Umar al-Khattab yang dihadapkan dengan satu kes melibatkan suami isteri yang telah bersetuju sewaktu akad supaya suami tidak berpoligami, beliau mengesahkan syarat tersebut dan berkata:
“Pemutus-pemutus hak itu bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.” (Rujuk Al-Fatawa al-Kubra, 3/90)
Mengikut satu qaul Imam Ahmad yang diterima jumhur fuqaha’ mazhab Hanbali, mematuhi syarat ini hukumnya sunat, dan isteri berhak menuntut fasakh jika suami tidak mematuhinya. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pula memilih pandangan yang mewajibkannya, dan ia adalah pendapat yang lebih sahih.
Namun demikian, jika isteri itu redha dengan pelanggaran syarat yang dilakukan oleh suami, isteri tidak berhak lagi untuk menuntut fasakh. Namun kedua-dua suami dan isteri tidak boleh mensyaratkan agar kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi setelah mereka bercerai atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia.
Namun jika syarat seumpama ini ditetapkan setelah berlaku akad, maka syarat itu tidak lagi perlu dipatuhi. Namun kata Ibn Rajab, syarat itu tetap wajib dipatuhi meskipun ia ditetapkan setelah akad nikah, dan inilah pandangan yang azhar dalam mazhab Hanbali. (Rujuk Syarh Zad al-Mustaqni’, 20/60-62)
Gambar Hiasan Perbahasan Pandangan Ulama dan Tarjih Imam Ibn Rusyd sewaktu memberi komen tentang isu ini menulis:
Para ulama’ berbeza pandangan pada hukum mematuhi syarat seumpama ini, seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh membawa isteri pergi berperang atau berpindah dari negerinya. Manakala menurut al-Auza’ie dan Ibn Syubrumah, isteri berhak mengenakan syarat itu dan suami mestilah mematuhinya.
Ibn Shihab juga menyatakan para ulama’ berpegang pada pendapat ini. Qaul mereka ini diriwayatkan daripada Ali dan Umar R.A. Adapun faktor perbezaan pandangan mereka ialah kerana percanggahan antara nas umum dan nas khusus. Nas umum ialah hadith daripada ‘Aisyah R.Anha bermaksud:
“Sesiapa yang mengenakan syarat yang tidak terdapat dalam al-Qur’an maka ia bathil, meskipun dia mengenakan seratus syarat sekalipun. Syarat Allah lebih benar dan dipercayai.” Riwayat al-Bukhari (2155)
Manakala nas khusus pula ialah hadith daripada ‘Uqbah bin Amir yang bermaksud:
“Sesungguhnya syarat yang lebih berhak untuk dipatuhi dan ditunaikan ialah syarat yang menghalalkan hubungan kelamin (syarat perkahwinan).”
Riwayat Muslim (1418)
Kedua-dua hadith ini adalah sahih, namun yang lebih masyhur dalam kalangan usuliyyun ialah mendahulukan nas khusus ke atas yang umum, dan dalam kes ini, wajib untuk mematuhi syarat yang telah dipersetujui bersama isteri.” (Rujuk Bidayah al-Mujtahid, 3/81-82)
Kesimpulan Tuntasnya, kami mentarjihkan (memberatkan) pandangan yang mengharuskan syarat yang dikemukakan isteri sebelum akad agar suami tidak boleh berpoligami, dan para suami hendaklah mematuhi persetujuan yang telah ditetapkan bersama isteri, demi memelihara keutuhan rumah tangga yang harmoni.
Namun dalam masa yang sama, syarat-syarat yang diletakkan manusia bukanlah hukum Allah SWT yang tidak boleh dipinda dan diubah. Sikap toleransi dan berlapang dada mestilah diutamakan, dan dalam banyak keadaan, perbincangan hati ke hati pastinya akan menatijahkan hasil yang positif.
Gambar Hiasan Maka, meskipun isteri memiliki hak untuk menuntut fasakh jika suami tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, pertimbangan yang rasional dan pemikiran matang haruslah digunakan dalam membuat sebarang keputusan.
Kami akhiri dengan doa seperti yang diajar oleh Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)
Wallahu a’lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/26/mufti-jelaskan-hukum-letak-syarat-kepada-bakal-suami-tidak-boleh-berpoligami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Jelaskan Hukum Simpan Patung Permainan Kanak Kanak

Mufti Jelaskan Hukum Simpan Patung Permainan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 222 hits
Setiap ibu bapa pasti gemar membelikan barangan beruapa patung permainan kepada anak anak terutama sekali bila ada anak perempuan Walupun begitu tidak asing juga jika mempunyai anak lelaki pasti ibu bapnya akan membelikan patung yang berupa...
Apa Hukum Brazilian Wax Di Spa Oleh Bakal Pengantin Ini Jawapan Mufti

Apa Hukum Brazilian Wax Di Spa Oleh Bakal Pengantin Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 277 hits
Perkahwinan merupakan detik penting dan bermakna dalam hidup seseorang Buat bakal pengantin persiapan menghadapi hari terbesar dalam hidup pasti mendebarkan untuk menyediakan diri dari segi mental fizikal dan material Bagi yang berkeinginan...
Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 339 hits
Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ianya dapat melambangkan identiti seseorang Setiap ibu bapa mahu memberi anak mereka dengan nama yang mempunyai maksud yang baik seperti nama nama Nabi nama para sahabat dan juga ilmuwan Na...
Berani Putus Berani Tanggung Peguam Jelaskan Hak Boleh Dituntut Jika Diputuskan Pertunangan

Berani Putus Berani Tanggung Peguam Jelaskan Hak Boleh Dituntut Jika Diputuskan Pertunangan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 166 hits
Baru baru ini isu pertunangan kini menjadi bualan hebat sehingga ada individu yang didakwa menyakiti bekas tunang sehingga melibatkan pihak berkuasa Berikutan itu banyak spekulasi dan persoalan yang timbul mengenai hak hak individu yang dip...
Lepas Suntik Bcg Memang Boleh Bernanah Tak Payahlah Letak Minyak Angin Atau Plaster

Lepas Suntik Bcg Memang Boleh Bernanah Tak Payahlah Letak Minyak Angin Atau Plaster

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 479 hits
Suntikan vaksin Bacillus Calmette Gu rin atau BCG akan diberikan kepada semua bayi Ekoran tularnya isu luka suntikan vaksin BCG penjelasan daripada doktor ini boleh dijadikan panduan Tular gambar tentang luka BCG ini Saya cuma berminat nak ...
Pemandu E Hailing Boleh Penuhi Syarat Dalam Tempoh 3 Bulan

Pemandu E Hailing Boleh Penuhi Syarat Dalam Tempoh 3 Bulan

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 274 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Zizi Kirana Tak Pilih Paras Rupa Mahu Bakal Suami Pandai Buat Lawak

Zizi Kirana Tak Pilih Paras Rupa Mahu Bakal Suami Pandai Buat Lawak

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 942 hits
Semalam kecoh apabila gambar penyanyi Zizi Kirana dan pelawak Ebby Yus bersanding di pelamin tular di laman media sosial Rupa rupanya gambar itu dirakam ketika mereka melakukan penggambaraan sebuah sketsa sehingga menimbulkan salah faham da...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 486 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Siti Nordiana Tunjuk Gambar Sh00t Pre Wedding Bersama Bakal Suami

Siti Nordiana Tunjuk Gambar Sh00t Pre Wedding Bersama Bakal Suami

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 472 hits
Siti Nordiana Tunjuk Gambar Sh00t Pre Wedding Bersama Bakal Suami Buat Ramai Netizen CemburuSiti Nordiana yang telah bergelar ibu tungg4l selama hampir 11 tahun ini terlalu sibuk dengan urusan nyanyian lakonan dan perniagaan sehingga tidak ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas