Mufti Jelaskan Hukum Simpan Patung Permainan Kanak Kanak


Setiap ibu bapa pasti gemar membelikan barangan beruapa patung permainan kepada anak-anak terutama sekali bila ada anak perempuan. Walupun begitu, tidak asing juga jika mempunyai anak lelaki, pasti ibu bapnya akan membelikan patung yang berupa Ultraman atau seangkatan dengannya.
Namun, ada juga sesetengah orang yang jadikan menyimpan patung permainan sebagai satu hobi dan untuk koleksi. Sungguhpun begitu, sering kita dengar bualan orang jika menyimpan patung-patung ini akan menghalang kehadiran malaikat masuk ke rumah kita. Betul ke?
Justeru itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Dato’ Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri  tampil memberi penjelasan dalam satu edisi soal jawab melalui portal rasmi jabatan itu. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.
Soalan
Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan menyimpan patung mainan kanak-kanak seperti dinasours, robot dan lain-lain untuk tujuan permainan dan pembelajaran. Baru-baru ini terdapat ustaz yang mengatakan perkara itu haram dan kami telah membuangnya atas nasihat ustaz tersebut.
Mohon pencerahan Tuan Mufti berkaitan pandangan Islam mengenai perkara ini. Adakah ia dibolehkan ataupun tidak?
Jawapan
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Terdapat larangan dalam beberapa hadith mengenai menyimpan dan meletakkan patung di dalam rumah serta mengukirnya. Antaranya ialah hadith yang telah kami bahaskan dalam Al-Afkar #47: Hukum Patung Sebagai Perhiasan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.
Hadith riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)
Di dalam hadith yang lain juga, Rasulullah SAW bersabda:
أنَّ أُمَّ حَبِيبَةَ، وأُمَّ سَلَمَةَ ذَكَرَتا كَنِيسَةً رَأَيْنَها بالحَبَشَةِ فِيها تَصاوِيرُ لِرَسولِ اللهِ ﷺ، فَقالَ رَسولُ اللهِ ﷺ: إنَّ أُولَئِكَ، إذا كانَ فِيهِمُ الرَّجُلُ الصّالِحُ، فَماتَ، بَنَوْا على قَبْرِهِ مَسْجِدًا، وصَوَّرُوا فيه تِلْكِ الصُّوَرَ، أُولَئِكِ شِرارُ الخَلْقِ عِنْدَ اللهِ يَومَ القِيامَةِ.
Maksudnya: Bahawasanya Ummu Habibah dan Ummu Salamah Ranhuma teringat kepada tempat ibadat yang mereka pernah melihatnya di Habsyah yang terdapat patung-patung berhala di dalamnya dan menceritakannya kepada Rasulullah SAW. Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Pada satu ketika dahulu ada seorang lelaki yang soleh kemudian dia meninggal dunia. Maka, penduduk di situ mereka membina tempat ibadah di atas kuburnya dan mengukirkan patung-patung tersebut untuknya. Mereka itulah seburuk-buruk ciptaan di sisi Allah SWT pada hari Kiamat.
Hadith riwayat Muslim: (528)
Begitu juga, dalam satu hadith lain yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ أشَدَّ النّاسِ عَذابًا يَومَ القِيامَةِ المُصَوِّرُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya manusia yang paling pedih azabnya di hari Kiamat ialah orang-orang yang mengukir patung (untuk disembah).
Hadith riwayat al-Bukhari (5606) dan Muslim (2108)
Allah SWT juga memberi ancaman kepada golongan yang mengukir patung ini supaya menciptakan juga biji benih dan zarah. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَن أظْلَمُ مِمَّنْ ذَهَبَ يَخْلُقُ كَخَلْقِي، فَلْيَخْلُقُوا حَبَّةً، ولْيَخْلُقُوا ذَرَّةً
Maksudnya: Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengubah sesuatu sepertimana ciptaan-Ku? Hendaklah mereka itu menciptakan juga biji dan juga zarah.
Hal ini kerana ayat-ayat al-Quran menunjukkan bahawa sifat membuat dan mengubah rupa bentuk merupakan salah satu daripada sifat yang khusus bagi Allah SWT iaitu al-Musawwir (المصوّر). Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Maidah: 6)
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Surah al-‘Araf: 11)
Kesimpulan
Berdasarkan nas al-Quran dan hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengharaman patung tersebut adalah berkaitan haram mengukir patung yang menyerupai ciptaan Allah SWT dan haram untuk disembah atau dimuliakan.
Adapun selain daripada perkara tersebut seperti patung sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:
كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى
Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sehabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda SAW menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.
Hadis riwayat al-Bukhari: (6130)
Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam mensyarahkan hadith ini berkata: Para ulama berdalil dengan hadis ini tentang hukum harus terhadap patung mainan untuk kanak-kanak. Hadith ini adalah pengecualian dari keumuman hadis yang melarang membuat tandingan yang serupa dengan ciptaan Allah.Keharusan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau katakan bahawa inilah pendapat majoriti ulama. (Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 10/527)
Hal ini kerana patung permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang disembah atau dimuliakan. Bahkan, kanak-kanak tersebut dengan tabiatnya akan mematahkan dan merosakkan patung tersebut seperti terputus kepala atau anggota badannya. Ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah sebagai patung permainan bagi mereka dan jauh sekali untuk dihormati, apatah lagi disembah.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik dalam agama serta memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk beribadat dengan ikhlas kepadaqNya. Amin
 
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/24/mufti-jelaskan-hukum-simpan-patung-permainan-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Jelaskan Hukum Letak Syarat Kepada Bakal Suami Tidak Boleh Berpoligami

Mufti Jelaskan Hukum Letak Syarat Kepada Bakal Suami Tidak Boleh Berpoligami

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 348 hits
Manusia diciptakan dengan fitrah untuk saling menyayangi malah Allah SWT menjadikan setiap sesuatu di dunia ini berpasang pasangan supaya saling melengkapi antara satu sama lain Justeru kebanyakan pasangan bercinta pasti ingin mengakhiri pe...
Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

Mufti Jelaskan Hukum Menamakan Nama Anak Dengan Nama Malaikatn Nama

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 371 hits
Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ianya dapat melambangkan identiti seseorang Setiap ibu bapa mahu memberi anak mereka dengan nama yang mempunyai maksud yang baik seperti nama nama Nabi nama para sahabat dan juga ilmuwan Na...
Hukum Haji Bagi Kanak Kanak

Hukum Haji Bagi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 212 hits
Soalan Apakah hukum ibadah Haji yang dilakukan oleh kanak kanak dan adakah ibubapa yang melakukan ibadah Haji bagi pihak kanak kanak tersebut mendapat pahala Jawapan Dalam Islam sebarang pensyariatan berkaitan dengan ibadah tidaklah ditakli...
Apa Hukum Brazilian Wax Di Spa Oleh Bakal Pengantin Ini Jawapan Mufti

Apa Hukum Brazilian Wax Di Spa Oleh Bakal Pengantin Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 304 hits
Perkahwinan merupakan detik penting dan bermakna dalam hidup seseorang Buat bakal pengantin persiapan menghadapi hari terbesar dalam hidup pasti mendebarkan untuk menyediakan diri dari segi mental fizikal dan material Bagi yang berkeinginan...
Terjaring Razia Kepala Desa Di Indragiri Hulu Ketahuan Simpan Sabu

Terjaring Razia Kepala Desa Di Indragiri Hulu Ketahuan Simpan Sabu

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 156 hits
Kapolres Indragiri Hulu AKBP Dasmin Ginting mengatakan petugas lalu lintas sedang menggelar cipta kondisi atau razia di depan Polsek Kuala Cenaku Lalu BD melintas dan diberhentikan saat melewati petugas
5 Tahun Simpan Hasrat Akhirnya Erra Fazira

5 Tahun Simpan Hasrat Akhirnya Erra Fazira

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 309 hits
Pelakon Erra Fazira akui gementar untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji di tanah suci Makkah pada awal Ogos ini Jelas Erra dia bakal menunaikan ibadah itu bersendirian tanpa mahram Saya akan berangkat menunaikan haji pa...
Simpan Sabu Di Korek Api Dua Napi Lapas Amuntai Diamankan Polisi

Simpan Sabu Di Korek Api Dua Napi Lapas Amuntai Diamankan Polisi

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 241 hits
Warga binaan menyimpan sabu seberat 0 06 gram di dalam kotak korek api
Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya Simpan Pun Kena Betul

Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya Simpan Pun Kena Betul

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1042 hits
Daun pisang ni memang penting peranannya dalam sajian masakan dan kuih muih tradisi kita Makanan yang dibalut dengan daun pisau nampak hijau cantik serta wangi baunya Kuih abuk abuk tepung telita pulut inti manis kuih kochi lepat pulut pang...
Faceapps Boleh Simpan Guna Gambar Anda Sesuka Hati Tanpa Royalti Forbes

Faceapps Boleh Simpan Guna Gambar Anda Sesuka Hati Tanpa Royalti Forbes

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 251 hits
Apabila membuka sahaja laman sosial sudah pastinya kita sedikit terkejut dengan gambar wajah rakan rakan kita di masa tua Aplikasi Viral FaceApp sudah menjadi trending terkini bukan sahaja netizen malah artis artis turut tidak melepaskan pe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah