Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 2 Kisah Inspirasi Cikgu Rohaidah


Tahun 2021 merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Guru secara bersederhana dalam norma baharu. Tapi tahu tak, pengorbanan Guru ni memang sukar digambarkan. Bersempena dengan sambutan Hari Guru, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's (AGI) 2021 dianjurkan bagi menghargai "Cikgu Luar Biasa" yang telah berhempas pulas menjalankan tanggungjawab mereka lebih daripada tugas hakiki demi pencapaian luar biasa dan menonjolkan dedikasi mereka dalam mendidik generasi muda. Mereka memangselayaknya diberi penghargaan dan semoga AGI2021 mampu dijadikan batu loncatan buat para guru diluar sana untuk terus bersemangat berbakti kepada anak didik mereka. Ada lebih beratus-ratus guru telah dicalonkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2021. Korang boleh baca kisah "Cikgu Luar Biasa" di laman web Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s.  


Kisah kedua kali ini, aku diberi peluang untuk menemubual secara dalam talian. Bukan mudah untuk jadi GURU. Mereka bukan hanya mendidik pelajar, tapi mereka melahirkan insan yang berguna, kreatif dan inovatif. Terbaik! CIKGU ROHAIDAH, IKON GURU INOVATIF DAN KREATIF
Kisah kedua yang ingin aku kongsikan kali ini adalah mengenai Cikgu Rohaidah binti Yon, kini berusia 56 tahun yang merupakan anak jati Parit Sulong, Batu Pahat dan sudah mendirikan rumahtangga dengan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
 

Cikgu Rohaidah seorang yang sangat memberi inspirasi kepada murid, ibu bapa, dan pendidik. Guru ini telah berkhidmat selama 26 tahun di SMK Tun Ismail, Parit Raja. Beliau dicalonkan kerana sikap dan kesungguhannya bila di dalam kelas juga di atas pentas, Tidak kira sama ada dalam latihan untuk pertandingan mahupun memberikan ilmu di dalam kelas, beliau akan memberikan ilmunya dengan bersungguh-sungguh agar semua muridnya dapat mengikuti setiap perkara yang diajar serta sangat tegas ketika mendidik anak-anak muridnya



Selain itu, Cikgu Rohaidah diberi tanggungjawab dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 6 atas dan bawah serta menaikkan prestasi sekolah. Beliau juga sering diberi peranan sebagai guru pembimbing dalam bidang penulisan Cerpen, dalam bidang pengarahan drama pendek Pengisahan Kenegaraan Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Peringkat Kebangsaan, Drama Komsas, Pertandingan Dekon Kesteria dan Pertandingan pantun dalam talian anjuran Rangkaian Hotel Malaysia dan DBP. KEJAYAAN GURU DALAM PENULISAN
Antara kejayaan Cikgu Rohaidah memenangi sayembara Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan :  2002- Tajuk Cerpen MIMOSA PUDICA (Naib Johan Kebangsaan) 2003- Tajuk Cerpen: RAA RAHSIA ABU ATUK (Saguhati Kebangsaan) 2004- Tajuk cerpen E.T (Naib Johan Kebangsaan) 2005- Sekolah Dalam Taman (Sagu hati Kebangsaan) 


2006 – ELAEIS GUINEENSIS (Johan Kebangsaan)2007- MENUJU CAKERAWALA (Saguhati kebangsaan)2008- CHANNA SATRIATUS (Johan Kebangsaan)2009-LENTERA KEHIDUPAN (Saguhati Kebangsaan)2010 dan 2011 – Johan Negeri Johor
2012- JATOPRA CURCAS KHAZANAH RIMBA (Naib Johan Kebangsaan)
PENGHASILAN BUKU
Cikgu Rohaidah telah berjaya menghasilkan beberapa buku hasil titik peluhnya. Antaranya:
-Novel kanak-kanak GERBANG PELANGI 2015-Novel Remaja “GERBANG RAUDHAH”2014-Novel Remaja SEMANIS NIRA (2020)-Novel Kanak-kanak “Raja Kupu-kupu.”2020-Buku Kisah Hidup “MERANDUK OMBAK 2020 (Buku ini terpilih 30 buku terbaik Pengkarya Guru oleh Majlis Buku Malaysia 2021 baru-baru ini)-Himpunan cerpen “AL-QAMAR bakal dipasarkan di Universiti AL-Azhar dan pasaran di negara Arab.” Terbitan Kolej Islam MARSAH Dan Persatuan Penulis Johor 2020/2021. Kesemua cerpen saya tersiar dalam Majalah Dewan Sastera dan dialihbahasa ke bahasa Arab)

-Menjadi Karyawan Tamu dalam Majalah Dewan Sastera 2019-Cerpen Tersiar di Dewan Sastera bertajuk Baju Kurung Teluk Belanga, Titi Batang, Ginga Maru, Bulan dan Bait-bait Rindu (2019) Juga di Berita Harian 2020 “COVID-19, CIKGU DAN ADIWIRA
-Terlibat dengan pelbagai antologi (lebih 50 antologi) antaranya; Antologi buku Guru Asean 2018,Sajak perpaduan Malaysia-Jepun oleh Persatuan Penulis Johor 2019, Sajak Malaysia-India 2019, Puisi Ramadan Asean 2018, Antologi 1000 Pantun GURU ASEAN 2020,Antologi LEGASI EMAK 2020, Antologi LEGASI ABAH 2021, Antologi Serphan Memorabilia 2020 dan banyak lagi

CABARAN CIKGU ROHAIDAH SEMASA MELAKSANAKAN PDPR SEPANJANG PKPBeliau akan memastikan kesemua pelajarnya berada dalam talian semasa kelas dijalankan. Cikgu Rohaidah akan menghubungi keluarga pelajar sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir semasa PdPr. Bagi pelajar yang ada masalah kewangan untuk membeli data internet, beliau akan menghubungi mereka untuk memberikan bantuan kewangan. Sekiranya mereka mengalami masalah internet dan tidak dapat menyertai PdPr latihan akan diberikan melalui telegram khas.  Di Telegram merupakan platform bagi sesi perbincangan, edaran soalan dan jawapan-jawapan pelajar akan dihantar di sini. Pesanan kepada pelajar: “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih” dan “patah sayap bertongkat kuku, patah kuku bertongkat paruh”. Dalam menimba ilmu segala permasalahan perlu di atasi meskipun dalam pelbagai cara dan kaedah. Alhamdulillah, kaedah belajar dalam talian banyak membantu dalam PdPr demi mengatasi masalah COVID-19 yang menular. Malah beliau turut melaksanakan bimbingan penulisan melalui dalam talian sepanjang PKP dilaksanakan agar pelajar-pelajar merebut peluang menyertainya

CABARAN BERSEMUKA DENGAN PELAJAR SEPANJANG PKP
"Sebelum PKP, rumahnya menjadi tempat beliau mengajar pelajar-pelajar.  Sama ada dalam pelajaran mahupun penulisan serta drama"

Cikgu Rohaidah sentiasa memastikan pelajar-pelajar hadir ke sekolah dalam keadaan yang sihat dan tiada gejala. Pelajar-pelajar wajib menjaga penjarakan agar virus COVID-19 dapat diatasi. Sebagai guru, beliau juga harus berada dalam keadaan yang sihat agar sekolahnya tidak menjadi tempat menularnya virus ini. Kelas juga mestilah berada dalam keadaan yang selamat kerana perlu disanitasi sentiasa dan guru-guru saling bekerjasama. Sebagai guru, kepentingan memberi ilmu dan menjaga kebajikan pelajar dan persekitaran sekolah amat diutamakan. Beliau reda dengan norma baharu ini agar dapat mengekang wabak COVID-19
-----------------------------------------------
Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti


Nantikan keputusan dan pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 pada hujung Mei ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.om.my/anugerahguruinspirasi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miminadam.com/2021/05/anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds-2021_17.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 582 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Raikan Guru Hebat Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Rindu waktu belajar cikgu yang ajar nad ada yang garang ada yang lembut Semua tu sebab cikgu nak mengajar...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 794 hits
Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Anugerah Guru Inspirasi McDonald s kembali Anugerah Guru Inspirasi McDonald s adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald s ...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari Smk Tengku Abdullah Pahang

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari Smk Tengku Abdullah Pahang

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 458 hits
hai assalammualaikum Kisah Guru Inspirasi Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari SMK Tengku Abdullah Tercalon Dalam Anugerah Guru Inpsirasi McDonald s 2021 Jasa guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata kata Bukan mudah untuk...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 436 hits
Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Anugerah Guru Inspirasi McDonald s kembali Anugerah Guru Inspirasi McDonald s adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald ...
Tak Kenal Maka Tak Cinta Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Tak Kenal Maka Tak Cinta Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 413 hits
Tak Kenal Maka Tak Cinta Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Tak kenal maka tak cinta Itulah ungkapan yang diberikan oleh seorang murid terhadap gurunya untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 20...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 1120 hits
hai assalammualaikumAnugerah Guru Inspirasi McDonald s Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad Guru mereka inilah yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak anak bangsa kita ...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 392 hits
Assalamualaikum Bila cerita tentang Anugerah Guru Inspirasi ramai yang sudah sedia maklum bahawa anugerah ini adalah inisiatif dari McDonalds Malaysia untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru guru yang tak ternilai dan tak mampu dibayar d...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 380 hits
Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman Dah baca kisah inspirasi dua orang guru iaitu dan yang aku kongsikan sebelum ini yang telah dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds...
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 229 hits
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa Alim ulama pernah berkata Orang yang hebat adalah orang yang dapat melahirkan banyak karya namun seorang yang luar biasa mamp...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman