Anugerah Guru Inspirasi Mcdonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman


Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 : Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman | Dah baca kisah inspirasi dua orang guru iaitu Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan yang aku kongsikan sebelum ini yang telah dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021? 
Kisah yang aku rasa sangat menyentuh hati dan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain. Kisah calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 pada kali ini yang aku nak kongsikan adalah mengenai seorang guru pra sekolah iaitu Cikgu Dahlia. 

Jika nak dibandingkan kisah di antara Cikgu Dahlia dengan Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan, pengalaman Cikgu Dahlia agak berbeza sedikit cabarannya kerana Cikgu Dahlia merupakan seorang guru pra sekolah SK Kaingaran Tambunan, Sabah yang terletak di pedalaman

Latar Belakang Cikgu Dahlia
Nama penuh Cikgu Dahlia ialah Dahlia binti Ali. Cikgu Dahlia dilahirkan pada 22 Disember 1993. Usia Cikgu Dahlia sudah mencecah 28 tahun pada tahun ini. Cikgu Dahlia mempunyai kakak kembar iaitu Rahimah binti Ali

Pendidikan Awal Sebelum Bergelar Guru
Cikgu Dahlia mendapat pendidikan awal di SK Pekan Putatan semasa beliau di sekolah rendah. Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya di SMKA Tun Dato Mustapha semasa di peringkat sekolah menengah. Cikgu Dahlia menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Keningau. Di sana beliau mengambil jurusan pra sekolah

Rintangan yang Terpaksa Ditempuhi Ketika Menjadi Guru Pra Sekolah Di Pedalaman
Cikgu Dahlia telah mempunyai pengalaman mengajar menjadi seorang guru pra sekolah lebih kurang 5 tahun di SK Kaingaran Tambunan, Sabah

Setiap hari Cikgu Dahlia akan berulang alik memandu kenderaannya sendiri dari rumah sewa ke sekolah. Perjalanan dari rumah sewa ke sekolah mengambil masa yang agak lama untuk tiba. Setiap kali memandu ke sekolah, Cikgu Dahlia terpaksa mengharungi jalan yang berlumpur dan berbatu. Liputan telekomunikasi di kawasan sekolah pon tidak begitu bagus, sekejap ada sekejap tiada

Tak dinafikan, menjadi seorang guru pra sekolah, agak mencabar. Cikgu-cikgu perlu menghadapi kerenah murid-murid yang berumur 5 dan 6 tahun. Tambahan pula, Cikgu Dahlia merupakan cikgu pra sekolah di sekolah pedalaman, situasinya amatlah mencabar

Di SK Kaingaran Tambunan, kadangkala murid-murid yang hadir ke sekolah kurang daripada 10 orang sehari. Disebabkan semangat yang ada dalam diri untuk mendidik, Cikgu Dahlia sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak muridnya walaupun jumlah murid yang hadir tidak ramai

"Saya mencalonkan adik kembar saya sendiri untuk mendapat anugerah inspirasi ini, kerana adik saya seorang wanita yang berani dan cekal walaupun sebagai seorang wanita yang kudratnya tidak sekuat lelaki tapi mampu mengharungi perjalanan setiap hari ke sekolah dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda sendiri dengan dugaan tayar pancit dan sebagainya," kata kakak kembarnya, Rahimah

Cabaran yang Dihadapi Sepanjang Sebagai Guru di Pra Sekolah
Menjadi seorang guru pra sekolah bukanlah mudah seperti yang disangka. Aku percaya, kalau orang luar yang melihat kerjaya sebagai seorang cikgu pra sekolah ni mudah. Hanya ajar anak-anak murid apa itu A, B, C dan 1,2,3. Apalah sangatkan? Tapi, sebenarnya tanggungjawab cikgu pra sekolah ini lagi meluas

Tanpa guru pra sekolah, anak-anak tak kenal A, B, C dan 1, 2 ,3. Bagaimana hendak membaca dan mengira kalau tiada asas ini kan? Aku juga percaya, kerjaya sebagai cikgu pra sekolah bukan sekadar menjadi "guru" malahan menjadi seperti seorang ibu kepada anak-anak ini. Cikgu pra sekolah perlu melayan kerenah anak-anak yang menangis, perlu memujuk murid-murid, menguruskan urusan tandas dan pelbagai lagi situasi yang dihadapi oleh cikgu pra sekolah

Tugas seorang cikgu pra sekolah bukan hanya sekadar mengajar. Cikgu Dahlia setiap hari perlu berfikir tentang modul dan pelajaran yang harus diajar untuk kanak-kanak yang masih kecil ini dan yang baru mula pandai mengenal huruf dan membaca. Bukan senang hendak tarik perhatian supaya anak-anak ini untuk belajar dan memberikan tumpuan di dalam kelas. Cikgu Dahlia perlu sentiasa memikirkan idea yang kreatif supaya anak-anak ini minat untuk belajar

"Saya hormat terhadap cikgu-cikgu yang bekerja sebagai cikgu kerana tahap kesabaran mereka sangatlah tinggi. Begitu jugalah dengan semangat yang ada pada Cikgu Dahlia Ali yang sentiasa berusaha untuk memberi ilmu kepada anak didiknya," kata Rahimah

"Semoga ada rezeki buat adik kembar saya dan berharap pihak McDonalds dapat membuat lawatan ke pra sekolah SK Kaingaran Tambunan dan merasai sendiri pengalaman bagaimana hendak menyusuri perjalanan ke sekolah tersebut," kata Rahimah lagi

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 (AGI 2021)
Anugerah Guru Inspirasi McDonalds (AGI 2021) tahun ini merupakan anugerah tahun yang kelima yang telah dilaksanakan oleh pihak McDonalds Malaysia. Anugerah ini diwujudkan bagi menghargai jasa-jasa guru yang senitiasa bersemangat dan berdedikasi membimbing anak-anak murid

Untuk AGI 2021 ini, seramai 25 orang guru yang dipilih daripada ribuan pencalonan yang diterima. Guru yang memenangi anugerah ini akan menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan


#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021  #AnugerahGuruInspirasi2021  #HariGuruMcD #TerimaKasihCikgu #CikguLuarBiasa



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/05/anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds-2021-cabaran-sebagai-guru-pra-sekolah-di-pedalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Kenal Maka Tak Cinta Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Tak Kenal Maka Tak Cinta Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 412 hits
Tak Kenal Maka Tak Cinta Murid Dedah Peribadi Cikgu Mazlan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Tak kenal maka tak cinta Itulah ungkapan yang diberikan oleh seorang murid terhadap gurunya untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 20...
Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 580 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Raikan Guru Hebat Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Rindu waktu belajar cikgu yang ajar nad ada yang garang ada yang lembut Semua tu sebab cikgu nak mengajar...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 432 hits
Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Anugerah Guru Inspirasi McDonald s kembali Anugerah Guru Inspirasi McDonald s adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald ...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 2 Kisah Inspirasi Cikgu Rohaidah

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 2 Kisah Inspirasi Cikgu Rohaidah

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 339 hits
Tahun 2021 merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Guru secara bersederhana dalam norma baharu Tapi tahu tak pengorbanan Guru ni memang sukar digambarkan Bersempena dengan sambutan Hari Guru Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 dianjur...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari Smk Tengku Abdullah Pahang

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari Smk Tengku Abdullah Pahang

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 457 hits
hai assalammualaikum Kisah Guru Inspirasi Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari SMK Tengku Abdullah Tercalon Dalam Anugerah Guru Inpsirasi McDonald s 2021 Jasa guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata kata Bukan mudah untuk...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum Bila cerita tentang Anugerah Guru Inspirasi ramai yang sudah sedia maklum bahawa anugerah ini adalah inisiatif dari McDonalds Malaysia untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru guru yang tak ternilai dan tak mampu dibayar d...
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 229 hits
Kisah Inspirasi Cikgu Norasma Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru Ini Benar Benar Istimewa Alim ulama pernah berkata Orang yang hebat adalah orang yang dapat melahirkan banyak karya namun seorang yang luar biasa mamp...
Salah Ke Saya Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan Di Sekolah Tanya Graduan Ismp Universiti Awam

Salah Ke Saya Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan Di Sekolah Tanya Graduan Ismp Universiti Awam

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 255 hits
nbsp Coretan kali ini mengisahkan tentang seorang jejaka kelahiran Beluran Sabah Riuh Mendoring atau lebih mesra dipanggil Riuh Anak ke 7 daripada 9 adik beradik ini menetap di sebuah perkampungan terpencil iaitu Abuan Sugut Beluran Sabah B...
Habis Guru Agama Makan Gaji Untuk Mengajar Apa Pula Di Sekolah

Habis Guru Agama Makan Gaji Untuk Mengajar Apa Pula Di Sekolah

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 225 hits
Ini pula kisah kegagalan pelajaran agama dan kegagalan guru agama mengajar agama First sila dengar video berikut Jadi dalam video ini wanita serupa ustazah itu berkata Jakim pernah buat survey mengenai pencapaian student dalam subjek agama ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord