Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad


hai assalammualaikum
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's : Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad. - Guru, mereka inilah yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa kita supaya terus mendapat ilmu pengetahuan sama ada ilmu aqli atau naqli. 
Bila kita cakap berkenaan guru, kita anggap guru dengan murid, tapi sebenarnya peranan guru sebagai pendidik bukan sahaja murid-muridnya sahaja, malah guru juga merupakan penyebar atau yang boleh membekalkakn nilai-nilai luhur kepada masyarakat. Guru boleh memainkan peranan ini dengan melibatkan diri dalam apa sahaja kegiatan kemasyarakatan setempat supaya dapat menjadi contoh teladan serta panduan bagi mereka.
Seperti salah seorang guru yang telah dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dengan kisahnya yang menarik ini kerana kepimpinan yang dibuat dan ketulusan hati budi yang melangkaui sempadan.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's : Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad.Kepimpinan melalui teladan, ketulusan hati budi melangkaui sempadan. Itulah frasa kata yang mungkin sesuai untuk menggambarkan kewibawaan ikgu Aidil Azahar ini. Cikgu Aidil adalah seorang guru yang cukup memberi inspirasi kepada salah seorang anak muridnya untuk turut berjaya dan menjadi seorang guru hebat seperti beliau. 
Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad, merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di SK Kampong Bharu Kuala Lumpur. Berasal dari Terengganu, lahir pada 3 Disember 1974. Memilih untuk menjadi cikgu sebagai kerjaya kerana minatnya dalam bidang perguruan dari alam persekolahan lagi. Beliau menyambung pelajaran di Perguruan di Maktab Perguruan Batu Pahat, kemudian sambung ke Ijazah Perguran Islam Bangi secara PJJ.
PendidikanRendah : 
SK Felda Neram Satu, Kemaman (1981-1986)
MenengahSMA Al-Falah Kemaman (1987-1991)SMA(A) Sultan Zainal Abidin, KTrg (1992-1993)
IkhtisasSijil PerguruanMaktab Perguruan Batu Pahat (1995-1997)
Ijazah PendidikanInstitut Pendidikan Guru Islam Bangi secara PJJ (2012-2016)
Sekolah yg pernah berkhidmat1. SK Jalan Sungai Besi 12. SK Wangsa Maju Seksyen 13. SJK(C) Jinjang Selatan4. SK Wangsa Jaya5. SK Taman Maluri - PK Kokurikulum6. SK Danau Kota - PK Kokurikulum7. SK Datok Keramat 1 - PK Kokurikulum8. SK Danau Kota 2 - PK Hal Ehwal Murid9. SK Kampong Bharu - PK PentadbiranMinat Dengan Subjek Matematik

Mula berkhidmat sebagai guru terlatih pada tahun 1998 dan sebelum masuk maktab, beliau mengajar di Institut Semai Kluang. Sangat berminat dalam subjek Matematik sehingga beliau menjadi guru Matematik. 
Beliau merupakan guru yang telah berkhidmat selama 23 tahun. Pernah dinobatkan sebagai guru terbaik matematik apabila berjaya melonjakkan pencapaian UPSR bagi murid-murid kelas belakang. Beliau pernah terlibat sebagai penceramah teknik menjawab Matematik UPSR dan juga pernah terlibat dalam penulisan Buku Aktiviti Matematik 
Cekap Dalam Mengendalikan Pentadbiran Sekolah

Cikgu Aidil juga merupakan bekas pentadbir suatu ketika dahulu iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Kehebatan beliau mengendalikan tampuk pentadbiran  dan mengendalikan setiap permasalahan yang timbul di kalangan murid amat mengagumkan. Sikap dan toleransi yang dimiliki beliau membuatkan beliau dihormati oleh semua lapisan komuniti termasuklah pekebun sekolah dan juga pengawal keselamatan di pagar hadapan sekolah.

Disiplin diri yang tinggi dalam kerjaya beliau selaku pentadbir sekolah membuatkan beliau dicontohi oleh guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah. Keperibadian yang dimiliki dalam diri beliau menjadikan beliau sebagai role model bukan sekadar murid-murid di sekolah, malah rakan-rakan sejawat dari sekolah luar juga turut menjadikan beliau sebagai role model dalam pelbagai aspek. 
Mahir Dalam Semua Bidang

Bukan setakat itu sahaja, semasa negara perlu ikut norma baharu di sekolah, Cikgu Aidil membantu pihak sekolah dengan menghasilkan QR Code untuk imbasan suhu disertakan dengan perisian maklumat yang dihasilkan kepada setiap murid lengkap dengan maklumat peribadi murid amat memudahkan pihak sekolah dalam menghadapi norma baharu pandemik Covid-19. 
Beliau seringkali memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan guru berkaitan dengan penggunaan bahan teknologi untuk PDPR, penyediaan "green screen”, pen digital, penghasilan poster melalui canva, pengajaran secara online menggunakan pelbagai perisian terkini dan sebagainya.Sangat hebat Cikgu Aidil ni.

Beliau juga pernah menjadi jurulatih bola sepak pernah melatih murid-murid untuk mewakili sekolah.


Kejayaan beliau dalam bidang robotik juga menyuntik semangat guru-guru muda untuk menceburi bidang STEM dan Revolusi Industri 4.0. Kepakaran beliau dalam bidang ini tidak dapat disangkal lagi dalam meletakkan beliau sebaris dengan guru-guru ikon dalam bidang ini dan wajar dicontohi.  
Seorang yang sangat mulia, dengan membantu anak-anak murid yang susah dan daif. Beliau pernah berjaya mengesan kedaifan muridnya yang tinggal 6 isi serumah dalam satu bilik yang sempit di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur biarpun murid tersebut datang ke sekolah dengan berpakaian bersih tanpa menunjukkan sedikitpun kemiskinannya apabila berada di sekolah. 



Keadaan ini telah membuka mata banyak pihak dalam membantu murid beliau tersebut. Seterusnya, beliau turut aktif dalam kegiatan memberi makanan kepada golongan gelandangan bersama pertubuhan NGO di sekitar Kuala Lumpur



Keterlibatan beliau dalam dunia kebajikan melangkaui usaha beliau membantu murid yang daif yang terjejas ketika banjir, masalah kewangan, masalah keluarga, ponteng sekolah, terjejas pendidikan sehingga ke negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Terengganu. Malah, beliau turut pernah mengikuti program menyantuni Suku Kaum Bateq Orang Asli di Sungai Sekin, Lipis. 



Memiliki saluran Youtube  “Aidil Ahmad” di mana beliau sering berkongsi pengalaman beliau dalam dunia kebajikan melalui penghasilan video. Ia juga merupakan salah satu medium yang berupaya mengajak orang ramai untuk turut serta dalam dunia kebajikan. 
Gerobok Rezeki

Di samping itu, Cikgu Aidil yang telah berkhidmat di 9 buah sekolah sepanjang perkhidmatan beliau sehingga kini, turut menubuhkan Gerobok Rezeki di mana Gerobok Rezeki merupakan platform membantu keluarga yang memerlukan bantuan yang berupa barangan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya. 


Penubuhan Gerobok Rezeki pula dibantu oleh pelbagai pertubuhan NGO, warga sekolah dan juga ibu bapa.
Kehebatan beliau mengimbangi urusan pentadbiran sekolah, kepakaran dalam bidang matematik, kehebatan dalam teknologi maklumat dan pengabdian diri dalam dunia kebajikan tanpa mengira masa serta tenaga merupakan elemen yang cukup signifikan dalam melayakkan beliau menjadi guru inspirasi yang amat mengagumkan dan wajar dicontohi.
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's anjuran McDonald's Malaysia

Bila nad membaca kisahnya, memang layakla beliau dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's.  Nad ada menemuramah Cikgu Aidil, dan bertanyakan apakah hasrat cikgu kepada anak murid di luar sana? Sebagai cikgu, semestinya nak melihat ank-anak muridnya berjaya lebih dari dia. Berjaya bukan dalam pelajaran semata-mata, malah dari segala segi, iaitu akhlak, menghormati orang lain tidak kira tua atau muda. 


Semoga pencalonan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad bagi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu mengangkat beliau selaku “Unsung Hero" yang bertungkus-lumus dalam dunia kebajikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Yang pasti segala gerak kerja beliau yang ikhlas sudah tentunya akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat, rezeki yang halal serta melimpah-ruah, dipanjang umur dalam penuh keberkatan dan kehidupan beliau sentiasa diberkati serta dikelilingi oleh insan-insan yang baik.





McDonald's Malaysia akan memberi pengiktirafan guru menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's sempena Hari Guru nanti. Anugerah ini diwujudkan sebagai menghormati dan menghargai jasa pendidik seluruh negara  Ini adalah tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini. Seramai 25 guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, trofi, dan sijil penghargaan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena dengan Hari Guru.

McDonald's Malaysia akan mengumumkan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's2021 pada akhir Mei ini.

Sempena Hari Guru 16 Mei ni, hargailah hasil usaha kerja guru yang telah mereka buat demi anak bangsa dan negara. Mereka telah bertungkus lumus berkorban dalam mendidik generasi muda kita. Terima kasih untuk semua jasa dan kebaikan cikgu selama ini. Semoga Tuhan selalu mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada cikgu. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2021/05/anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 794 hits
Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Anugerah Guru Inspirasi McDonald s kembali Anugerah Guru Inspirasi McDonald s adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald s ...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 392 hits
Assalamualaikum Bila cerita tentang Anugerah Guru Inspirasi ramai yang sudah sedia maklum bahawa anugerah ini adalah inisiatif dari McDonalds Malaysia untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru guru yang tak ternilai dan tak mampu dibayar d...
Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 582 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Raikan Guru Hebat Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Rindu waktu belajar cikgu yang ajar nad ada yang garang ada yang lembut Semua tu sebab cikgu nak mengajar...
Hampir Ragut Nyawa Sendiri Kisah Cikgu Luar Biasa Ini Patut Menjadi Inspirasi Buat Semua

Hampir Ragut Nyawa Sendiri Kisah Cikgu Luar Biasa Ini Patut Menjadi Inspirasi Buat Semua

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 611 hits
Masa kecik kecik dulu kita selalu dengar peribahasa Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain Betul tak Tapi kita tak tahu pun maksud sebenar peribahasa tu kan Kisah Cikgu Luar Biasa Inspirasi Buat Semua Tapi bila d...
Eratkan Aidil Fitri Di Mana Jua Berada Ahmad Maslan

Eratkan Aidil Fitri Di Mana Jua Berada Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 222 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Jambatan Compact Bailey Bagaikan Anugerah Aidil Fitri

Jambatan Compact Bailey Bagaikan Anugerah Aidil Fitri

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 153 hits
HARAKAH DAILY JERANTUT Pembinaan jambatan Compact Bailey menggantikan jambatan lama yang telah rosak diterima bagaikan anugerah Aidil Fitri buat kira kira 1 000 penduduk di tiga perkampungan di sini Pembinaan semula itu membolehkan para pen...
Selamat Bersara Cikgu Lajat

Selamat Bersara Cikgu Lajat

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 1235 hits
JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG SEMANGATMU DIJULANG KEPIMPINANMU GEMILANG Seluruh warga dan komuniti SKBB5 mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Lajat bin Ahmad Terima kasih kerana sudi menjadi keluarga kami sejak 2012 Segala jasa b...
Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Portal Digital Delima

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Portal Digital Delima

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 452 hits
Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Portal Digital Delima untuk kegunaan guru dan para pelajar ketika sesi persekolahan secara PdPR Seperti kita tahu Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa pembel...
Gadis Kerja Cikgu Dan Nurse Sasaran Lelaki Biawak Hidup Untuk Dijadikan Isteri

Gadis Kerja Cikgu Dan Nurse Sasaran Lelaki Biawak Hidup Untuk Dijadikan Isteri

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 268 hits
May 4 2021 Pasti ramai tahu meskipun gaji ditawarkan tidak banyak namun pihak bank lebih mudah untuk memberi pinjaman kepada penjawat awam dan disebabkan itu ada lelaki di luar sana memburu gadis kerja kerajaan untuk mendaptkan wang dengan ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman