Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini


 
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's kembali! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald's Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang telah memberi komitmen sepenuh hati dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk jadi yang lebih baik.
Untuk kisah guru kali ini, Momi nak kongsikan kisah guru dari Sekolah Seni Malaysia Perak, Sungai Siput (U), Perak, iaitu Puan Zuraini binti Abdullah. Cikgu Zuraini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Kesenian sekolah pada tahun 2016 di SMK Muhibbah. Kehadiran beliau telah membuka lembaran baru untuk bidang kesenian iaitu bidang tari, teater, muzik dan seni visual sekolah tersebut. Cikgu Zuraini telah menggalakkan SMK Muhibbah untuk menyertai pertandingan berprestij dalam bidang kesenian di Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Antarabangsa. 

Cikgu Zuraini yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif adalah penerima Anugerah Canselor ketika beliau menamatkan pengajiannya. Ilmu pengetahuan yang dipelajari serta kenalan-kenalan universiti beliau telah digunakan sepenuhnya dalam memacu kejayaan murid-murid Sekolah Seni Malaysia Perak. 

Tanggal 1 Oktober 2016, Pertandingan Tingkah Zapin Terbuka menyaksikan anak-anak Seni Tari kejayaan sekolah tersebut menjadi Juara Peringkat Kebangsaan mengalahkan peserta-peserta yang jauh lebih dewasa. Kesungguhan Cikgu Zuraini untuk membina nama SMK Muhibbah ke persada antarabangsa dengan menyertai Singapore International Chinggey Parade (mewakili Malaysia) pada Februari 2017 yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Singapura. Peluang membuat persembahan di Pentas Utama sebagai kumpulan terbaik mengalahkan semua pasukan luar negara merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada Sekolah Seni Malaysia Perak dan negara Malaysia. 

Cikgu Zuraini seterusnya mengangkat nama SMK Muhibbah dalam bidang teater terbang jauh merentas benua. SMK Muhibbah berjaya menempah nama ke Costa Brava, Sepanyol pada Oktober 2017, International Youth Culture and Arts Festival (29 September hingga 2 Oktober 2018) dan Pertandingan Peringkat Antarabangsa di Spring Festival : International Youth Culture and Arts Festival, Beijing, China (23 Januari- 27 Januari 2019).

Cikgu Zuraini telah mula menjalankan tugas sebagai Pengetua menjelang tahun 2020. Beliau mula mengorak langkah bagi mendapatkan nama Sekolah Seni Malaysia Perak yang rasmi bagi memudahkan urusan dan ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tanggal 8 Mac 2021, secara rasminya nama sekolah ini telah diisytiharkan sebagai Sekolah Seni Malaysia Perak. 
Untuk kisah penuh mengenai Cikgu Zuraini oleh Mohamad Izwan, anda boleh layari link ini :  https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/2458.
---------
Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka dari 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, 25 guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala, selempang, dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.
Warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula akan mendapat baucar McDonald's yang bernilai RM200. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, menjalankan tanggungjawab melampaui tuntutan tugas untuk menolong pelajar, dan mewujudkan kesan positif pada diri pelajar.
Nantikan pengumuman  keputusan 25 pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 pada penghujung Mei ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2021/05/AGI2021-cikgu-zuraini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

Kisah Inspirasi Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 582 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Raikan Guru Hebat Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald s 2021 Rindu waktu belajar cikgu yang ajar nad ada yang garang ada yang lembut Semua tu sebab cikgu nak mengajar...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold And Brave

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 392 hits
Assalamualaikum Bila cerita tentang Anugerah Guru Inspirasi ramai yang sudah sedia maklum bahawa anugerah ini adalah inisiatif dari McDonalds Malaysia untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru guru yang tak ternilai dan tak mampu dibayar d...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 1119 hits
hai assalammualaikumAnugerah Guru Inspirasi McDonald s Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad Guru mereka inilah yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak anak bangsa kita ...
Hampir Ragut Nyawa Sendiri Kisah Cikgu Luar Biasa Ini Patut Menjadi Inspirasi Buat Semua

Hampir Ragut Nyawa Sendiri Kisah Cikgu Luar Biasa Ini Patut Menjadi Inspirasi Buat Semua

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 611 hits
Masa kecik kecik dulu kita selalu dengar peribahasa Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain Betul tak Tapi kita tak tahu pun maksud sebenar peribahasa tu kan Kisah Cikgu Luar Biasa Inspirasi Buat Semua Tapi bila d...
Jawatan Kosong Terkini 2021 Mrsm Guru Ganti Gaji Rm1496 43 Rm 2046 98

Jawatan Kosong Terkini 2021 Mrsm Guru Ganti Gaji Rm1496 43 Rm 2046 98

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 340 hits
Jawatan Kosong Terkini 2021 MRSM Guru Ganti Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka...
Semakan Keputusan Ukcg Bagi Institut Pendidikan Guru Pismp 2021

Semakan Keputusan Ukcg Bagi Institut Pendidikan Guru Pismp 2021

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 489 hits
Semakan Keputusan UKCG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pengumuman di portal rasmi bahawa semakan keputusan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda ...
3 Kejutan Di Anugerah Akademi 2021

3 Kejutan Di Anugerah Akademi 2021

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 252 hits
Berlangsung di Los Angeles Anugerah Akademi ke 93 telah berlangsung cukup berbeza dengan menyaksikan beberapa kejutan dan sejarah tercipta selepas senarai pemenang diumumkan Majlis Anugerah Akademi ke 93 telah berlangsung di dua lokasi berb...
Design Poster Tahniah Syabas Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Tahun 2021 Auegcas Seluruh Malaysia

Design Poster Tahniah Syabas Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Tahun 2021 Auegcas Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 906 hits
Design PosterTahniah Syabas Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Tahun 2021AUEGCAS Seluruh Malaysia Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau la...
Permohonan Tekun Mobilepreneur 2021 Usahawan B40

Permohonan Tekun Mobilepreneur 2021 Usahawan B40

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 363 hits
Permohonan TEKUN Mobilepreneur 2021 Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4 0 dibuka lagi pada tahun ini bagi meluaskan lagi peluang pekerjaan kepada golongan yang kehilangan punca pendapatan akibat penularan Covid 19 Pembiayaan ini memberi p...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran