Anak Selalu Sakit Selalu Demam Rupa Rupanya Berpunca Dari 6 Perkara Ini Mak Ayah Kena Alert


Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka.
Baca: “Hamil Anak Perempuan, Naik Kurap Satu Badan. Suami Suka Tengok Cermin & Mengemas”

Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.

1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanak yang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.

Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my

The post Anak Selalu Sakit, Selalu Demam Rupa-Rupanya Berpunca Dari 6 Perkara Ini! Mak Ayah Kena Alert appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-selalu-sakit-selalu-demam-rupa-rupanya-berpunca-dari-6-perkara-ini-mak-ayah-kena-alert/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar Rangsangan Perlu Tepat Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar Rangsangan Perlu Tepat Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 297 hits
Mana mana ibu bapa pun pastinya mahukan anaknya menjadi orang yang berjaya suatu hari kelak Namun kejayaan yang bakal diraih anak apabila besar nanti bukanlah satu hal yang mudah Semuanya perlu dilakukan lebih awal iaitu semasa anak anak ma...
Bangun Pagi Mak Ayah Tak Sakit Belakang Lagi Ini Teknik Mudah Nak Pisahkan Bilik Tidur Anak

Bangun Pagi Mak Ayah Tak Sakit Belakang Lagi Ini Teknik Mudah Nak Pisahkan Bilik Tidur Anak

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 474 hits
Sakit belakang bila bangun disebabkan oleh berkongsi katil dengan anak anak itu mungkin perkara biasa yang dialami oleh mama dan papa Dah cuba tidurkan mereka dalam bilik sendiri tapi tiba tiba tengah malam muncul balik merengek nak tidur s...
Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 419 hits
Anak menangis disebabkan pelbagai punca Adakah anda pernah mengabaikan tangisan bayi anda Ikuti perkongsian juruterapi ini Sebenarnya tangisan bayi dan kanak kanak sama sekali tidak boleh diabaikan ibu ayah mesti disiasat puncanya Menurut s...
Punca Anak Selalu Sakit Sakit Sebab Kita Selalu Tiup Makanan Lepastu Suap Pada Anak

Punca Anak Selalu Sakit Sakit Sebab Kita Selalu Tiup Makanan Lepastu Suap Pada Anak

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 348 hits
Sudah menjadi suatu kebiasaan bagi kebanyakan ibu bapa untuk tiup makanan bayi yang masih panas sebelum disuap ke dalam mulut si manja Baca Bagi mereka perbuatan ini adalah perlu untuk memudahkan bayi mengunyah dan menelan makanan Hakikatny...
Jadi Kurir Ganja Demi Biaya Kelahiran Anak Dan Ayah Yang Sakit Kini Pria Ini Dituntut Hukuman Mati

Jadi Kurir Ganja Demi Biaya Kelahiran Anak Dan Ayah Yang Sakit Kini Pria Ini Dituntut Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 444 hits
Ruang sempit itu menjadi saksi haru pertemuan perdana bagi Pandapotan Rangkuti dengan bayi perempuan yang belum diberinya bernama Sejak lahir empat bulan lalu Dapot tidak pernah menatap wajah putrinya tersebut Kerinduan mendalam itulah yang...
Anak Bermain Benda Sama Berulang Kali Mak Ayah Jangan Risau Itu Tanda Sel Otak Sedang Berhubung

Anak Bermain Benda Sama Berulang Kali Mak Ayah Jangan Risau Itu Tanda Sel Otak Sedang Berhubung

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 522 hits
Bemain ialah fitrah kanak kanak Menerusi bermain anak mudah faham ingat Manakala pengulangan pula bantu perkembangan sel otak Menurut konsultan keibubapaan dengan bermain anak 20 kali ganda lebih mudah faham Jadi ibu bapa jangan rimas kalau...
Kalau Tak Nak Perkembangan Anak Terbantut Mak Ayah Kena Buang Jauh Jauh 3 Sifat Toksik Ni

Kalau Tak Nak Perkembangan Anak Terbantut Mak Ayah Kena Buang Jauh Jauh 3 Sifat Toksik Ni

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 426 hits
Membesarkan anak anak memang bukan satu tugas yang mudah ibu dan ayah menjadi cermin untuk anak anak dalam mengukir keperibadian mereka Malah sifat yang ada pada ibu bapa juga jika menjadi toksik dalam kehidupan anak anak boleh menyebabkan ...
Anak 8 10 Bulan Dah Boleh Sahut Panggilan Tapi Kalau Buat Tahu Bila Panggil Pakar Saran Mak Ayah Kena Buat Ini

Anak 8 10 Bulan Dah Boleh Sahut Panggilan Tapi Kalau Buat Tahu Bila Panggil Pakar Saran Mak Ayah Kena Buat Ini

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 486 hits
Pernah atau tidak anda memanggil si kecil namun tiada sahutan Padahal di usia mereka sepatutnya mereka sudah boleh menoleh dan menyahut apabila dipanggil Perkongsian oleh Puan Siti Aisyah Rozalli tentang kerisauan ibu ayah bila anak tidak m...
Memang Setiap Perkembangan Anak Berbeza Tapi Kalau Mak Ayah Ambil Mudah Rosaklah Anak

Memang Setiap Perkembangan Anak Berbeza Tapi Kalau Mak Ayah Ambil Mudah Rosaklah Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 317 hits
Setiap perkembangan anak tu tak sama biarlah dia belum pandai membaca sambil di suakan gajet pada anak Jika kita terlalu pegang kepada perkataan tak apa tanpa berusaha untuk merangsang perkembangan anak membiarkan anak sendirian tanpa komun...
Crafting A Memorable Brand Name

Sagu Gula Melaka Sedap Buat Begini Barulah Warna Tak Turun Dalam Susu

Education Ministry To Consider Reducing Service Period For Teacher Transfers

Sbdj Siri 218 Menjunjung Songkok Hitam

Drama Bukan Sekadar Lafaz 2

Ringgit Rebounds To End Higher Against Us

1xbet 6 2024

Kluangman Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Terfikir Untuk Berhenti Song Jihyo Ji Sukjin Ulas Jika Mahu Tinggalkan Running Man

Pm Anwar Marah Dapat Tahu Projek Mydigital Id 5g Tertangguh Setahun

Syarikat Glic Harus Prihatin Kepada Mangsa Banjir Khususnya Kos Bayar Sewa

Trend Tarik Kerusi Adik Boleh Lumpuh Kakak Luah Terkilan

Fly High Syaikhul Islam Rangkul Anugerah Pemain Terbaik Puteri Sarah Liyana Bangga Dengan Kejayaan Anak Sulung

Hafal 10 Ayat Surah Al Kahfi Perlindungan Dari Dajjal