Terkenang Semasa Dulu Semasa Makan Soto Rojak Di Empire Wak Lan
Assalamualaikum WBT

27 November 2025, pergi makan Soto di Empire Wak Lan. Dah berapa hari tu PI sebut-sebut nak makan soto. Bininya pulak tengah tak rajin nak masak. Padahal ada lagi rempah soto Mak Pon tinggal tambah air jer. Nak sediakan condiments soto tu la malasnya, hihi

Dari jauh nampak bangunan Majlis Perbandaran Iskandar Puteri yang lama. Bangunan baharu di Iskandar Puteri, Nusajaya (Gelang Patah). Ni gambar dah zoom 7x kot

Lepas PI buat pesanan soto dia, Sk terus cakap, nak sama macam dia, tapi saya nak soto nasi. Padahal masa tu, Sk tak tumpukan perhatian pun pada apa yang PI sebut. Sk ingat macam selalulah PI suka minta bahagian kulit dan tulang ayam. Rupanya, PI minta kaki ayam. Nasiblah Sk suka jer makan kaki ayam ni. Teringat dulu-dulu belajar makan kaki ayam masa umur 21 tahun dengan kawan sekerja yang bernama Ucu dan Along

Yang mangkuk atas tu, PI punya, Mihun Soto. Setiap mangkuk dapat 4 ketul kaki ayam atau ada yang panggil cekerrr

Penampakan sebiji bergedil di situ. Bergedil dia kentang aje la, tak ada daging

Adushhhh.. kecur pulak tengok gambar yang dah letak sambal kicap ni, hahaha

Pesan rojak dan tauhu bakar. Yang mangkuk bawah ni rojak. Jika di Johor ni, kita panggil rojak petis

Memang layan la ya makan soto dan rojak kat sini. Ramai pelanggan berbilang bangsa malam tu dah macam restoran mamak. Kebanyakan pelanggan India dan Cina yang datang mereka makan nasi lemak. Yang Melayu ramai makan soto

Pekat likat kuah rojak dia dan tak lokek tabur kacang

Dah gaul soto dengan sambal kicap tapi tak makan-makan jugak sibuk ambil gambar, mental betul, hahaha

Okey, gambar bukti makan soto dan rojak di Empire Wak Lan, hihi. Restoran ni berdepan dengan Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai.

Sk bersekolah di sini dari tadika sehingga darjah dua. Rasanya dekat sini la dulu masa Sk tadika ada pagar kecik untuk masuk kawasan sekolah. Dekat situlah arwah abah datang jumpa Sk dan pesan nanti balik sendiri sebab abah nak pergi hospital. Masih terpandang lagi abah pegang bakul dalamnya ada termos merah. Abah nak kena check in wad la masa tu pasal masalah jantung. Esok ke lusanya kami ramai-ramai tengok abah kat Hospital Sultanah Aminah. Dada abah bertampal dengan wayar apa semua. Lalu nak ke was abah tu pulak, wad mangsa kemalangan. Tu yang trauma sampai sekarang, terbayang-bayang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/terkenang-semasa-dulu-semasa-makan-soto.html