Memang Setiap Perkembangan Anak Berbeza Tapi Kalau Mak Ayah Ambil Mudah Rosaklah Anak
“Setiap perkembangan anak tu tak sama, biarlah dia belum pandai membaca” sambil di suakan gajet pada anak. Jika kita terlalu pegang kepada perkataan ‘tak apa’ tanpa berusaha untuk merangsang perkembangan anak, membiarkan anak sendirian tanpa komunikasi akhirnya anak itu sendiri yang akan ketinggalan.
Memang setiap perkembangan anak berbeza, tapi kalau 24 jam buka tv dirumah. Setiap kali anak menangis disuakan handphone.
Handphone dah jadi macam “bantal busuk” atau puting anak. Dikurungnya pula di dalam baby cot 24 jam sambil tengok tv. Makan bubur hingga umur 6 tahun.
Tiada komunikasi dengan anak dan sebagainya. Tidak pernah bawa anak keluar berjumpa orang lain sebab takut berjangkit penyakit.

Nak atau taknak percaya saya cakap terpulang pada mak ayah. Tapi sini saya kongsikan kesan jangka panjang yang selalu saya jumpa:
1. Anak menangis 

 Bagi handphone 

 Anggap handphone sebagai ubat penenang 

 Setiap kali menangis akan expect dapat handphone 

 Tak dapat handphone 

 Tantrum 

 Speech delayed 

 Tiada eye contact dan masalah sosial 

 Masalah tingkah laku dan masalah mengurus emosi
2. Letak dalam baby cot 24 jam 

 Kurang merangkak atau berjalan, duduk setempat 

 Tak pandai melompat di umur 3 tahun 

 Tak pandai naik turun tangga di umur 4 tahun 

 Gross motor delay 

 Speech delay 

 Lenguh bila duduk lama di kerusi 

 Masalah pembelajaran
3. Makan bubur hingga umur 6 tahun 

 Kurang rangsangan oral motor 

 Speech delay and picky eater
5. Gadget 

 Tidak berminat main bola atau main permainan normal kanak-kanak 

 Kurang rangsangan deria sentuhan 

 Delayed fine motor 

 Susah untuk menulis 

 Masalah pembelajaran
6. Gadget atau tv 

 Tidak dengar apabila nama dipanggil 

 Masalah terhadap Auditory Filtering 

 Tidak pandai menapis bunyi mana yang penting dan tidak penting 

 Speech Delay dan masalah fokus 

 Masalah potty train 

 Masalah pembelajaran
7. Overprotective 

 Semua tak boleh main 

 Kurang rangsangan deria sentuhan 

 Geli nak makan sendiri 

 Tak pandai butang baju sendiri 

 Geli nak cuci berak sendiri 

 Fine motor delay 

 Masalah potty training 

 Masalah skil urus diri 

 Kurang keyakinan diri
8. Terlebih rangsangan bunyi dari gadget atau tv 

 Tak pandai bezakan bunyi kuat dan bunyi perlahan 

 Takut bunyi blender atau vacuum 

 Speech delay
9. Semua mak buat sampai umur 6 tahun 

 Makan bersuap 

 Baju seluar dipakaikan 

 Tidak pandai menulis 

 Tak pandai makan sendiri 

 Tak pandai baju seluar sendiri 

 Pakai diaper 

 “Tangan keras” tak pandai kutip benda halus 

 Delayed fine motor

Bila setiap kali jumpa kes-kes diatas, saya jadi sedih. Sebab bagi saya kebanyakan berpunca dari kesilapan parenting, tapi lagi sedih ada mak ayah yang “denial” tak nak sedar kesilapan diri sendiri. Dibiarkan berlarutan tanpa belajar rawatan yang bersesuaian untuk anak. Bila dah umur 7 tahun baru kelam kabut, masa itu “tangan dah keras”, “lidah pun keras” nak belajar. Progress jadi lambat berbanding anak yang dirawat seawal umur 2-3 tahun.
Ingat ya, anak dibawah umur 2 tahun belajar apa-apa melalui rangsangan sensori. Ini bukan saya cakap, tapi Jean Piaget yang cakap melalui Teori Perkembangan Kognitif. Saya bukanlah teori person yang pegang pada semua teori tanpa amali. Ini semua berdasarkan pengalaman dah pemerhatian saya.

Saya pun bukanlah ibu yang perfect, ada juga tengok tv dengan anak. Tapi kalau dah Allah jadikan anak kita istimewa, lambat perkembangan redhalah. Tapi sebelum redha, banyakkan usaha untuk merangsang perkembangan dia. Letakkan tawakal selepas usaha. Jangan terlampau selesa dengan “setiap perkembangan anak berbeza” tapi di rumah tidak pernah merangsang perkembangan anak dan tidak membantu anak.
Kalau tidak tahu macam mana nak merangsang perkembangan anak, belajar dari orang yang sepatutnya bukannya dari Encik Google semata-mata.
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Kredit: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja
The post Memang Setiap Perkembangan Anak Berbeza. Tapi Kalau Mak Ayah Ambil Mudah, Rosaklah Anak appeared first on Pa&Ma.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.majalahpama.my/memang-setiap-perkembangan-anak-berbeza-tapi-kalau-mak-ayah-ambil-mudah-rosaklah-anak/