Anak Saya Tenang Reda Terima Kenyataan Tangan Dipotong
Anak saya tenang, reda terima kenyataan tangan dipotong – Ibu mangsa samun
IBU kepada seorang remaja malang yang terpaksa dipotong tangan selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun dekat Jalan Kuching, Khamis lalu menyifatkan anaknya tenang dan reda menerima ketentuan bahawa tangannya terpaksa dipotong.
Menurut Roslinawati Ya, 39, keadaan anak gadisnya berusia 17 tahun itu stabil dan semakin baik.
Roslinawati berkata, anak sulungnya yang menjadi tulang belakang keluarga itu banyak membantu mencari rezeki termasuk berniaga pakaian, makanan dan produk kecantikan secara dalam talian.
Dia memaklumkan, anaknya, Siti Nur Azizah Syafriadi ada bertanya mengapa tidak diberitahu dahulu sebelum tangannya dipotong selepas mendapat tahu mengenai keadaan dirinya melalui jururawat di hospital.
“Sayu hati saya bila pertanyaan itu keluar tapi saya hanya mampu menjawab keputusan itu diambil ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Jika tidak dilakukan, dikhuatiri nyawanya melayang.
“Saya berharap pelaku kejadian ini akan ditangkap dan dihukum atas perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini,” katanya ketika ditemui.
Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam, Khamis lalu, Siti Nur Azizah dan teman lelakinya cedera selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun motosikal.
Kejadian itu telah memaksa doktor yang merawat Siti Nur Azizah mengambil keputusan memotong tangan kanannya hingga ke paras bahu bagi menyelamatkan nyawanya.
Berdasarkan laporan, mangsa dan teman wanita menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 warna kelabu.
Siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan melarikan motosikal milik mangsa nombor pendaftaran VFU 814.
Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan. Utv
Anak saya tenang, reda terima kenyataan tangan dipotong
Baca Artikel Menarik :
Petugas bertempiaran lari, pemandu ‘gila’ rempuh khemah SJR
Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak
Ezurin Seksi Depan Anak, Ini Responnya
Papagomo digantung enam tahun
Potong Rambut Gaya al-Qaza’, Haram Hukumnya?
Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis
TMJ Ditanya Alasan Tak ‘Posting’ Pasal Hari Kemerdekaan..Ini Jawapannya…
Resepi Sotong Cili Padi Petai
Pendakwaan gagal lagi lucutkan hak Umno pada dana RM192j
Parodi PKP, Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon
‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’
Layari Laman Facebook MYKMU
Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat
The post Anak saya tenang, reda terima kenyataan tangan dipotong appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/02/anak-saya-tenang-reda-terima-kenyataan-tangan-dipotong/