Anak Nak Masuk Sekolah Mak Ayah Boleh Latih Anak 5 Kemahiran Ni Dulu Pada Anak Barulah Hati Lega


Bakal memasuki sekolah pada penggal tahun ini, ada di antara mak ayah yang masih tidak yakin untuk menghantar anak mereka. Dapatkah anak menguruskan dirinya sendiri, bolehkah anak memberitahu cikgu untuk ke tandas dan bolehkah anak makan sendiri? Pelbagai persoalan yang membuatkan baik ibu mahupun ayah mula rasa tak yakin.
Kurangkan kegelisahan ibu bapa dengan melatih anak-anak kita terlebih dahulu sebelum sekolah bakal dibuka. Ini yang dikongsikan oleh, Pn NurSaidah Nafisa Che Abdullah, Occupational Therapist di Hayystar Kids Therapy Learning Centre. Cepat-cepat latih anak kita. Barulah hati rasa lebih lega bila anak nak ke sekolah.

Ibu bapa latih anak 5 kemahiran urus diri sebelum ke prasekolah.
Ada ibu bapa yang memilih menghantar anak ke prasekolah seawal 4 tahun, ada juga yang menghantar pada umur 5 tahun. Prasekolah dibawah kementerian Pendidikan Malaysia dimana ada pembelajaran lebih berstruktur berbanding di pusat asuhan kanak-kanak.
Bagi anak-anak pula melangkah ke prasekolah adalah satu fasa baru dalam hidup mereka terutamanya yang dijaga sendiri oleh ibu dirumah. Anak yang sudah biasa berada di pusat asuhan (taska) pula sudah terbiasa berada bersama kanak-kanak lain sama umur. Tidak ada masalah untuk menghantar anak 4 tahun atau pun 5 tahun malah ada yang menghantar pada umur 6 tahun juga.
Mengikut perkembangan bermain , anak 4 tahun sudah berada di fasa “interactive play”. Anak 4 tahun sudah boleh bekerjasama dan berkongsi permainan. Mereka juga sudah boleh menunggu giliran semasa bermain. Mereka juga mula bermain secara imaginasi seperti berlakon menjadi haiwan dan role play bersama kawan lebih dari 2 orang.

Oleh itu, boleh sahaja anak 4 tahun dihantar ke prasekolah yang sesuai dengan mengambil kira silibus prasekolah yang sesuai.
Pun begitu bagi mempersiapkan diri ke sekolah, mak ayah perlu melatih anak terlebih dahulu agar anak mula terbiasa dan memudahkan tenaga pengajar di sekolah. Lima perkara ini boleh mak ayah lakukan di rumah.
Kemahiran urus diri untuk bersedia ke prasekolah adalah :
1- Anak boleh makan sendiri tanpa disuap menggunakan tangan atau alat seperti sudu dan garpu. Pada umur 13 bulan, anak sudah mula memanipulasi sudu untuk makan walaupun begitu koordinasi tangan dan mata belum bagus lagi dan makan menjadi bersepah. Galakkan anak makan sendiri untuk ke prasekolah nanti.
2- Anak boleh minum sendiri menggunakan cawan. Anak 4 tahun sudah tidak perlu minum dari botol susu. Mengikut perkembangan 9 bulan, anak sudah boleh dilatih menggunakan cawan. Kurangkan minum dari botol susu sedikit demi sedikit. Elakkan membiarkan anak minum dari botol selepas 2 tahun ianya juga kurang bagus kepada kesihatan gigi.

3- Diapers off. 2 tahun adalah umur untuk mula melatih anak tanpa lampin dan berlatih ke tandas. Pada umur ini mereka sudah boleh berjalan ke tandas dan membuka pakaian dengan bantuan. . Bagaimanapun ia juga bergantung kepada kesediaan anak. Ibu bapa boleh tengok apabila anak mula menunjukkan tidak selesa apabila lama memakai lampin pakai buang, mula memberitahu apabila sudah buang air besar. Anak juga menunjukkan minat menggunakan tandas.
4- Aturan menggunakan tandas perlu dilatih sebelum ke prasekolah. Latih anak untuk memberitahu cikgu untuk ke tandas seperti “cikgu nak buang air”. Anak juga perlu boleh menanggalkan separuh seluar dan menggunakan tandas. Pakai semula seluar selepas keluar ke tandas dan cuci tangan.
5- Galakkan anak membantu membuat kerja rumah bersama-sama dan beri tugasan perlu dibuat setiap hari . Antara kerja rumah ringkas adalah : mengemas semula mainan, meletakkan baju kotor ke dalam bakul, mmbuang sampah, menyediakan pinggang mangkuk untuk makan, membantu mengemas katil, meletakkan kasut dan menyusunnya. Di sekolah nanti, mereka juga akan dirutinkan tugasan seperti ini. Eloklah anak kita sudah tahu semasa dari rumah lagi.
Prasekolah adalah fasa dimana anak belajar dan berkembang lagi. Selain itu , mereka juga perlu disediakan dengan kemahiran bersosial, kemahiran mengawal emosi dan tingkah laku , kemahiran fizikal, kemahiran kognitif dan kemahiran bertutur.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai fasilitator untuk anak-anak dalam membentuk mereka. Guru dan ibu bapa bekerjasama untuk mendidik anak-anak bukan sahaja cerdas IQ (Intelligence Quotient) malah seimbang dengan kecerdasan emosi EQ (emotional intelligence).
Fasa 4 hingga 6 tahun seharusnya menjadi fasa yang menyeronokkan bukan lah membuatkan mereka tertekan dengan tuntutan akademik semata-mata.
Artikel berkaitan: Kesian Anak Darjah 1 Belajar Maya Tak Sama Dalam Kelas, Respons Ibubapa Selepas KKM Tutup Sekolah
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Nak Masuk Sekolah, Mak Ayah Boleh Latih Anak 5 Kemahiran Ni Dulu Pada Anak, Barulah Hati Lega! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-nak-masuk-sekolah-mak-ayah-boleh-latih-anak-5-kemahiran-ni-dulu-pada-anak-barulah-hati-lega/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permainan Dulu Dulu Rupanya Boleh Tingkatkan Kemahiran Fizikal Psikologi Anak Ajaklah Anak Main Teng Teng

Permainan Dulu Dulu Rupanya Boleh Tingkatkan Kemahiran Fizikal Psikologi Anak Ajaklah Anak Main Teng Teng

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 389 hits
Permainan teng teng baling selipar tarik upih pinang congkak batu seremban dan banyak lagi seakan sudah sebati bagi kita golongan dewasa Namun permainan ini tidak mungkin sama sekali diterima oleh anak anak kita yang bergenerasi Z Corak per...
Bila Sekolah Tak Jadi Buka Banyaknya Anak Rugi Mak Ayah Bantulah

Bila Sekolah Tak Jadi Buka Banyaknya Anak Rugi Mak Ayah Bantulah

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 284 hits
Langkah kerajaan menangguhkan sesi persekolahan membuatkan ibu bapa merasa lega kerana bimbang dengan keselamatan anak anak di sekolah Pun begitu penangguhan itu pastinya satu kerugian yang amat besar kepada anak anak kita Mereka tertinggal...
Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Sampai Sawan Sebelum Bawa Jumpa Doktor Ini Mak Ayah Boleh Lakukan

Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Sampai Sawan Sebelum Bawa Jumpa Doktor Ini Mak Ayah Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 286 hits
Demam dengan suhu yang terlalu tinggi hingga menyebabkan anak jadi sawan jangan sesekali dibiarkan Segeralah bawa anak berjumpa doktor Namun sebelum membawa anak ke klinik atau hospital ini yang boleh dilakukan pada anak berkongsi informasi...
Lucu Baru Nak Tunjuk Bakat Ayah Pulak Kacau Anak Tepuk Dada Tahan Sabar

Lucu Baru Nak Tunjuk Bakat Ayah Pulak Kacau Anak Tepuk Dada Tahan Sabar

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 317 hits
Bagi setiap ibu bapa meluangkan waktu bersama anak anak yang sedang membesar adalah saat yang paling bermakna Walaupun terkadang keletah mereka boleh membuatkan ibu bapa pening namun setiap detik yang dilalui perlu dirakam dan disematkan da...
Selain Abc 123 Mengenal Warna Ini Ibu Ayah Boleh Ajar Anak Bila Cecah 4 Tahun

Selain Abc 123 Mengenal Warna Ini Ibu Ayah Boleh Ajar Anak Bila Cecah 4 Tahun

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 413 hits
Pastinya ibu bapa tertanya tanya apa yang boleh buat untuk anak anak yang sedang dalam fasa nak belajar dan memahami dirinya sendiri Perlu ke setiap kali keluar anak minta mainan kita beli atau paksa anak belajar Melalui apa yang dikongsika...
Pengalaman Anak Masuk Darjah 1 Barang Keperluan Sekolah Perlu Beli

Pengalaman Anak Masuk Darjah 1 Barang Keperluan Sekolah Perlu Beli

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 432 hits
Pengalaman Anak Masuk Darjah 1 Barang Keperluan Sekolah Perlu Beli Pengalaman anak masuk darjah 1 daku dah lalui sebanyak 5 kali Dan untuk kelima lima anakku ini daku dan suami sama sekali tak tunggu anak anak di sekolah Kami agak bernasib ...
Cakap Tak Berhenti Asyik Bertanya Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bantulah Anak Talkative

Cakap Tak Berhenti Asyik Bertanya Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bantulah Anak Talkative

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 266 hits
Peningnya berhadapan dengan anak talkative Tanpa seminit pun masa tidak diisi dengan pertanyaan demi pertanyaan dari mulutnya Habis idea mama dan papa untuk menjawab setiap pertanyaan si anak Awas jangan dek kerana pening menjawab mama papa...
Hiburan Kalau Boleh Nak 13 Orang Anak Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Tak Rancang Soal Cahaya Mata Selepas Berkahwin

Hiburan Kalau Boleh Nak 13 Orang Anak Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Tak Rancang Soal Cahaya Mata Selepas Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 600 hits
Semakin mendekati hari bahagia penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan juga personaliti TV Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 yang jatuh pada hari Jumaat ini Gementar dan teruja Nabil Mahir yang ditemui media berkata ...
Ada Anak Bawah 4 Tahun Sebelum Nak Pandai Baca Buat Yang Ni Dulu Baru Cepat

Ada Anak Bawah 4 Tahun Sebelum Nak Pandai Baca Buat Yang Ni Dulu Baru Cepat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 373 hits
2 3 tahun dah boleh membaca Logik tak Logik DENGAN SYARAT MEREKA DAH BERSEDIA Setiap anak kayu ukur mereka tak sama Maka jangan banding bandingkan mereka Life is about competition Compete dengan DIRI SENDIRI bukan dengan anak jiran ya atau ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation