Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Sampai Sawan Sebelum Bawa Jumpa Doktor Ini Mak Ayah Boleh Lakukan


Demam dengan suhu yang terlalu tinggi hingga menyebabkan anak jadi sawan jangan sesekali dibiarkan. Segeralah bawa anak berjumpa doktor. Namun sebelum membawa anak ke klinik atau hospital, ini yang boleh dilakukan pada anak.
Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi informasi dan panduan untuk mak ayah jika anak terkena sawan. Apa yang paling penting, jangan panik dan segeralah bawa anak ke hospital.

Sawan demam pada kanak-kanak
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).

Tanda-tanda dan gejala
1. Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindak balas bila dipanggil.
2. Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak.
3. Mata mungkin terbeliak ke atas.
4. Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan atau satu kaki.
5. Sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas 2-3 minit atau kurang, dan jarang melebihi 10 minit. Bagaimanapun dalam kes di mana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan secepat mungkin.
6. Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
7. Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5oC.
8. Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau “sawan babi” adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
9. Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.
Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan. Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak. Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam. Malah dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam, didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.

Faktor-faktor risiko untuk sawan demam berulang
1. Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
2. Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
3. Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik).
4. Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.

Apa yang perlu dilakukan jika anak mengalami sawan?
1. Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.
2. Jauhkan anak anda dari sebarang benda yang berbahaya atau tajam.
3. Jangan sekali-kali memasukkan sesuatu ke dalam mulut anak anda semasa berlakunya sawan.
4. Jangan menampar, menggoncang atau mengurut badan anak anda untuk menyedarkan dirinya semasa sawan.
5. Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
6. Bawa anak anda ke hospital dengan segera, jika sawan berlaku.
7. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor selepas berlakunya sawan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang jangkitan kuman pada otak.
Artikel berkaitan: Demam Suhu Lebih 38 Celcius, Sawan Tanda Anak Dijangkiti  Influenza, Kena Ambil Vaksin Ini Setiap Tahun
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Sampai Sawan, Sebelum Bawa Jumpa Doktor, Ini Mak Ayah Boleh Lakukan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suhu-badan-anak-terlalu-tinggi-sampai-sawan-sebelum-bawa-jumpa-doktor-ini-mak-ayah-boleh-lakukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Nak Masuk Sekolah Mak Ayah Boleh Latih Anak 5 Kemahiran Ni Dulu Pada Anak Barulah Hati Lega

Anak Nak Masuk Sekolah Mak Ayah Boleh Latih Anak 5 Kemahiran Ni Dulu Pada Anak Barulah Hati Lega

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 421 hits
Bakal memasuki sekolah pada penggal tahun ini ada di antara mak ayah yang masih tidak yakin untuk menghantar anak mereka Dapatkah anak menguruskan dirinya sendiri bolehkah anak memberitahu cikgu untuk ke tandas dan bolehkah anak makan sendi...
Mak Ayah Tak Belikan Motor Anak Bakar Rumah

Mak Ayah Tak Belikan Motor Anak Bakar Rumah

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 264 hits
The ReporterSeorang lelaki di Kabupaten Kulonprogo Indonesia nekad membakar rumah milik ibu bapanya kerana tidak puas hati keinginannya untuk memiliki motosikal tidak dituruti Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo Nengah Jefry berkata pi...
Selain Abc 123 Mengenal Warna Ini Ibu Ayah Boleh Ajar Anak Bila Cecah 4 Tahun

Selain Abc 123 Mengenal Warna Ini Ibu Ayah Boleh Ajar Anak Bila Cecah 4 Tahun

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 413 hits
Pastinya ibu bapa tertanya tanya apa yang boleh buat untuk anak anak yang sedang dalam fasa nak belajar dan memahami dirinya sendiri Perlu ke setiap kali keluar anak minta mainan kita beli atau paksa anak belajar Melalui apa yang dikongsika...
Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay Kenali 14 Tanda Ini Dulu Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay Kenali 14 Tanda Ini Dulu Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 330 hits
Puas sudah bermain dan merangsang mereka untuk bercakap dan mula mengajuk perkataan mudah tetapi si manja masih berdiam Selaku ibu bapa tentu sekali anda risau akan tingkah laku mereka yang masih diam membisu Ikuti artikel ini yang dikongsi...
Cakap Tak Berhenti Asyik Bertanya Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bantulah Anak Talkative

Cakap Tak Berhenti Asyik Bertanya Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bantulah Anak Talkative

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 266 hits
Peningnya berhadapan dengan anak talkative Tanpa seminit pun masa tidak diisi dengan pertanyaan demi pertanyaan dari mulutnya Habis idea mama dan papa untuk menjawab setiap pertanyaan si anak Awas jangan dek kerana pening menjawab mama papa...
Merengek Tarik Telinga Kurang Menyusu Itu Mungkin Petanda Anak Kena Jangkitan Telinga Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Merengek Tarik Telinga Kurang Menyusu Itu Mungkin Petanda Anak Kena Jangkitan Telinga Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 424 hits
Jangkitan pada telinga merupakan kondisi yang kerap didiagnosis pada bayi Kajian menunjukkan kebanyakan kanak kanak akan mengalami infeksi ini sekurang kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun APAKAH SIMPTOM JANGKITAN TELING...
Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 408 hits
Situasi yang sering berlaku Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu Namun apabila diberikan susu kenyang susu makanan tidak dijamah tidak berminat pula Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan tidak elok untuk perkembangannya berkon...
Pisang Pun Boleh Jadi Punca Bayi Sembelit Kisar Jadi Puri Sebelum Suap Pada Anak

Pisang Pun Boleh Jadi Punca Bayi Sembelit Kisar Jadi Puri Sebelum Suap Pada Anak

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 254 hits
Anda risau bayi sembelit walaupun hanya minum susu ibu sahaja Tak pasti bayi bermasalah atau tidak kerana tidak tahu tanda bayi sembelit Jika ini yang kerap anda fikirkan mari lihat apa yang kami sediakan di bawah ini Ia mungkin boleh memba...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep