Anak Di Kira Lewat Jika 18 Bulan Masih Tak Berjalan Cepat Cepat Bantu


Meniarap sudah, merangkak pun sudah. Kini anak memasuki fasa untuk berjalan namun mengambil masa yang agak lama sebelum anak benar-benar boleh berdiri dan seterusnya melangkah setapak demi setapak. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak sudah pun menunjukkan tanda untuk berjalan, hanya rangsang sebaik mungkin untuknya kekal yakin melangkah.
Apa yang perlu dirisaukan adalah jika pada usia 18 bulan anak masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berjalan. Ada perkara yang anda perlu ketahuai apabila anak lambat berjalan.
Jangan tunggu, sebaliknya cuba rangsang anak dan cepat-cepat merujuk masalah ini pada pakar selayaknya bagi menilai perkembangan anak anda. Dikhuatiri anak-anak berdepan risiko, seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad ini di facebooknya. Jangan terlambat untuk bertindak.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut :

• Kawalan kepala – Umur 3 bulan
• Kaki memijak – Umur 4 bulan
• Meniarap – Umur 6 bulan
• Duduk tanpa bantuan – Umur 9 bulan
• Berdiri tanpa sokongan – Umur 12 bulan
Punca menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
1. Faktor keluarga atau keturunan : Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
2. Kelahiran pra matang : Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.

 
3. Cerebral palsy :
a) Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
4. Lewat perkembangan secara umum :
a) Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.

5. Masalah otot :
a) Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
The post Anak Di Kira Lewat Jika 18 Bulan Masih Tak Berjalan, Cepat-Cepat Bantu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-di-kira-lewat-jika-18-bulan-masih-tak-berjalan-cepat-cepat-bantu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ainan Tasneem Akui Cepat Mengah Mengandung Anak Kembar Baru 6 Bulan

Ainan Tasneem Akui Cepat Mengah Mengandung Anak Kembar Baru 6 Bulan

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 459 hits
Penyanyi Ainan Tasneem yang kini sedang mengandung anak kembar itu menerusi laman Instagramnya telah berkongsi perkembangan dirinya dan pengalaman mengandung kali kedua ini Katanya mengandung anak kembar kali ini cukup berbeza apabila dirin...
Guna Kaedah Jumlah Gaji Simpan Hujung Bulan Masih Ada Simpanan

Guna Kaedah Jumlah Gaji Simpan Hujung Bulan Masih Ada Simpanan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 361 hits
Ramai yang mempunyai masalah kewangan lebih lebih lagi ketika berada di akhir bulan Duit yang tinggal kadang kadang tak mampu nak menyara hidup sehingga hari gaji yang seterusnya Mungkin ada sedikit kesilapan dalam pengurusan wang atau kita...
Kalau Stres Jangan Dekati Anak Dulu Itu Punca Cepat Melenting Anak Jadi Mangsa

Kalau Stres Jangan Dekati Anak Dulu Itu Punca Cepat Melenting Anak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 295 hits
Ingat kalau stres jangan dekati anak dulu Tahukah anda sekiranya anda stres anak anda juga akan terkena stres Mungkin anda terkejut dengan kenyataan ini Tetapi itulah hakikatnya Bayangkan anda bekerja seharian Buat presentation Dikutuk dan ...
Menag Fachrul Razi Sebut Radikalisme Masuk Masjid Lewat Anak Good Looking

Menag Fachrul Razi Sebut Radikalisme Masuk Masjid Lewat Anak Good Looking

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 336 hits
Menteri Agama Fachrul Razi membeberkan cara masuknya kelompok maupun paham paham radikalisme ke masjid masjid yang ada di lingkungan pemerintahan BUMN dan di tengah masyarakat Salah satunya dengan menempatkan orang yang memiliki paham radik...
Anak Arwah Abam Dah Pandai Berjalan Hidayah Luah Syukur Gembira

Anak Arwah Abam Dah Pandai Berjalan Hidayah Luah Syukur Gembira

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 294 hits
Menerusi muat naik di laman Instagram balu kepada arwah pelawak dan pelakon Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah telah berkongsi satu video dimana anaknya Syed Uthman Hamzah kini sudah mulai pandai berjalan source
Anak Dah Pandai Berjalan Wajib Buat Aktiviti Fizikal Ini Minima 3 Jam Sehari

Anak Dah Pandai Berjalan Wajib Buat Aktiviti Fizikal Ini Minima 3 Jam Sehari

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 427 hits
Tumbesaran kanak kanak adalah suatu perkara yang sangat diraikan oleh ibu bapa Daripada berat badan ketinggian atau pelbagai lagi aspek perkembangan anak mereka sangat teruja untuk melihatnya Begitu juga dengan aspek pergerakan anak mereka ...
Bulan Madu Kasihan Mira Filzah Suami Beruban Dikata Macam Anak Bapa

Bulan Madu Kasihan Mira Filzah Suami Beruban Dikata Macam Anak Bapa

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1569 hits
Alhamdulillah selamat sampai fslangkawi Isnin lepas Senang je nk confirmkan booking and check in guna kayak my Leganya dpt escape sekejap selepas berbulan bulan siapkan wedding preparation dan tiga hari majlis Eee so much love for fslangkaw...
Ma Wajibkan Uas Beri Nafkah Ke Anak Rp 5 Juta Bulan Hingga Dewasa

Ma Wajibkan Uas Beri Nafkah Ke Anak Rp 5 Juta Bulan Hingga Dewasa

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 226 hits
Permohonan kasasi Mellya atas Ustaz Abdul Somad Batubara atau yang dikenal UAS ditolak Mahkamah Agung Alhasil talak yang dilayangkan UAS kepada Mellya sah dan resmi bercerai secara hukum negara Duduk sebagai ketua majelis Amran Suaidi dan a...
Bercerai 6 Tahun Lalu Liza Abdullah Bekas Suami Masih Berhubung Berkawan Demi Anak Anak

Bercerai 6 Tahun Lalu Liza Abdullah Bekas Suami Masih Berhubung Berkawan Demi Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 1231 hits
Bagi saya sesiapa sahaja boleh berdepan dengan situasi berlakunya perpisahan meski dia imam sekali pun Malah apabila berlakunya perceraian suami isteri misalnya kita yang terlibat mungkin tak dapat lari daripada melakukan khilaf source
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023