Guna Kaedah Jumlah Gaji Simpan Hujung Bulan Masih Ada Simpanan


Ramai yang mempunyai masalah kewangan lebih-lebih lagi ketika berada di akhir bulan. Duit yang tinggal kadang-kadang tak mampu nak menyara hidup sehingga hari gaji yang seterusnya.
Mungkin ada sedikit kesilapan dalam pengurusan wang atau kita terlalu boros dalam berbelanja ketika duit masih banyak. Untuk elak kesilapan yang sama berlaku, anda boleh cuba cara yang dikongsi oleh Tuan Hilmi Jailani. Semoga membantu!
TIPS BIJAK MENYIMPAN!
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ok baik.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.

Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?

Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.

Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe

Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Kredit: Hilmi Jailani.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Guna Kaedah “Jumlah Gaji – (Komitmen + Belanja)=SIMPAN”, Hujung Bulan Masih Ada Simpanan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/guna-kaedah-jumlah-gaji-komitmen-belanjasimpan-hujung-bulan-masih-ada-simpanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempoh Diskaun 70 Peratus Saman Jpj Spad Lanjut Sehingga Hujung Bulan Ini

Tempoh Diskaun 70 Peratus Saman Jpj Spad Lanjut Sehingga Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 225 hits
Sekiranya korang ada dikenakan saman dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang masih belum dijelaskan korang boleh bayar saman tu sekarang sebab tempoh diskaun 70 peratus yang telah berakhir pada 31 Ogos h...
Bakal Timang Baby Girl Niena Baharun Pilih Bersalin Czer Hujung Bulan Ogos

Bakal Timang Baby Girl Niena Baharun Pilih Bersalin Czer Hujung Bulan Ogos

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 929 hits
Pelakon Datin Niena Baharun yang mula mencipta nama menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya hujung bulan Ogos depan jika tiada aral melintang source
Daftar 4 Blt Yang Masih Cair Hingga Tahun Depan Termasuk Subsidi Gaji

Daftar 4 Blt Yang Masih Cair Hingga Tahun Depan Termasuk Subsidi Gaji

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 286 hits
Presiden Joko Widodo memastikan bakal melanjutkan program program bantuan sosial atau bansos pada tahun 2021 Untuk itu Jokowi pun mengalokasikan anggaran sebesar Rp 419 31 triliun di dalam RAPBN 2021 Perpanjangan program bantuan pemerintah ...
Gaji Hanya 250 Ribu Per Bulan Dan Tak Dibayar 2 Tahun Ini Kisah Nyata Guru Honorer Di Kalimantan

Gaji Hanya 250 Ribu Per Bulan Dan Tak Dibayar 2 Tahun Ini Kisah Nyata Guru Honorer Di Kalimantan

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 268 hits
Sungguh miris sekali Gaji Hanya 250 Ribu per Bulan dan Tak Dibayar 2 Tahun Ini Kisah Nyata Guru Honorer di Kalimantan Keikhlasan Elin seorang guru honorer di SMP Budi Luhur Sebakis Kabupaten Nunukan Kalimantan Utara menyeruak ke media sosia...
Anak Di Kira Lewat Jika 18 Bulan Masih Tak Berjalan Cepat Cepat Bantu

Anak Di Kira Lewat Jika 18 Bulan Masih Tak Berjalan Cepat Cepat Bantu

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 287 hits
Meniarap sudah merangkak pun sudah Kini anak memasuki fasa untuk berjalan namun mengambil masa yang agak lama sebelum anak benar benar boleh berdiri dan seterusnya melangkah setapak demi setapak Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak sud...
Subsidi Gaji Tenaga Kerja Honorer Ditargetkan Cair Bulan Depan

Subsidi Gaji Tenaga Kerja Honorer Ditargetkan Cair Bulan Depan

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 307 hits
Ketua Satgas Pemulihan Ekonomi Nasional Budi Gunadi Sadikin mengatakan dari 15 juta tenaga kerja peserta subsidi sebanyak 398 000 di antaranya merupakan tenaga kerja honorer Nantinya subsidi gaji untuk tenaga honorer akan cair pada gelomban...
Apam Balik Homemade Guna Kuali Non Stick Sejuk Pun Masih Lembut Ranggup

Apam Balik Homemade Guna Kuali Non Stick Sejuk Pun Masih Lembut Ranggup

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 527 hits
Apam balik rangup letak kacang dan jagung banyak banyak memang puas hati makan Kalau beli inti yang kita nak tu tak semestinya banyak kecuali tambah duit sikit untuk minta lebih Bagi yang ada anak kecil ada yang suka inti jagung coklat rice...
Denda Rm2 000 Jika Masih Berdegil Berbasikal Di Lebuhraya

Denda Rm2 000 Jika Masih Berdegil Berbasikal Di Lebuhraya

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 245 hits
Mana mana individu yang masih berdegil berbasikal di lebuhraya akan dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2 000 jika disabitkan bersalah Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias be...
Masih Tak Lekat Lekat Lagi Rupanya Suami Punca Sebab Hisap Rokok

Masih Tak Lekat Lekat Lagi Rupanya Suami Punca Sebab Hisap Rokok

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 304 hits
Dikatakan individu wanita yang menjadi perokok pasif dikelilingi pasangan keluarga atau rakan sekerja yang merokok boleh menjadi punca sukar hamil adakah ia benar Perokok pasif dan kesannya Individu yang merokok dianggap perokok aktif Manak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023