Alkisah Hang Tuah Hang Tuha Atau Hang Toh


 

Setiap bangsa perlu wira. Begitu juga orang Melayu. Mahukan seorang wira sebagai idol perkasa yang boleh dicontohi untuk menyuntik semangat juang, dijadikan lambang keberanian serta kesetiaan. Maka diangkat Hang Tuah yang dilihat memenuhi kriteria wira. Sememangnya Hang Tuah dikenali sebagi pahlawan Melayu.
Cuma ada yang pertikaikan bab kesetiaaan. Ada dalam kalangan Melayu khususnya golongan muda waktu saya sendiri orang muda dulu kala yang berpendapat Hang Tuah terlalu setia terhadap Sultan Melaka.
Setia lebih-lebih kata mereka, sehingga demi kesetiaan sanggup bunuh sahabat rapat yang mengamuk kerana menentang kezaliman ke atas Hang Tuah sendiri. Saya kira setiap orang Melayu tahu akan kisah Hang Jebat bangkit membela Hang Tuah.
Maka ada dalam kalangan orang muda memilih Hang Jebat sebagai wira kerana berani membela golongan yang dianiayai, juga berani menuntut dan menegakkan keadilan. Sifat itu kata mereka patut dijadikan contoh dan ikutan.
Saya ulangi argument itu berlaku pada waktu saya muda dahulu. Tidak tahu sama ada anak muda zaman ini berdebat atau melontar pertanyaan adakah Hang Tuah atau Hang Jebat wira Melayu? Mungkin anak muda Melayu zaman now tak amik pot.
Mungkin juga mereka tak peduli persoalan adakah Hang Tuah benar-benar wujud? Ini juga kerap ditimbulkan dalam kalangan masyarakat Melayu untuk sekian lama. Ada yang percaya ada yang tidak. Persoalan ini lebih penting dijawab kerana jika jawapannya Hang Tuah benar wujud maka persoalan siapa hero bolehlah diteruskan. Jika tidak wujud maka pertanyaan siapa hero tidak patut timbul in the first place.
Pun begitu cerita Hang Tuah atau perkara yang ada kaitan dengannya sering mendapat perhatian umum sehingga ke hari ini. Umpamanya kisah kerisnya. Bukan hanya pasal Taming Sari. Tak perlulah saya jelas apa itu Taming Sari. Umum sudah maklum. Ini cerita keris lain.
Pada 21 Mei lalu, FMT melaporkan kerajaan Melaka menerima dua artifak iaitu keris sundang dan sepasang keris hukum dipercayai kepunyaan Hang Tuah yang diwarisi turun temurun sejak kira-kira 600 tahun lepas.
Menurut Ab Rauf Yusoh, ketua menteri Melaka, artifak berkenaan diterima daripada seorang yang bernama Tun Muhammad Amin Ahmad yang dikatakan waris ke-11 Hang Tuah yang berasal dari Bintan, di Kepulauan Riau, Indonesia.
Saya tidak berhasrat mengulangi huraian yang disampaikan Ab Rauf mengenai keris itu. Cuma memetiknya berkata dua artifak itu bakal menjadi tarikan pada pameran Hang Tuah yang akan diadakan bulan depan.
Kata Ab Rauf, beberapa artifak yang menurutnya peninggalan sejarah Hang Tuah dari Jepun, India, dan Turki akan turut dipamerkan. Semua artifak itu kata beliau untuk tatapan rakyat khususnya generasi muda.
Tetapi menurut laporan MalaysiaNow 24 Mei lalu, pameran anjuran kerajaan Melaka itu untuk meraikan Hang Tuah membuka kembali perdebatan lama mengenai kewujudan pahlawan Melayu itu selepas kemunculan dua keris yang dikatakan tadi yakni milik Hang Tuah.
Portal itu melaporkan pakar sejarah “mempertikaikan kewujudan keris yang diserahkan kepada ketua menteri Melaka” sambil memetik Ahmat Adam yang mendalami kajian mengenai watak Hang Tuah berkata sumber sejarah tidak pernah merakamkan mengenai senjata yang dikaitkan dengan mana-mana pahlawan silam Melayu.
Ahmat dilapor menerbit sekurang-kurangnya dua buku hasil kajiannya mengenai Hang Tuah. Beliau dipetik berkata nama ‘Hang Tuah’ itu sendiri disalah baca dan ungkapan sebenar menurutnya adalah ‘Hang Tuha’ atau ‘Hang Toh’. Menurut bukunya “Hikayat Hang Tuha”, Hang Tuha merupakan gelaran dan bukan nama sebenar seorang laksamana disebabkan pantang larang Melayu tidak membenarkan nama pembesar disebut kecuali nama gelarannya.
“Dalam ungkapan nama gelar Hang Tuha atau Hang Toh, ia adalah deskripsi bagi Laksamana Melaka yang namanya tidak diketahui,” kata Ahmat yang juga percaya watak Hang Tuah merupakan mitos semata-mata.
Kata ketua menteri Melaka pula, penyelidik dari University Islam Melaka, Universiti Malaya, dan Universiti Putra Malaysia mengkaji pelbagai sumber mengenai Hang Tuah sebagai persediaan untuk pameran Jun ini. Katanya sepuluh penyelidik serta pakar sejarah dilantik untuk melengkapkan kajian penyelidikan mengukuhkan kewujudan Hang Tuah menerusi sumber baharu.
Yang jelas bila disebut Hang Tuah pertikaian dan kontroversi tercetus. Pernah terjadi dahulu dan sedang terjadi sekarang.
Selain Taming Sari, kegagahan dan kecekapan bersilat serta bijak bermuslihat (memikat Tun Teja untuk menjadi isteri Sultan Melaka antara contoh), Hang Tuah bagi mereka yang percaya pahlawan Melaka itu benar wujud, dikenali juga dengan kata-kata ‘tidak Melayu hilang di dunia’. Kata-kata itu disanjung masyarakat Melayu dan digunakan bagai azimat dalam menghadapi apa juga cabaran pada apa juga waktu dan ketika.
Pun begitu yang pasti polemik mengenai Hang Tuah sendiri tidak akan hilang, kalau tidak di dunia, setidak-tidaknya di negara ini dalam kalangan orang Melayu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/alkisah-hang-tuah-hang-tuha-atau-hang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Credibility Questions For Melaka Govt As Experts Blunt Claim Of Hang Tuah Kris

Credibility Questions For Melaka Govt As Experts Blunt Claim Of Hang Tuah Kris

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 188 hits
The credibility of the Melaka government would be at stake if the claims it was peddling could not be substantiated An exhibition organised by the Melaka government to pay tribute to Hang Tuah has reignited a long standing debate on the exi...
Melaka Terima 2 Keris Dipercayai Peninggalan Hang Tuah

Melaka Terima 2 Keris Dipercayai Peninggalan Hang Tuah

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 214 hits
Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh menerima penyerahan dua artifak iaitu keris dipercayai peninggalan Hang Tuah daripada Tun Muhammad Amin Ahmad dalam majlis ringkas di sebuah hotel di Ayer Keroh hari ini MELAKA Kerajaan negeri menerima dua...
Saksi Dakwa Tak Pernah Goda Atau Ada Hubungan Dengan Ebit Lew

Saksi Dakwa Tak Pernah Goda Atau Ada Hubungan Dengan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 124 hits
BernamaTENOM 24 Mei Saksi kesembilan dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret beliau tidak pernah menggoda mahupun mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut Wanita berusia 40 an itu berkata b...
Blockout 2024 Buli Atau Ajar

Blockout 2024 Buli Atau Ajar

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 172 hits
Dalam dunia yang serba serbi dipengaruhi alam maya atau dunia dalam talian mengajarkan seseorang khusus pempengaruh terkenal yang tidak bersikap atau bermunafik atas sesuatu isu nampaknya menjadi senjata protes yang berkesan Ia amat berkesa...
Waktu Lahir Pagi Petang Atau Malam Boleh Pengaruhi Perangai Anak

Waktu Lahir Pagi Petang Atau Malam Boleh Pengaruhi Perangai Anak

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 268 hits
pagi petang atau malam boleh pengaruhi perangai anak Ramai ibu bapa yang percaya bahawa zodiak atau hari lahir anak boleh menentukan karakternya pada masa hadapan Selain itu terdapat juga yang percaya bahawa karakter anak dapat dilihat dari...
Youtube Muzik Membolehkan Anda Mencari Lagu Dengan Menghentak Atau Bersiul

Youtube Muzik Membolehkan Anda Mencari Lagu Dengan Menghentak Atau Bersiul

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 145 hits
Jika anda memerlukan bantuan untuk mengenal pasti lagu yang sedang dimainkan di latar belakang biasanya anda akan menggunakan aplikasi telefon Shazam Tetapi ramai yang telah mencuba tanpa berjaya akan memberitahu anda bahawa anda tidak bole...
Sepatutnya Anak Beranak Atau Menteri Jangan Langsung Terlibat Dalam Apa Apa Tander Ianya Menjadi Bebanan Pada Kerajaan

Sepatutnya Anak Beranak Atau Menteri Jangan Langsung Terlibat Dalam Apa Apa Tander Ianya Menjadi Bebanan Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 118 hits
RESPON ANWAR MENGECEWAKAN MENGHAMPAKAN DAN TIDAK MENAMBAH KEYAKINAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN Berikut adalah respon Perdana Menteri berhubung itu kontrak pengangkutan daripada kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik suami ...
Selepas Pembedahan Fibroid Atau Cyst Bolehlah Amalkan Makan Makanan Penggalak Kesuburan

Selepas Pembedahan Fibroid Atau Cyst Bolehlah Amalkan Makan Makanan Penggalak Kesuburan

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 257 hits
Selepas atau bolehlah amalkan makan makanan penggalak kesuburan Penting untuk meningkatkan imuniti bagi mencegah penyakit endometriosis fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil selepas menjalani pembedahan Selepas Pem...
Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 144 hits
Anak suka main ugut ugut ibu ayah nak pujuk atau biar saja Dilema seperti ini sering berlaku pada ibu bapa walaupun anak masih di usia kecil Sebagai contoh Kalau mama tak sayang saya kalau mama tak beli mainan saya lari keluar biar kereta t...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque