Sepatutnya Anak Beranak Atau Menteri Jangan Langsung Terlibat Dalam Apa Apa Tander Ianya Menjadi Bebanan Pada Kerajaan




 RESPON ANWAR MENGECEWAKAN, MENGHAMPAKAN DAN TIDAK MENAMBAH KEYAKINAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN 


Berikut adalah respon Perdana Menteri berhubung itu kontrak pengangkutan daripada kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh:-


Kata Anwar Ibrahim, kontrak yang diberi kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Molliliti) itu harus disiasat seperti biasa.


“Yang itu, serah kepada pihak berkuasa. Kalau ada laporan, siasatannya patut telus.


“Kalau ada laporan, ada siasatan. Dan patut ada penjelasan.


“Apa prosesnya? (Ini) patut dianggap satu kes biasa yang patut disiasat,” katanya.


Jawapan Anwar ini boleh dianggap menghampakan, mengecewakan dan tidak memberi apa-apa harapan kepada rakyat yang diajar sejak lebih 25 tahun lalu agar menolak amalan kronisme dan nepotisme lantaran semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah pun memberi kenyataan bahawa tiada sebarang kesalahan dalam pemberian kontrak kepada suami Hannah Yeoh itu.


Ini kerana, menurut Azam, yang memberi kontrak itu ialah kerajaan negeri Selangor, bukan kementerian yang diterajui Hannah Yeoh.


“Sekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan), ia bukanlah satu kesalahan,” tegas Azam lagi.


Dengan jawapan Azam yang terang lagi nyata itu, untuk apa lagi Anwar mengatakan bahawa siasatan akan dilakukan jika ada pihak membuat laporan?


Respon Anwar ini hanya ada nilai jika beliau bercakap lebih dulu daripada Azam Baki.


Tidakkah jika pun ada laporan dibuat, hasil siasatan SPRM kemudiannya sudah boleh dijangka dan sama seperti apa yang dinyatakan Azam Baki semalam?


Apa yang rakyat ingin tahu, apakah pendirian kerajaan madani dalam kes seperti yang berlaku kepada suami Hannah Yeoh itu?


Ini yang Anwar selaku Perdana Menteri perlu nyatakan dengan tegas dan tanpa kompromi sebagaimana tegasnya perjuangan beliau menentang kronisme dan nepotisme.


Selain itu, adakah kerajaan setuju kontrak itu diteruskan atau ia perlu dibatalkan?


Ini juga tidak disentuh oleh Anwar.


Untuk masa hadapan pula, apa jaminan Anwar selaku Perdana Menteri kerajaan madani bahawa amalan seperti kes suami Hannah Yeoh itu tidak akan berulang kembali?


Anwar langsung tidak menyentuh perkara-perkara tersebut, tetapi hanya berkata, siasatan akan dijalankan siasatan seperti biasa jika ada laporan.


Jawapan Anwar dalam isu ini bukanlah jawapan seorang Perdana Menteri yang jiwanya sarat dengan semangat reformasi serta mahu melihat negara ini menjadi lebih baik pada masa depan, tetapi sekadar macam buat-buat batuk di tepi tangga saja.


Kalau Tun Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri dan ada pasangan menteri kabinetnya terkait dengan perolehan kontrak kerajaan, lalu ditanya wartawan, barangkali lebih kurang begitu jugalah jawapannya.


Anwar patut memberi jawapan yang berbeza yang mampu memberi keyakinan serta harapan kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinannya adalah lebih baik berbanding semua pendahulunya sebelum ini.


Kalau sama saja, buat sakit tekak sajalah menjerit reformasi selama ini!!


Cuba kita bayangkan jika ketika ini Anwar masih Ketua Pembangkang dan kes seperti suami Hannah Yeoh itu berlaku dalam kerajaan bukan PH, apa agaknya respon dan serangan beliau? – ShahbudinHusin 28Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/28/respon-anwar-mengecewakan-menghampakan-dan-tidak-menambah-keyakinan-rakyat-kepada-kerajaan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/sepatutnya-anak-beranak-atau-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Dengan Anak Anak Biar Enjoy Jangan Paksa Anak Buat Itu Ini

Bercuti Dengan Anak Anak Biar Enjoy Jangan Paksa Anak Buat Itu Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 297 hits
Musim cuti sekolah ini bawalah anak anak bercuti bersama sama untuk mencipta bonding dan kenangan ketika anak membesar Semua ini bukan sahaja memberi keseronokkan bahkan anak anak boleh belajar sesuatu dari percutian itu Pun begitu jangan b...
Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 185 hits
Ibu bapa jangan anak dengan hantu kesannya anak jadi boleh tinggalkan parut psikologi Kenapa masih ada yang masih menakutkan anak anak mereka dengan ada hantu semata mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan Ibu Bapa Jangan Takut takutkan A...
Minta Maaf Kena Ikhlas Lufya Omar Nak Berdamai Dengan Takdir Minta Jangan Guna Anak Untuk Publisiti

Minta Maaf Kena Ikhlas Lufya Omar Nak Berdamai Dengan Takdir Minta Jangan Guna Anak Untuk Publisiti

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 250 hits
Pelakon Lufya Omar memaklumkan dirinya lebih tenang dalam menghadapi konflik dan masalah ketika ini Dia ditemui media baru baru ini berkata isu yang melanda dirinya pada tahun lalu membuatkan dia lebih rasional dan berdamai dengan takdir va...
4 Tahun Jabat Menteri Pertanian Syl Peras Anak Buah Sampai Rp6 8 Miliar

4 Tahun Jabat Menteri Pertanian Syl Peras Anak Buah Sampai Rp6 8 Miliar

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 210 hits
Selama empat tahun berlangsung total urunan di Badan Penyelidik dan Pengembangan SDM Kementan untuk SYL mencapai miliaran rupiah
Wan Rosdy Pahang Menjadi Perintis Dengan Menubuhkan Sekretariat Perantau Anak Felda Pahang

Wan Rosdy Pahang Menjadi Perintis Dengan Menubuhkan Sekretariat Perantau Anak Felda Pahang

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 321 hits
MARAN nbsp Pahang menjadi perintis dengan mewujudkan Sekretariat Perantau Anak Felda Pahang untuk kebajikan dan mendekati anak anak Felda di luar negeri tersebut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sekretariat itu akan dil...
Terkawal Tapi Jangan Biarkan Ianya Tumbuh

Terkawal Tapi Jangan Biarkan Ianya Tumbuh

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 132 hits
Mohd Norazlan Sewajarnya kerajaan tidak ambil mudah dokrinisasi ideologi ekstremis agama Ianya tidak hanya ideologi sebuah pertubuhan tetapi meresapi melalui pemikiran peribadi seseorang yang dirangsang oleh tokoh dan pertubuhan mengguna na...
Jangan Lupa Selain Sekarang Menteri Hannah Yeoh Juga Adalah Speaker Dun Selangor Sebelum Ini

Jangan Lupa Selain Sekarang Menteri Hannah Yeoh Juga Adalah Speaker Dun Selangor Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 185 hits
Sekurang kurangnya ada dua aspek yang dipertikaikan berhubung kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang sejak kebelakangan ini menjadi isu...
Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 181 hits
Anak suka main ugut ugut ibu ayah nak pujuk atau biar saja Dilema seperti ini sering berlaku pada ibu bapa walaupun anak masih di usia kecil Sebagai contoh Kalau mama tak sayang saya kalau mama tak beli mainan saya lari keluar biar kereta t...
Luhut Beri Saran Ke Prabowo Jangan Ada Menteri Punya Track Record Tidak Bagus

Luhut Beri Saran Ke Prabowo Jangan Ada Menteri Punya Track Record Tidak Bagus

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 135 hits
Saran tersebut diberikan untuk memastikan pemerintahan berikutnya berjalan lancar
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Best Way To Spend Your Much Awaited Vacation

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Mangsa Banjir Johor Terus Meningkat

Agreeableness

Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini