Al Sultan Abdullah Titah Tidak Mahu Sebarang Ajaran Sesat Dan Menyeleweng Bertapak Di Pahang




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) bertapak di negeri ini.
Baginda bertitah supaya rakyat Pahang menjadi mata dan telinga pemerintah dengan melaporkan sebarang penyebaran ajaran sesat serta berpegang teguh kepada ASWJ, al-Quran dan al-Sunah.
“Janganlah kita mendewa-dewakan, mentaasub pada mana-mana pemimpin ataupun guru-guru ataupun abuya. Hentikan semua ini. Saya tunggu laporan polis (mengenai) keadaan (ajaran sesat di Pahang).
“Saya dimaklumkan untuk berkongsi bersama sepanjang apa yang saya lalui dan dimaklum di Pahang, suatu ketika ada 34 ajaran sesat ataupun salah. Alhamdulillah, hari ini ada enam sahaja masih aktif. Yang sedihnya itu, ada dua di Pekan, tempat saya lahir,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Tahun 1446 Hijrah/2024 Masihi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan hari ini.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco kepimpinan kerajaan negeri.
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda telah meminta pihak polis dan Jabatan Agama Islam Pahang untuk menyiasat ajaran yang didakwa sesat serta terpesong itu dan berharap ia dapat diselesaikan dengan cara yang baik serta tidak menganiayai atau mengaib sesiapa.
“Nabi Muhammad SAW telah diutuskan dengan membawa ajaran Islam yang sebenar. Namun, dunia akhir zaman ini, fitnah dan kesesatan bermaharajalela.
“Sesungguhnya, umat Islam dihadapkan dengan pelbagai ujian yang menguji keimanan termasuk golongan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
"Dalam menghadapi fitnah akhir zaman ini, kita perlu memperkuatkan iman dan takwa kepada Allah SWT,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah juga bertitah baginda akan berjumpa dengan setiap pengusaha sekolah pondok dan maahad tahfiz di Pahang dalam usaha memperkasakan institusi pendidikan agama itu.
“Usaha yang sedang saya bincang dengan pelbagai pihak khususnya kerajaan (negeri), yang saya cukup khuatir kedudukan pondok dan maahad tahfiz yang ada di negeri ini. Saya tidak pernah beri arahan tutup mana-mana madrasah, maahad tahfiz tetapi ini tidak bermakna saya tidak mengambil perhatian.
“Saya bimbang, bukan keseluruhannya, ada juga pondok yang amat malu saya nyatakan keadaan dan perjalanannya tidak begitu sempurna.
"Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak dan saya telah nyatakan hasrat untuk berjumpa setiap operator supaya kita dapat satukan semula dengan jadikan ia dalam keadaan baik dan betul perjalanannya,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang muncul sekolah terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 harus dijadikan sebagai pemangkin atau contoh kepada sekolah pondok dan maahad tahfiz lain dalam menambah baik struktur organisasi serta kurikulum.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan beberapa anugerah antaranya kepada Allahyarham Datuk Abdul Razak Abu yang dinobat sebagai Tokoh Maulidur Rasul Negeri Pahang, Datuk Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz (Anugerah Ummah) dan Abu Bakar Mat Saad (Anugerah Pendidikan). #MalaysiaKini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/al-sultan-abdullah-titah-tidak-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Sultan Abdullah Harap Institusi Pendidikan Islam Di Pahang Dapat Diperkasa Ke Arus Perdana

Al Sultan Abdullah Harap Institusi Pendidikan Islam Di Pahang Dapat Diperkasa Ke Arus Perdana

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 38 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berharap maahad tahfiz madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ...
Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 68 hits
KUANTAN Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas pengurniaan Darjah Keb...
Umat Islam Perlu Henti Dewakan Pemimpin Abuya Titah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah

Umat Islam Perlu Henti Dewakan Pemimpin Abuya Titah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 24 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Waljamaah bertapak di negeri itu...
Ppim Didakwa Sokong Guru Sesat Amal Ajaran Bercanggah Islam Dalam Diam

Ppim Didakwa Sokong Guru Sesat Amal Ajaran Bercanggah Islam Dalam Diam

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 71 hits
Beberapa hari ini tular di laman sosial berkenaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang didakwa menyokong guru sesat iaitu Dr Izham Nayan Melalui sebuah laman facebook PUKAS Malaysia akaun ini mendakwa Nadzim Johan dari Persatuan Pengguna ...
Al Sultan Abdullah Berkenan Mengurniakan Darjah Kebesaran Pingat Kepada 27 Oranng Penerima

Al Sultan Abdullah Berkenan Mengurniakan Darjah Kebesaran Pingat Kepada 27 Oranng Penerima

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 83 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 27 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran Pahang Pengurniaan itu sempena ulan...
Suami Ikut Ajaran Sesat Paksa Mengemis Tidur Dengan Mahaguru

Suami Ikut Ajaran Sesat Paksa Mengemis Tidur Dengan Mahaguru

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 66 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang wanita hidup terseksa apabila dipaksa untuk mengemis oleh suaminya sendiri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat Menurut perkongsian seorang Pengamal Undang undang Syariah Hazwani Zainal di TikTok perkara itu d...
Gelagat Sultan Pahang Dan Tengku Hassanal Minum Kopi Raih Perhatian Ni Kali Ke 3 Saya Minum

Gelagat Sultan Pahang Dan Tengku Hassanal Minum Kopi Raih Perhatian Ni Kali Ke 3 Saya Minum

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 102 hits
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri aya...
Filem Reeza Gtr

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

Unlocking The Power Of Crypto How Fokawa Simplifies Digital Asset Trading


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Aku Yang Pernah Menjadi Badut Kelas

Ambil Insulin Selalu Hypoglycemia

Ini Pelan Damai Pas Pn Teresa Kok Rakyat

Dia Introvert Tak Reti Berparti Individu Dedah Sikap Fattah Amin Lebih Suka Duduk Rumah Layan Anak

Finding The Right Contractor Design And Build Your Dream Home

4 373 Mangsa Banjir Di 32 Pps Kedah