Al Sultan Abdullah Harap Institusi Pendidikan Islam Di Pahang Dapat Diperkasa Ke Arus Perdana




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.
Al-Sultan Abdullah bertitah sebagai Ketua Agama Islam di Pahang, baginda bertanggungjawab memastikan kewujudan sistem pendidikan berkualiti dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja memiliki dan menguasai ilmu tetapi juga berdaya saing mendepani cabaran serta memenuhi kehendak semasa.
"Beta yakin dan percaya bahawa kita memerlukan pembangunan sumber manusia yang kreatif dan inovatif di samping kukuh dalam pegangan agama Islam serta memiliki jati diri yang mantap berasaskan Ahli Sunah Waljamaah.
"Dalam konteks ini, visi dan misi beta adalah bagi memastikan generasi anak-anak pelajar di maahad tahfiz, madrasah dan pondok diberikan peluang yang sama untuk berperanan secara langsung dalam memakmurkan negeri ini," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Persidangan Pengetua Dan Pengusaha Maahad Tahfiz, Madrasah Dan Pondok Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Al-Sultan Abdullah bertitah penubuhan dan pelaksanaan institusi pendidikan seperti maahad tahfiz, madrasah serta pondok memerlukan kerjasama pelbagai agensi berwajib namun proses itu bukan mudah kerana membabitkan aspek penting seperti isu keselamatan, kebakaran, kesihatan serta kebajikan pelajar yang perlu diberi perhatian bagi memastikan ia dapat beroperasi dengan lancar.
"Beta tidak mahu lagi berlaku kes-kes kebakaran seperti sebelum ini. Beta dimaklumkan antara tahun 2017 sehingga tahun 2022, sekurang-kurangnya enam kejadian kebakaran melibatkan maahad tahfiz, madrasah dan pondok telah berlaku berpunca dari masalah pendawaian elektrik," titah baginda.
Baginda juga bertitah antara usaha merealisasikan hasrat ke arah memperkasakan institusi pendidikan itu turut dilakukan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang melalui penubuhan Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM).
Al-Sultan Abdullah bertitah IIDM bekerjasama dengan Ikatan Madrasah Pahang yang mewakili maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu bagi melaksanakan kurikulum wajib di peringkat asas.
"Beta berharap institut ilmu ini akan menjadi pemangkin bagi memartabatkan Negeri Pahang sebagai pusat rujukan ilmu dan peradaban Islam yang dikenali di seluruh dunia pada abad ke-21 ini," titah baginda.
Merujuk kepada insiden yang mengejutkan negara membabitkan isu jenayah dan penganiayaan kanak-kanak dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Al-Sultan Abdullah bertitah baginda tidak akan mengizinkan perkara-perkara yang tidak bertanggungjawab serta mencemar nama baik Islam dibiarkan berlaku di Pahang.
"Beta berdoa supaya ini tidak berlaku di Pahang. Beta tidak ingin berpanjang, memadai kita baca dalam akhbar tetapi ingin membuat sedikit peringatan supaya jauhi perbuatan seperti ini," titah baginda.
Baginda bertitah anak-anak bukan sahaja aset kepada keluarga tetapi juga harta berharga kepada negara serta masyarakat dan mengingatkan ibu bapa atau penjaga supaya tidak mengambil ringan akan tanggungjawab membesarkan mereka.
"Jangan kita ambil sambil lewa sahaja. Tempat tinggal tidak bersih, makanan tidak berkhasiat. Tuan-Tuan dan puan-puan, ini anak, ada ayah, ada ibu. Bukan anak ayam. Jangan kita bagi layanan seperti ini.
"Anak ayam pun ada pembelanya ...penternak yang baik. Ini pula anak-anak kita yang sama-sama kita sayangi. Beta harap kita sama-samalah renung dan tentukan kebajikan anak-anak kita di madrasah, maahad tahfiz dan pondok akan terpelihara sebaiknya," titah baginda.#AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/al-sultan-abdullah-harap-institusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Sultan Abdullah Titah Tidak Mahu Sebarang Ajaran Sesat Dan Menyeleweng Bertapak Di Pahang

Al Sultan Abdullah Titah Tidak Mahu Sebarang Ajaran Sesat Dan Menyeleweng Bertapak Di Pahang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Walja...
Umat Islam Perlu Henti Dewakan Pemimpin Abuya Titah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah

Umat Islam Perlu Henti Dewakan Pemimpin Abuya Titah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 114 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Waljamaah bertapak di negeri itu...
Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas pengurniaan Darjah Keb...
Gelagat Sultan Pahang Dan Tengku Hassanal Minum Kopi Raih Perhatian Ni Kali Ke 3 Saya Minum

Gelagat Sultan Pahang Dan Tengku Hassanal Minum Kopi Raih Perhatian Ni Kali Ke 3 Saya Minum

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 225 hits
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri aya...
Al Sultan Abdullah Berkenan Mengurniakan Darjah Kebesaran Pingat Kepada 27 Oranng Penerima

Al Sultan Abdullah Berkenan Mengurniakan Darjah Kebesaran Pingat Kepada 27 Oranng Penerima

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 183 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 27 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran Pahang Pengurniaan itu sempena ulan...
Pas Yakin Mampu Tawan Pahang Pada Pada Pru 16 Beri Fokus Tarik Sokongan Bukan Islam

Pas Yakin Mampu Tawan Pahang Pada Pada Pru 16 Beri Fokus Tarik Sokongan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 107 hits
TEMERLOH PAS yakin mampu menawan pentadbiran negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan pucuk pimpinan memilih negeri itu untuk mengadakan Muktamar kali Ke...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 407 hits
BENTONG Pengerusi DAP Pahang Lee Chin Chen melahirkan rasa terkejut dengan hasrat PAS negeri untuk menutup premis judi termasuk kasino di Genting Highlands Dia berkata tindakan sedemikian boleh menjejaskan ekonomi termasuk sumber pendapatan...
Pas Teraju Pahang Dhpp Akan Terus Berusaha Rapatkan Jurang Antara Pas Dan Komuniti Bukan Islam

Pas Teraju Pahang Dhpp Akan Terus Berusaha Rapatkan Jurang Antara Pas Dan Komuniti Bukan Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Dewan Himpunan Penyokong PAS akan terus berusaha untuk merapatkan jurang antara PAS dan komuniti bukan Islam Kami sedar masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan untuk memecahkan jurang ini bukanlah perkara yang boleh diselesaikan...
Teks Bacaan Doa Panjang Umur Dan Kelebihan Umur Panjang Dalam Islam

Teks Bacaan Doa Panjang Umur Dan Kelebihan Umur Panjang Dalam Islam

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 204 hits
Teks Bacaan Doa Panjang Umur dan Kelebihan Umur Panjang Dalam Islam Doa panjang umur bukan hanya bertujuan untuk memperpanjang hayat di dunia tetapi juga agar kita diberikan kesihatan keberkatan dalam rezeki dan ketenangan hati Ini kerana h...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan