Aku Cakap Kat Dia Boleh Bawak Isteri Kedua Sekali Aku Nak Kenal Dia Diam


Sayang, Maafkan Aku
Assalamualaikum, sebelum tu izinkan aku perkenalkan diri. Orang panggil aku Mel, aku berusia 26 tahun dan telah berkahwin dengan suamiku ketika umur kami 22 tahun. Ya, dah 4 tahun. Kedua dua kami mempunyai pekerjaan tetap masing masing, dan suami tak halang aku untuk bekerja. Suami merupakan seorang pengurus syarikat di Kuala Lumpur dan aku merupakan seorang akauntan di Johor Bahru. Kami menjalankan long distance relationship. Semuanya baik baik saja.
Sepanjang perkahwinan kami, aku tak nafikan ramai sangat dengki, dan ramai sangat perempuan suka kat suami aku ni. Aku pun taktahu kenapa. Mungkin sebab suami aku boleh la kategori good looking? Atau sebab harta? Entahlah. Tapi tu semua tak bagi efek kat aku pun masa tu sebab aku percaya suami aku walaupun kitorang bercinta jarak jauh. Setiap weekend suami aku akan balik JB dan turutkan semua permintaan aku. Maklumlah perempuan kan, nak makan itu ini. Nak shopping itu ini. Suami aku takpernah membantah. Thanks sayang.
Hari berganti hari suami aku dah start sibuk lebih sikit. Dia dah tak balik every weekend. Dan aku faham dia busy tapi entah kenapa perasaan aku masa tu asyik nak emo je, asyik nak marah je. Kiranya sampai tahap dia call aku beratus kali tapi aku tak angkat sebab sakit hati tetiba. Dia balik pun aku dah tak manja macam dulu, dah tak mengada macam dulu. Dia pernah nak communicate dengan aku soal ni tapi aku taknak. Mungkin aku berkecil hati dengan dia sebab dia terlalu busy. Memang aku tarik muka je everytime dia balik. Dan pada masa yang sama, aku ada kenal sorang lelaki, satu office dengan aku. Baik sangat dan dia la yang layan aku macam puteri. Macam aku mula mula kahwin dulu. Suami aku masih macam dulu, masih berikan perhatian kat aku tapi entahlah, aku macam tawar hati.
Satu hari tu, aku dapat call dari unknown number, number office. Aku angkat. Alangkah marahnya aku bila panggilan tu dari Jabatan Agama Islam Selangor memaklumkan suami aku kena tangkap basah dengan sorang perempuan kat office dia. Memang aku dah takda fikir apa, memang otak aku negatif je masa tu memandangkan hati aku pun memang ada takde je kat suami aku.
Harinya dah tiba, suami aku dipaksa kahwin dengan perempuan tu. Aku dah suruh dia buat pilihan, kahwin dengan perempuan tu dan ceraikan aku. Tapi dia taknak. Tak habis habis dia cakap dia diperangkap. Tapi aku takpercaya. Bodohla aku kalau percaya. Itu fikiran aku pada ketika tu. Banyak kali jugak aku cuba tuntut fasakh tapi gagal atas sebab sebab tertentu.
Aku kenakan syarat pada suami aku. Nak balik rumah kami di jb boleh, tapi sebulan sekali sahaja. Kalau ikutkan aku memang aku taknak langsung pandang muka dia. Baik aku pandang muka boyfriend aku. Ya masa ni aku ada boyfriend, lelaki yang aku mention tadi tu. Suami aku bersetuju, asalkan dapat jumpa aku katanya. Tapi feeling aku kosong masa tu, dah tak bunga bunga macam dulu.
Aku jalani kehidupan aku macam biasa, bahagia dengan boyfriend aku. Sampai aku lupa aku dah ada suami. Kalau aku ingat pun, benda negatif je. Hilang dah semua memori sweet sweet dulu. Suami aku balik rumah kami sebulan sekali macam yang dijanjikan. Tapi aku buat dia macam tak wujud. Dia cakap berpuluh patah, aku jawab sepatah. Kadang tak jawab langsung. Aku tanpa rasa bersalah bagitahu dia aku ada boyfriend. Dia menunduk je. Pernah sekali aku nampak dia menangis, tapi kesah apa aku. Maaf sayang, mel tak tahu cerita betul.
Setelah beberapa bulan hidup macam tu, macam biasa setiap bulan suami aku akan balik. Tapi kali ni dia nampak macam tak sihat, susut sangat badan dia. Dah tak macam dulu seorang yang fit dan memang nampak handsome. Kali ni dia balik cengkung tapi dia masih tersenyum manis macam dulu. Sedaya upaya dia cuba buat baik dengan aku macam biasa. Bukan buat baik, tapi dia memang baik, paling terbaik yang aku pernah jumpa. Cuma kali ni tak nampak seri tu, nampak macam dia tengah struggle. Masa dia tidur kat bilik sebelah, aku dengar batuk batuk kecil dari bibir dia. Pelan pelan aku bukak pintu, dia tengah tidur mengiring ke arah dinding. Masih batuk batuk kecil. Dengan bantuan cahaya sikit yang masuk, aku nampak badan dia yang membelakangkan aku. Ada banyak parut parut dan memang tulang dia timbul menandakan dia sangat kurus sekarang. Aku tak tanya apa, tak rasa macam nak approach dia pun. Aku tutup pintu.
Keesokan harinya, aku taktahu kenapa hati aku ni nak sangat tengok rumah dia dan isteri kedua dia. Jadi masa dia siap siap nak balik, aku pun siap siap juga, nak ikut dia senyap senyap. Masa dia keluar rumah, aku perasan something, kereta dia bukan kereta yang dulu. Kereta lain, buruk. Apa jadi dengan life awak ni sayang? Agak agak 5 minit dia dah gerak, aku pun ikut. Aku jarakkan distance aku dan dia, takut dia perasan. Dalam sejam perjalanan, aku sampai ke destinasi yang sama dengan dia. Tapi bukan di KL. Masih dalam negeri Johor. Aku pelik, bukan ke dia dan perempuan tu tinggal di KL? Aku nampak dia turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah teres satu tingkat. Macam rumah bujang. Banyak seluar baju sidai, banyak motor parking kat depan.
Ala, macam rumah bujang. Aku pelik, takkan dia tinggal sini? Mana isteri dia? Aku tanpa fikir panjang aku berjalan ke arah rumah tu dan memang terbukti rumah bujang sebab ada 2-3 orang lelaki tengah tengok tv. Mustahil seorang pengurus syarikat dan seorang isteri tinggal di rumah macam ni. Aku dah mula tak sedap hati. Salah sorang lelaki tu keluar, mungkin pelik kot nampak aku terjenguk jenguk tengok dalam rumah. Dia tanya cari siapa, aku jawab “Akim duduk sini ke?” Dan lelaki tu jawab ya, sekali lagi dia tanya aku siapa. Tapi aku tanya lagi “wife dia mana?”. Lelaki tu buat muka clueless, dan cakap akim mana ada isteri. Berderau darah aku.
Aku tanya lagi sejak bila akim duduk sini, dia jawab dah banyak bulan. Sekali lagi berderau darah aku. Maknanya akim tak duduk dengan perempuan tu? Dan dia tak kerja kat KL dah? Aku terkejut, apa sebenarnya yang jadi. Aku pergi balik ke kereta. Sempat pesan kat housemate suami aku jangan bagitahu dia. Tanpa fikir panjang aku terus call mak mertua aku yang dah lama aku tak contact. Dia tak jawab lepas 3 kali aku call baru dia angkat. Dia tanya ada apa apa yang tak kena ke. Aku suruh dia jujur, dia tahu tak apa yang terjadi kat suami aku lepas insiden tangkap basah. Mak mertua aku tak jawab, dia suruh aku tanya suami aku sendiri. Aku buntu. Aku balik rumah.
Bulan depan tu macam biasa, suami aku balik rumah kami, dia masih sama macam dulu. Cuma kali ni dia memang nampak sangat sangat tak larat. Sampai rumah dia terus masuk bilik. Dia tidur. Mungkin dia penat sangat, dia letak je bag dan kunci kereta dia kat ruang tamu. Aku ambik kunci kereta dia, aku nak geledah kereta dia. Masa aku tengah geledah dashboard dia, aku terkejut. Aku menangis. Maaf sayang, mel taktahu, sumpah mel taktahu. Aku jumpa beberapa bekas ubat, pelbagai jenis ubat. Serta banyak dokumen surat surat dari hospital. Dia tengah suffer kanser paru paru. Aku terus call mak dia, aku tanya betul betul, dan mak dia explain everything kat aku.
Suami aku suffer k4nser paru paru beberapa bulan yang lepas dan dia kehilangan kerja kat syarikat di kl sebab asyik sakit. Jadi dia dah tak kerja. Paling mengejutkan dan buat aku rasa bersalah sampai sekarang, dia dah ceraikan perempuan tu sebulan lepas kahwin. SEBULAN LEPAS KAHWIN. Dan cerita dia diperangkap, memang betul. Dia tak rela. Terkulai aku masa tu. tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. aku masuk semula ke rumah dan aku masuk ke bilik suami aku. Kesian awak sayang. Aku terus peluk dia yang tengah tidur. Dia terkejut, aku tahu. Dia tanya aku kenapa sambil senyum. Aku jawab takda apa dan aku benarkan aku dia balik bila bila masa saja dia nak, tak perlu sebulan sekali dah. Aku nak dia sentiasa ada dengan aku. Dia pelik. Keesokan harinya, dia balik ke rumah dia yang lagi satu macam biasa.
Aku masih tak berterus terang dengan dia sampai sekarang. Dia masih fikir aku ingat dia ada isteri kedua. Dia masih fikir aku taktahu dia bercerai. Dia masih fikir aku taktahu dia sakit. Dan aku takda kekuatan untuk bincang dengan dia soal ni. Aku takut dia tak dapat maafkan aku. Sedangkan diri aku tak boleh maafkan aku. Maafkan mel, sayang.
Maaf kepada para pembaca, confession ni agak panjang. Dan bukan rekaan. Aku taktahu macamana nak berterus terang. Tolong aku.
Sayang, Maafkan Aku II
Assalamualaikum semua. Sekali lagi, aku Mel. Isteri bodoh tak guna tu. Aku dah baca segala komen yang saudara saudari bagi kat confession aku. Memang salah aku. Aku sangat menyesal. Aku hargai segala komen yang korang kasi, baik atau buruk. Sebab aku tahu memang salah aku. Dan aku takda siapa untuk aku kongsi cerita. Aku tak ada kawan rapat, and aku tak ada kawan yang aku cerita suka duka. Aku tak ada mak ayah. Aku anak tunggal. Aku ada family mertua sahaja. Aku buntu untuk tanya pendapat.
Semalam lepas baca satu komen ni, aku terus tak lengahkan masa call suami aku. Terima kasih buat penyumbang komen. Tak sampai berapa saat aku call, dia angkat. Ceria suara dia. Macam dulu dulu kitorang selalu call each other. Rindu aku dengar suara dia dalam phone. Aku cakap pada dia aku rindu. Sangat sangat. Dia diam, tapi aku tahu dia terkejut. Dia minta kebenaran. “Saya nak balik jb jumpa awak boleh? Saya tahu saya dah balik semalam, tapi kalau takboleh tak apa”. Aku rasa macam kena penampar. Seorang suami mintak kebenaran isteri untuk jumpa isteri dia sendiri?
Air mata aku macam dah nak berderai. Bergenang. Aku cakap kat dia boleh, bawak isteri kedua sekali. Aku nak kenal. Dia diam. Lama. Aku panggil dia lagi sekali. Dia terus cakap yang dia ada kerja nak settle. Lepas habis kerja dia call balik. Dia letak phone. Aku tersenyum, kerja apa sayang? Awak kan dah tak kerja. Haih sayang sayang. Kenapa susah sangat sayang nak terus terang.
Lepas sejam, aku ws dia, aku tanya banyak lagi ke kerjanya? Lama jugak tunggu, baru dia reply dia cakap dia dah otw datang kat aku. Dah lama aku tak rasa feeling bunga bunga macam ni. Patutnya perjalanan ke rumah kami dari rumah bujang dia tu sejam je, tapi mungkin sebab dia nak bagi nampak realistik yang dia dari KL, dalam 3 jam baru dia sampai.
Aku dah siap tunggu depan gate, rindu sangat. Aku nampak dia keluar kereta terus aku peluk dia. Dulu kalau peluk, rasa padat je otot dia. Sekarang rasa macam peluk tulang hehe takpa tetap sayang. Aku cium pipi dia. Lama tak bau dia. Aku tahu dia mesti pelik. Tapi dia tak cakap apa apa. Dia macam dulu. Always macam dulu. Aku hidangkan dia makanan fav dia. Dia seronok sangat, non stop bersembang macam dulu dulu sambil makan.
Aku rindu suasana ni. Dia nampak excited sangat bercerita itu ini. Aku lebih kepada mendengar. Saja, rindu suara dia dan gelak tawa dia. Tiba tiba dia diam. Aku tanya kenapa? Dia jawab, dia takut. Dia takut aku buat baik dengan dia. Lah dah kenapa? Dia cakap dia takut kalau aku buat baik ni, sebab aku nak mintak dia lepaskan aku. Ya Allah, lagi sekali hati aku dihiris hiris. Sampai macam tu sekali dia takut. Kesian sayang. Mel mintak maaf.
Terus aku rasa macam nak jatuh, aku tanpa fikir panjang sujud cium kaki dia. Aku menangis semahu mahunya. Aku capai tangan dia, dia kaku. Mungkin terkejut dengan tindakan aku. Dia cuba tarik aku untuk bangun, gagal. dia tarik kaki dia tak bagi aku cium. Aku tahu dia tak larat nak tarik aku, dengan tenaga dia yang sekarang. Aku dongak pandang dia, mata dia bergenang. Muka aku dah basah dengan air mata. Aku terus terang dengan dia sungguh sungguh apa yang aku tahu dan aku mintak maaf sungguh sungguh atas apa yang aku buat dulu. Dia terdiam. Aku takut dia tak maafkan aku. Dia bangun. Nampak sangat dia tak larat tapi dia cuba tarik aku berdiri dengan dia.
Dia peluk aku. Ya, memang itu cara dia dari dulu. Kalau kami bergaduh dulu pun, instead of dia tinggikan suara atau menjawab, dia akan peluk aku. Aku yang tembak dia selalu macam bertih jagung. Dia cakap, dia mintak maaf sebab rahsiakan perkara sebesar ni daripada aku, aku isteri aku ada hak untuk tahu. Dia menangis macam dia yang buat salah. Buat aku lagi rasa bersalah. Dia sambung lagi, dia cakap aku takpernah buat salah dengan dia, dan kalau ada pun, setiap hari dia maafkan.
Ya Allah, apa yang aku buat untuk terima lelaki sebaik ni?? Aku tak layak dengan dia ya Allah. Menggigil tangan aku menaip sekarang, teringat balik apa yang jadi malam tu. Aku berdosa, sangat berdosa. Perihal boyfriend aku, memang aku dah putuskan hubungan since aku tahu suami aku tak bersalah.
Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku dengan seorang hamba Allah ini ya Allah. Sesungguhnya aku takkan jumpa lelaki yang sebaik dia di dunia ni. Aku berjanji dengan nyawa aku sendiri, aku akan jaga dia sampai ke jannah. Akan aku belai, aku kasih sampai ke hujung nyawa aku. Aku cintakan suami aku sangat sangat. Terima kasih ya Allah atas peluang yang kau beri ni. Terima kasih penyumbang komen positif, saya akan ingat sampai m4ti. Doakan suami saya kuat, dan doakan supaya suami saya dapat lawan k4nser ni. He deserves more than the world. InsyaaAllah tak lama lagi dia akan pindah ke rumah kami semula.
Dan aku akan pastikan aku ada di samping dia susah senang. Cuma nak ke hospital tu aku sakit hati sikit, sebab ada nurse nurse muda gedik semacam. Siap cakap takpernah tengok pesakit kanser muka manis ceria handsome. Heh, taktahula tu sebagai terapi orang k4nser nak bagi aura positif ke apa. Sorry aku memang pantang sikit orang puji fizikal suami aku. Maybe dorang taktahu kot aku isteri dia, yela sebelum ni dia datang rawatan berbulan bulan sorang macam bujang. Haha, tapi Aku percaya suami aku 100%. Dia sayang aku, dia cinta aku sampai bila bila insyaaAllah. Suami aku pun takpernah tunjuk macam dia ada k4nser, happy je.
Kepada yang ada keluarga pesakit k4nser, stay strong. We’re all in this together! Terima kasih, doakan kami.
– Mel
The post Aku cakap kat dia boleh, bawak isteri kedua sekali. Aku nak kenal. Dia diam appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/05/aku-cakap-kat-dia-boleh-bawak-isteri-kedua-sekali-aku-nak-kenal-dia-diam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kat Mana Perokok Nak Merokok Selepas Semua Tempat Dah Tak Boleh Merokok

Kat Mana Perokok Nak Merokok Selepas Semua Tempat Dah Tak Boleh Merokok

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 347 hits
Mulai bulan Disember 2018 ini semua kawasan di restoran terbuka adalah kawasan larangan merokok Berikut adalah kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konven...
Nak Surprise Kan Isteri Tak Perlu Tunggu Hari Istimewa Bila Bila Masa Teddyprank Boleh Tolong

Nak Surprise Kan Isteri Tak Perlu Tunggu Hari Istimewa Bila Bila Masa Teddyprank Boleh Tolong

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 608 hits
Kejutan atau surprise setiap kali menyambut hari istimewa adalah normal bagi setiap pasangan Hari Jadi ke hari ulangtahun perkahwinan ke aktiviti sebegini memang menjadi kebiasaan kan Mungkin jawapan kau orang YA atau mungkin juga tidak ber...
Nak Samak Ke Jika Tersentuh Kasut2 Yang Digigit Anjing Kat Jalanan

Nak Samak Ke Jika Tersentuh Kasut2 Yang Digigit Anjing Kat Jalanan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 877 hits
07 10 7 01 p m Aku adalah Saya ust baru2 ni saya ada lalu atas tanah yg basah yg mana disitu ada kasut yg sy rasa kebiasaannya digongong anjing saya tak sentuh pun tp disebsbkan tanah tu basah apakah najis berpindah pada kaki saya 07 10 9 2...
Info Sihat Nak Rosakkan Buah Pinggang Boleh Cuba Cara Ini

Info Sihat Nak Rosakkan Buah Pinggang Boleh Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 758 hits
NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG BOLEH TRY CARA NI Ingat lagi pengalaman saya masa bertugas di klinik kencing manis dulu Dalam masa 2 tahun peningkatan bilangan pesakit diabetes naik lebih 2 kali ganda Serius memang berganda ganda dari tahun ke t...
Hari Hari Nak Makan Jajan Tak Bagi Mengamuk Tip Ini Mama Boleh Cuba Agar Anak Suka Makanan Sihat

Hari Hari Nak Makan Jajan Tak Bagi Mengamuk Tip Ini Mama Boleh Cuba Agar Anak Suka Makanan Sihat

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 637 hits
Anak kecil dan jajan atau snek kurang berkhasiat seolah olah tidak dapat dipisahkan Ibu mana yang tidak bimbang jika si manja gemar makan snek yang belum tentu kandungan nutrisinya Tambahan pula ada fakta yang menyatakan kanak kanak di Mala...
Mesin Buat Ais Dirumah Tak Perlu Susah Nak Tunggu Ais Beku Dalam Peti Atau Beli Kat Kedai

Mesin Buat Ais Dirumah Tak Perlu Susah Nak Tunggu Ais Beku Dalam Peti Atau Beli Kat Kedai

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 676 hits
PENAT beli ais kat kedai tunggu ais beku dalam peti kekadang ais ade bau ikan dalam peti NAK SEKALI AIR PANAS SEJUK Kini semua pakai tekan je dengan Coway Penapis air Coway Lucy Tekan2 je keluar ais Ada juga air panas sejuk biasa Ada mod ma...
Abah Tidur Malam Tu Tapi Emak Kau Bagi Belakang Je Kat Abah Kali Ni Abah Nekad Apa Nak Jadi Pun Jadilah

Abah Tidur Malam Tu Tapi Emak Kau Bagi Belakang Je Kat Abah Kali Ni Abah Nekad Apa Nak Jadi Pun Jadilah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 501 hits
salam Minta sis siarkan kisah ni dan saya harap akan dapat bagi sedikit inspirasi kepada semua orang yg membacanya Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi siapa yang ada masa esp kaum ADAM suami ayah bakal suami n bakal ayah Satu hari s...
Besar Sungguh Jasa Dia Kat Rakyat Dan Sultan Pahang Netizen Tak Boleh Brain Rossa Dapat Gelaran Datuk

Besar Sungguh Jasa Dia Kat Rakyat Dan Sultan Pahang Netizen Tak Boleh Brain Rossa Dapat Gelaran Datuk

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 391 hits
Hari ini penyanyi terkenal Indonesia Rossa nbsp Roslaina Handiyani atau lebih mesra digelar Rossa telah menerima nbsp Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri Justeru penyanyi jelita yang sama sekali tidak m...
Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 753 hits
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar mampu memberikan ketenangan yang sekejap kepada ibu bapa Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang Di meja makan anak anak mampu Melatih ski...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran