Abah Tidur Malam Tu Tapi Emak Kau Bagi Belakang Je Kat Abah Kali Ni Abah Nekad Apa Nak Jadi Pun Jadilah


salam …
Minta sis siarkan kisah ni dan saya harap akan dapat bagi sedikit inspirasi kepada semua orang yg membacanya.Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi siapa yang ada masa….esp kaum ADAM…suami, ayah, bakal suami n bakal ayah
Satu hari saya bersembang sama2 dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, “Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering berg4duh dan hampir2 nak bercer4i. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini”. Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.
Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau.
Tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami.Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai baling barang kesana kemari.
Abah tahu, anak2 semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduh4n kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang2 asing2.
Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCER4I4N sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.
Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengk4ran. Emak engkau terus hemp4s telefon. Waktu itu abah benar2 frust, give up, rasa keseorangan, marahh, abah jerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.
Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah.
Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, somb0ng, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.
Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah2 malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi.
Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cer4i, apa lagi bila terbayang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu pend3ritaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius.
Abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jah4t, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?
Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah.
Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. “Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah.”
Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.
Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.
Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?” Emak engkau lihat abah dengan mar4h dan merajuk, “Cakap apa ni?”
Abah ulang lagi “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”
“Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?”“Saya benar2 ingin berubah kali ini, saya benar2 ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia.”
Emak engkau menjeling sinis, “Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu” Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan meng4muk lagi seperti biasa, bertengk4r lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk.
Nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau mer4juk, jangan harap apa2 sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.
Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?” Mata emak engkau masih pandang kelain, “Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2”
Abah tarik nafas dalam2, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak meng4muk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas.
Semuanya abah letak bawah tudung. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja. Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama,
“Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?” “Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakitt. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?”
“Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir ny4wa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak” Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya.
Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia. Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keaj4iban berlaku.
Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba2 emak engkau menangis dan peluk kaki abah, “Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya”.
Perlahan2 abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap, “Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengk4ran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak”
Abah tanya lagi “Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”
“Patutnya saya yang tanya soalan itu”
“Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”
Emak engkau renung abah dan dia kata ” Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia”
“Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?” Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan.
Bertengk4r sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. “Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?” Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh.
Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengk4ran, tetapi cara pertengk4ran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengk4r sehingga meny4kitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi.
Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah.
Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu. Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini. Apa Pendapat Anda?
Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat.
Kredit : rakanmedianetwork.press
The post Abah tidur Malam Tu, Tapi Emak Kau Bagi Belakang Je kat Abah. Kali Ni Abah Nekad, Apa Nak Jadi Pun Jadilah appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/10/31/abah-tidur-malam-tu-tapi-emak-kau-bagi-belakang-je-kat-abah-kali-ni-abah-nekad-apa-nak-jadi-pun-jadilah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Kau Ada Kerja Nak Buat Kat Rumah Tapi Bosan Pergi Kerja Tapi Sakit

Bila Kau Ada Kerja Nak Buat Kat Rumah Tapi Bosan Pergi Kerja Tapi Sakit

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 579 hits
Bila Kau Ada Kerja Nak Buat Kat Rumah Tapi Bosan Pergi Kerja Tapi Sakit be like Good day every body Dah nak masuk tengahari pun Maaf la sibuk sikit hari ni Pepagi rasa malas nak pergi kerja Lepas tu fikir2 balik better pergi kerja Duk rumah...
Gaya Selebriti Wanita Di Malam Anugerah Skrin 2018 Cantik Bergaya Semuanya Tapi Mana Satu Paling Vass

Gaya Selebriti Wanita Di Malam Anugerah Skrin 2018 Cantik Bergaya Semuanya Tapi Mana Satu Paling Vass

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 850 hits
Semalam telah menyaksikan sebuah anugerah berprestij tahunan Anugerah Skrin 2018 yang bersiaran secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Anugerah kali ini berpihak kepada filem Dukun dan drama Pendosa Ingin Ke Syurga apabila kedua duan...
Luahan Bukan Tak Teringin Nak Beranak Lagi Tapi Rozita Che Wan

Luahan Bukan Tak Teringin Nak Beranak Lagi Tapi Rozita Che Wan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 378 hits
Pelakon Rozita Che Wan mengakui mempunyai keinginan untuk hamil sekali lagi selepas melahirkan anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya Rozita Che Wan atau Che Ta menjelaskan usianya menjadi salah s...
Saya Nak Berikan Travel Credit Untuk Pergi Bercuti Tapi Disalah Anggap Pulak

Saya Nak Berikan Travel Credit Untuk Pergi Bercuti Tapi Disalah Anggap Pulak

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 397 hits
Kadang kadang saya dapat komen yang berbunyi macam ni untung la ko dapat pergi berjalan merata rata Alhamdulillah saya bersyukur dengan kehidupan dan peluang peluang yang Allah berikan kepada saya Saya dapat pergi ke tempat tempat yang saya...
Pernahkah Anda Merasa Sakit Kebas Kaki Sebaik Sahaja Bangun Dari Tidur Malam

Pernahkah Anda Merasa Sakit Kebas Kaki Sebaik Sahaja Bangun Dari Tidur Malam

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 418 hits
Keadaan ini sering berlaku di kalangan kita Dimana apabila bangun dari tidur akan terasa kebas di sebelah kaki atau kadang kala kedua duanya sekali Kesakitan yang dialami terasa dari pinggang turun ke belakang peha dan seterusnya sehingga k...
Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 359 hits
Pelakon Mia Ahmad memberitahu antara cabaran selepas melahirkan cahaya mata pertamanya Sayf Issa ialah dia perlu berjaga tengah malam Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi 30 berkata dia sukar untuk tidur disebabkan anaknya kerap ba...
Bini Aku Setiap Kali Balik Kerja Abg Nak Enen Ada Tak Cara Nak Pisahkan Selera Bini Aku

Bini Aku Setiap Kali Balik Kerja Abg Nak Enen Ada Tak Cara Nak Pisahkan Selera Bini Aku

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 5289 hits
Assalamualaikum admin tolong sembunyikan identiti aku min min ada tak cara nak pisahkan selera bini aku yang suka hisap tetek Bini aku setiap kali balik kerja abg nak enen aku rasa pandangan aku gelap min Rasa geli semua ada Tapi aku tahan ...
Ramai Mengadu Anak Tidur Lewat Malam Doktor Sheikh Muszaphar Kongsi Rutin Anak Tidur Awal Tanpa Meragam

Ramai Mengadu Anak Tidur Lewat Malam Doktor Sheikh Muszaphar Kongsi Rutin Anak Tidur Awal Tanpa Meragam

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 449 hits
Sebagai ibu bapa tentu sekali kita ingin anak anak tidur awal dan dapat tidur yang secukupnya Untuk anak mendapatkan tidur yang cukup dan tidak terlalu lewat malam kita harus menerapkan rutin harian yang baik untuk anak anak terutama sejak ...
Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 337 hits
Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat Tapi anak susah nak buat malah tidak mengendahkannya Di mana silapnya Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanak...
Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Cara Kumpul Duit Untuk Melancong

Ter Untuk Anak Bonda

Pgslot 30 24 Pgslot Top 93 By Corine Pgslot Hongkong456 Co

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal