Aktiviti Menarik Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang Pahang



Sekarang sudah masuk cuti penggal bagi sesi persekolahan 2019. Jadi pelajar atau murid sekolah sedang bercuti selama 1 minggu sehingga 30/31 Mac 2019. Jadi kesempatan ini seharusnya diambil oleh murid untuk membuat perkara yang berfaedah bagi mengisi ruang kosong ketika berada di rumah. Dengan itu juga, ibu bap ajika diberi masa luangkanlah bersama anak-anak mereka selama yang mungkin.



Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan salah satunya adalah melawat Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Kenapa aku bagi cadangan sedemikian? Sebab aku baru je melawat tempat tersebut pada hujung minggu lepas (masih belum cuti sekolah).

Setibanya anda di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (KPGK) Kuala Gandah anda mestilah melalui proses pendaftara terlebih dahulu. Jika anda datang kumpulan yang ramai, anda boleh hantar wakil sahaja untuk melalui proses ini. Ianya tidak mengambil masa yang lama kalua orang tak ramai. Jadi di sini anda akan diberi stiker pendaftaran yang memberi tahu anda telah mendaftar dan boleh masuk secara sah. Pusat ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk masuk, tetapi anda boleh membuat sedikit sumbangan bagi menampung perbelanjaan pemulih dan pemeliharaan gajah-gajah di sini.

Selepas itu, anda akan disediakan dengan sebuah tayangan video untuk 10-20 minit di pusat pendaftaran tersebut. Pada hari tersebut, aku tak berkesempatan untuk menonton tayangan tersebut, sebab dewan tayangan sudah penuh. Diluar bilik tayangan tersebut disediakan informasi berkaitan dengan tepat KPGK dan juga gajah yang wujud di dunia ini.

Selepas tayangan selesai, barulah kami beramai-ramai akan masuk ke bahagian utama di mana terletaknya gajah-gajah tersebut. Jika anda masuk di tempat tersebut anda akan jumpa kendang berbumbung yang ditempatkan gajah-gajah tersebut. Jadi disini anda diberi peluang untuk memberi makan gajah tersebut dengan tebu. Ianya dijual seikat dengan harga RM3. Nak tangkap gambar semua pun boleh. Untuk amaran katanya, jangan acah-acah untuk memberi makanan kepada gajah, takut ganggu emosi kot.







Di sini juga terdapat 1 kawasan yang lebih besar di mana menjadi pusat latihan gajah-gajah tersebut. Di sinilah nanti akan diadakah sedikit pertunjukkan oleh binantang yang bijak ini bersama mahut atau penjaga gajah tersebut.

Selepas selesai memberi makan, mahut akan membawa gajah-gajah ini ke sungai berdekatan untuk aktiviti ke-3 (selepas menonton tayangan, memberi makan) iaitu sesi memandikan gajah. Sungainya tidak jauh daripada pusat utama gajah tersebut. Di sini anda akan melihat bagaimana mahut memandikan gajah yang besar itu. Pelbagai ragam yang akan anda lihat semasa sesi ini. Gajah memang sukakan air. Sesi ini lebih kurang 15-20 minit. Di sini juga anda dibenarkan untuk mengambil video atau gambar tetapi tidak dibenarkan masuk atau turun ke sungai tanpa kebenaran. Jangan risau, tempat menonton ada disediakan.



Sejurus selepas itu, gajah semua akan dibawa naik dan kembali ke tempat pusat latihan untuk aktivit ke-4 atau terakhir. Jadi di sinilah anda akan dipertontonkan bagaimana binatang yang besar ini sebenarnya bijak. Tetapi anda kena tahu, ini bukan sarkis yang menzalimi binatang. Ianya sekadar hiburan ringan yang diajar oleh mahut untuk mengembirakan penonton yang datang. Di sinilah anda akan dapat lihat, gajah menari, gajah pura-pura tidur, bagaimana gajah mengangkat mahut menggunakan kakinya, belalainya dan bermacam-macam lagi. Cukup menghiburkan.


Jadi itulah serba sedikit aktiviti yang anda boleh saksikan dengan lebih dekat bagaimana gajah-gajah ini dipelihara dengan baik disini. Anda disarankan membawa payung terutamanya musim-musim panas ini.

Baca juga : ANTARA TEMPAT BEST IKAN PATIN TEMPOYAK DI TEMERLOH
Di sini sediakan tempat parkir yang besar, jadi anda tidak perlu risau untuk singgah disini. Selain itu, pusat kafeteria juga disediakan jika anda mahu makan disini. Nak ala-ala camping pun boleh, tetapi pastikan bersihkan semula ditempat anda makan tersebut.

Bagi aku tempatnya sangat menarik jika datang beramai-ramai bersama keluarga. Lagi-lagi jika anda minat terhadap haiwan seperti gajah ini yang rata-ratanya sukar untuk kita dapat lihat dengan lebih dekat. Jadi bawa lah keluarga anda datang di Kuala Gandah ini untuk menyaksikan gajah dengan lebih dekat.



Maklumat Berkaitan Di KPGKBagaimana ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang?Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.

PenginapanTerdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.

Perkhidmatan Pemandu PelancongPelawat digalakkan menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi semasa berada di PKGK Kuala Gandah. Bayaran untuk seorang pemandu pelancong adalah sebanyak RM50.00 (maksimum 12 orang pelawat bagi seorang pemandu pelancong).

Jadual Aktiviti Pelawat10 pagi - Proses pendaftaran bermula

10.30 - 12.30 tengah hari - Memerhati anak-anak gajah (saksikan gelagat gajah sambil memberi makan)

1.00 & 1.30 tengah hari - Menonton tayangan video

2.00 - 2.15 petang - Lintasan gajah bersama mahut (anda berpeluang untuk menangkap gambar dengan lebih dekat)

2.14 - 3.00 petang - Penerangan konservasi dan pertunjukkan bermaklumat dari mahut dan gajah (aksi bijaksana daripada gajah)

3.00 - 3.15 petang - Lintasan gajah bersama mahut (anda berpeluang untuk menangkap gambar dengan lebih dekat)

3.00 - 4.30 petang - Memandikan gajah

4.30 petang - Pendaftaran ditutup

Waktu Lawatan(Dibuka setiap hari)Isnin - Ahad: 8.00 pagi - 1.00 petang & 2.30 petang – 4.30 petangJumaat:          8.00 pagi - 12.30 tengahari & 2.30 petang – 4.30 petang


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala GandahKuala Gandah, 28500 LanchangPahang Darul Makmur, MalaysiaTel: 017-931 9650  Kaunter: 013-908 8207
Laman Web : http://www.wildlife.gov.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2019/03/aktiviti-menarik-di-pusat-konservasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pahang Pantau Pusat Tahfiz Tak Berdaftar

Polis Pahang Pantau Pusat Tahfiz Tak Berdaftar

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 251 hits
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz POLIS Pahang sudah menugaskan pegawai dan anggotanya melakukan pengawasan ke atas pusat tahfiz dan pengajian agama terutama yang tidak berdaftar di Pahang bagi mengelakkan kejadian dera berulang Ketua Polis Pahan...
Jangan Lupa Serbu Hari Biousahawan 2019 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Jangan Lupa Serbu Hari Biousahawan 2019 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 362 hits
Aku pernah berkongsi maklumat berkenaan satu peluang keemasan buat mereka yang bergelar usahawan tempatan startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan didalam dan luar negara iaitu melalui program BioUsahawan 2019 yang dianjur...
Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep Bazar Kontemporari

Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep Bazar Kontemporari

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 572 hits
Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep Bazar Kontemporari Untuk Jamuan Korporat Dan Orang Ramai Aku masih tak boleh move on lagi dengan keenakan sajian yang dihidangkan masa preview buka puasa sempena bulan Ramadhan yang...
Siapa Cakap Sibuk Kerja Tak Boleh Bercuti Ibis Hotel Kuala Lumpur Check In

Siapa Cakap Sibuk Kerja Tak Boleh Bercuti Ibis Hotel Kuala Lumpur Check In

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 598 hits
Abg Qi makin jadi keabangan sangat Cuti sekolah seminggu dalam bulan Mac sokmo weh sibuk dengan kerja anak cuti sekolah mak pak Abg Qi sibuk cari rezeki Masa mak pak free anak plak sekolah masa anak cuti sekolah kita pula ke sana sini terke...
Top 8 Steamboat Restaurants In Kuala Lumpur

Top 8 Steamboat Restaurants In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 961 hits
Credit Irine Nadia Malaysia is a haven of food from local cuisine to street food to fine dining you can never go wrong while seeking out delicious eats in this country In this article we re going to talk about steamboat Steamboat 101 First ...
Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 707 hits
Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan yang mulia Mesti ramai yang buat persediaan untuk menyambut Ramadhan dengan puasa ganti atau persiapan Raya dan sebagainya Oleh itu bukan itu sahaja malah mama dapat...
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Bufet Iftar

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Bufet Iftar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 431 hits
AssallammualaikumHotel Seri Pacific kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet iftar yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk Lokasi bufet iftar terletak di tingkat 4 Atrium sehingga ke kolam renang dan Restor...
Nasi Dagang Terbaik Sedap Di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

Nasi Dagang Terbaik Sedap Di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 929 hits
Kak Pah Nasi Dagang Batu Burok Kuala TerengganuSudut selera Kak Pah gerai no 30Salah satu tempat makan nasi dagang yang sedap di Terengganu adalah di Batu Burok Dari pembacaan majoriti blog yang review Kak Pah Nasi Dagang ni di sinilah terl...
Pelancaran Publisiti Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda Oleh Yab Menteri Besar

Pelancaran Publisiti Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda Oleh Yab Menteri Besar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 541 hits
Pelancaran Publisiti Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda di Dewan Kenangan MPSP Sungai Petani Dihadiri oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization