Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep Bazar Kontemporari


Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep ‘Bazar Kontemporari’ Untuk Jamuan Korporat Dan Orang Ramai | Aku masih tak boleh move on lagi dengan keenakan sajian yang dihidangkan masa preview buka puasa sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang oleh Kuala Lumpur Convention Centre. Serious sedap weh. Tahun ni, Kuala Lumpur Convention Centre menawarkan juadah buka puasa berkonsepkan Bazar Kontemporari. Memang meriah teruk. Meh baca lagi kenapa aku recommend sangat-sangat untuk korang cuba buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep ‘Bazar Kontemporari’ Untuk Jamuan Korporat Dan Orang Ramai 
Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep ‘Bazar Kontemporari’ 
Menu Buka Puasa Ramadhan Kuala Lumpur Convention Centre - Bazar Kontemporari
Macam aku sebut dekat atas tadi, semua menu yang di sajikan pada Ramadhan kali ini adalah bertemakan ‘Bazar Kontemporari’. Menu tahun ini merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan, antara lain termasuk bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis; ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’

Sushi pun ada
Stimbot, Kambing Golek
Sila telan air liur lepas baca senarai menu ini ya. Aku masih terbayang lagi kambing golek dan udang laut dengan Raja durian dia weh. Sedap ya ampun. Kalau nak tahu salah satu rahsia kenapa makanan yang disediakan begitu sedap adalah disebabkan ianya disediakan khusus oleh pasukan 52 chef yang telah memenangi pelbagai anugerah. 
Kuala Lumpur Convention Centre teruja untuk memperkenalkan konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif kepada pelanggan dengan mencipta suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’. Pastinya ia akan menjadi pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh pelanggan mereka pada bulan Ramadan ini. Chef akan memasak makanan ‘jalanan’ kegemaran ramai, seperti barbeku Thai, stimbot, kuetiau goreng Pulau Pinang dan sate ayam dan daging di depan mata anda.

Goreng-Goreng

Pilih ikut suka
Selamat Hari Raya
Kerabu in the house
Pelbagai jenis Dessert
Tambahan lagi, Kuala Lumpur Convention Centre juga menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mencari sesuatu yang berlainan. Sajian termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi, ikan panggang Tikka, nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa kami yang tersohor, dihidangkan dengan sos pudina dan sos berempah.”
Selain daripada makanan, aku juga turut jatuh cinta habis dengan pilihan air yang disediakan. Paling menarik minat aku nak cuba semestinya Teh Tarik Caramel. Ini air wajib minum sebab dia wangi, manis dan sedap. Kalau ada dekat mall aku akan beli. Air lain yang aku rasa unik sangat ialah Teh Tarik Cendol, Lemong-Chee, Melonade Boi, Mango Tea dan Corn Slush. 
Teh Tarik Caramel Sedap GilaPelbagai jenis air7 Sebab Kuala Lumpur Convention Centre Jadi Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur
1. Menawarkan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan.

2. Konsep Bazar Kontemporari dimeriahkan lagi dengan ‘Chef Action Stations’ yang memberikan pengalaman yang bakal buat anda teruja serta menggamit memori makanan klasik kegemaran tepi jalan.

3. Tak cukup dengan menu tempatan, Kuala Lumpur Convention Centre juga tawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa.

4. Kesemua lima dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu Pusat Konvensyen disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi pelanggan yang beragama Islam boleh menikmati makanan tanpa was was.

5. Pusat Konvensyen menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat wuduk dan Imam untuk mengimamkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selesa selepas berbuka puasa.

6. Kuala Lumpur Convention Centre akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadan Dengan Semangat Bersedekah’.

7. Kuala Lumpur Convention Centre meneruskan usaha untuk kelestarian dengan mendapatkan 70% bekalan bahan masakan dan keperluan dari sumber tempatan.”
Harga Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre
Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa disediakan untuk orang ramai pada harga RM150 bersih seorang, yang boleh didapati untuk tempahan pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019

Di samping itu, Pusat Konvensyen menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat (untuk 100 orang dan ke atas), yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, pada harga serendah RM128 bersih seorang. 
Nak Buat Tempahan?
Memandangkan tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat untuk majlis korporat, sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke

Laman Web: www.klccconventioncentre.comInstagram: https://www.instagram.com/klccconventioncentre

Tentang Kuala Lumpur Convention Centre (the Centre)
Kuala Lumpur Convention Centre (the Centre) adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pusat ini dimiliki oleh Kuala Lumpur Convention Centre Sdn Bhd dan dengan bangganya dikendalikan oleh Convex Malaysia Sdn Bhd, usahasama antara KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan AEG Ogden

Pemenang berbilang anugerah, Pusat Konvensyen bertaraf dunia ini merupakan satu kemudahan milik Kuala Lumpur Convention Centre Sdn Bhd yang seterusnya, dimiliki oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Pusat Konvensyen merupakan tempat pensijilan Emas Piawaian Kualiti AIPC (International Association of Congress Centres) dan pensijilan ISO 9001, ISO 22000, ISO 14001 dan OHSAS 18001 dan mendapat status EarthCheck Silver (alam sekitar) dan pengiktirafan Pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).  Tempat ini juga aktif berpartisipasi dalam AEG 1EARTH, peneraju korporat korporat yang terkemuka di AEG untuk mengurangkan impak alam sekitar dan memacu nilai perniagaan

Pusat Konvensyen, yang merangkumi dua auditorium (masing-masing menyediakan 3,000 dan 500 tempat duduk), dewan pameran seluas 12,310 meter persegi termasuk khemah berasingan seluas 2,600 meter persegi, Dewan Besar yang boleh menempatkan 2,000 orang, Dewan Bankuet untuk 500 orang, Dewan Persidangan untuk 1,800 peserta dan 20 bilik mesyuarat lain, untuk menyediakan ruang seluas 22,659 meter persegi untuk pelbagai fungsi di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur

Pusat ini akan menambah 11,000 meter persegi ruang fleksibel dan multi-tujuan tambahan yang boleh menampung mesyuarat pameran dan persatuan antarabangsa yang lebih besar, serta peristiwa serentak dengan selesa apabila projek pengembangannya siap pada bulan 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/03/buka-puasa-di-kuala-lumpur-convention.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan

Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 537 hits
Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan Memperkenalkan bazar kontemporari untuk jamuan korporat dan orang ramai akan mendermakan 5 hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan badan ama...
Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 707 hits
Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan yang mulia Mesti ramai yang buat persediaan untuk menyambut Ramadhan dengan puasa ganti atau persiapan Raya dan sebagainya Oleh itu bukan itu sahaja malah mama dapat...
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Bufet Iftar

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Bufet Iftar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 431 hits
AssallammualaikumHotel Seri Pacific kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet iftar yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk Lokasi bufet iftar terletak di tingkat 4 Atrium sehingga ke kolam renang dan Restor...
Siapa Cakap Sibuk Kerja Tak Boleh Bercuti Ibis Hotel Kuala Lumpur Check In

Siapa Cakap Sibuk Kerja Tak Boleh Bercuti Ibis Hotel Kuala Lumpur Check In

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 598 hits
Abg Qi makin jadi keabangan sangat Cuti sekolah seminggu dalam bulan Mac sokmo weh sibuk dengan kerja anak cuti sekolah mak pak Abg Qi sibuk cari rezeki Masa mak pak free anak plak sekolah masa anak cuti sekolah kita pula ke sana sini terke...
Lima Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019

Lima Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 338 hits
Astro Awani Mujahid membacakan Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka hari ini Astro AWANI KUALA LUMPUR Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 diangkat di Pentas Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka hari ini sebagai komi...
Dimsum Palace Setia City Convention Centre

Dimsum Palace Setia City Convention Centre

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 549 hits
Publish 10 3 2015Re Publish 20 3 2019Assalamualaikum This one is a major throwback ni Tak ingat dah masa bila I datang makan dimsum dengan Ellis dekat Palace Setia City Convention Centre Setia Alam ni Ni pon I up entry ni sebab biasa la sai...
Buffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 821 hits
Buffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur SentralBuffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Perasan tak banyak hotel hotel buat promosi early bird untuk buffet Ramadan yang bakal menjelang tid...
Buffet Ramadhan 2019 Di Hotel Royal Kuala Lumpur Bertemakan Khazanah Warisan Melayu

Buffet Ramadhan 2019 Di Hotel Royal Kuala Lumpur Bertemakan Khazanah Warisan Melayu

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum ramadhan kembali lagi Pejam celik cuma tinggal beberapa minggu sahaja kita semua akan melangkah ke bulan penuh dengan keberkatan Bercakap tentang ramadhan bukan sahaja memikirkan tentang juadah namun tidak kurang juga inilah...
Cassa Detik Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Dewan Eksklusif Sekitar Kuala Lumpur

Cassa Detik Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Dewan Eksklusif Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 813 hits
Cassa Detik Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Dewan Eksklusif Sekitar Kuala Lumpur Assalamualaikum Bagi pasangan yang bercinta pastinya mahukan perhubungan tersebut menuju ke jinjang pelamin Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024