Polis Pahang Pantau Pusat Tahfiz Tak Berdaftar



 Mohamad Azim Fitri Abd Aziz 

POLIS Pahang sudah menugaskan pegawai dan anggotanya melakukan pengawasan ke atas pusat tahfiz dan pengajian agama terutama yang tidak berdaftar di Pahang bagi mengelakkan kejadian dera berulang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, langkah itu sudah diambil dengan menugaskan pegawai dan anggotanya melakukan lawatan ke atas pusat tahfiz bagi memastikan tiada sebarang kejadian jenayah yang berlaku di kawasan pengajian agama itu.

“Ibu bapa dan pelajar itu sendiri tidak perlu takut dengan pihak pengurusan (pusat tahfiz) jika berlaku salah laku seperti kes dera dan sebagainya kerana mereka boleh buat laporan polis. Pihak kami akan menyiasatnya.

“Kita akan ambil tindakan bersesuaian mengikut garis undang-undang yang ada pada kita,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan Kembara Komuniti Ketua Polis Pahang sempena peringatan Hari Polis ke-212 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar, di Kuantan, hari ini.

Beliau sebagai mengulas kejadian membabitkan 19 murid di madrasah di Jaya Gading, Kuantan, baru-baru ini, yang didakwa dirotan, dicubit, ditampar dan dimaki hamun sejak beberapa minggu lalu oleh tenaga pengajar di pusat tahfiz itu sebelum laporan polis dibuat.

Kejadian itu menyebabkan beberapa mangsa mengalami cedera di bahagian anggota badan akibat dirotan dan dicubit.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan dan sedang menunggu laporan perubatan dikeluarkan pihak hospital yang dijangka mengambil sedikit masa.

“Buat masa ini belum ada tangkapan dibuat dan kita masih mengesan suspek. Keterangan pelajar, ibu bapa dan pihak pengurusan pusat tahfiz itu sudah diambil bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi memastikan tidak berlaku sebarang penganiayaan dan salah laku ke atas murid dan pelajar pusat tahfiz di negeri ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kembara bermotosikal yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Mohd Zakaria berkata, ia disertai 150 pegawai dan anggotanya termasuk Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, ketua jabatan dan ketua polis daerah di Pahang.

“Kembara selama tiga hari ini juga adalah program kemasyarakatan yang akan kita adakan di Bera dan Rompin. Kita akan berjumpa dengan masyarakat setempat dan mereka (penduduk) boleh bertanyakan permasalahan di kawasan mereka yang mungkin kita boleh bantu selesaikan,” katanya.

Berita berkaitan

• Ustaz dera 19 murid
• [UPDATE] Ustaz kerap tengking, pukul, mencubit murid
• 'Keluarga mahu cari maahad tahfiz lain'



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/polis-pahang-pantau-pusat-tahfiz-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Video Pusat Tahfiz Kena Tutup Di Kedah Ini Rupa Rupanya Yang Terjadi

Viral Video Pusat Tahfiz Kena Tutup Di Kedah Ini Rupa Rupanya Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 623 hits
Viral Video Pusat Tahfiz Kena Tutup Di Kedah Ini Rupa Rupanya Yang Terjadi Semalam telah viral satu video yang memaparkan seramai 211 orang anak yatim fakir miskin diarahkan kosongkan penempatan Sebenarnya tindakan pihak berkuasa mengarahka...
Pusat Tahfiz Peralat Kanak Kanak Kutip Derma Diarah Tutup Serta Merta

Pusat Tahfiz Peralat Kanak Kanak Kutip Derma Diarah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 480 hits
Pastinya anda sudah biasa nampak pelajar tahfiz menjual produk hingga ke tengah malam bertujuan untuk mencari dana pembangunan pusat tahfiz mereka di stesen minyak kedai makan dan pelbagai lokasi lain Bila ditanya dikatakan sebagai latihan ...
Pelajar Kutip Derma Sejak Dulu Asri Tanya Rahsia Pusat Tahfiz Terlepas Tindakan

Pelajar Kutip Derma Sejak Dulu Asri Tanya Rahsia Pusat Tahfiz Terlepas Tindakan

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 407 hits
Mohd Asri Zainul Abidin tertanya tanya rahsia kebanyakan pusat tahfiz yang mengeskplotasi pelajar mereka beroperasi sekian lama tanpa sebarang tindakan Simpati kepada anak anak yang masih remaja Tertanya kita apakah rahsia sehingga aktiviti...
Aktiviti Menarik Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang Pahang

Aktiviti Menarik Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang Pahang

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 930 hits
Sekarang sudah masuk cuti penggal bagi sesi persekolahan 2019 Jadi pelajar atau murid sekolah sedang bercuti selama 1 minggu sehingga 30 31 Mac 2019 Jadi kesempatan ini seharusnya diambil oleh murid untuk membuat perkara yang berfaedah bagi...
Anak Anak Yatim Dieksploitasi Sementara Pemilik Pusat Amal Tahfiz Puas Berjoli Sakan

Anak Anak Yatim Dieksploitasi Sementara Pemilik Pusat Amal Tahfiz Puas Berjoli Sakan

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 1162 hits
Percaya Atau Tidak Pusat Tahfiz Songsang Diarah Tutup Sejak 2007 LagiRupa rupanya Pusat Tahfiz Amal yang bercawangan di KM17 Jalan Yan sememangnya sudah lama diarahkan agar ditutup sejak 1 Januari 2007 lagi mynewshub myTimbalan Pendaftar Se...
Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz Di Pusat Tingkatan 6 Kpm Ambilan Tahun 2019

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz Di Pusat Tingkatan 6 Kpm Ambilan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 784 hits
Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz di Pusat Tingkatan 6 KPM Ambilan Tahun 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima Tahun 2018 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingk...
Sultan Selangor Titah Tutup Sekolah Tahfiz Yang Tidak Berdaftar

Sultan Selangor Titah Tutup Sekolah Tahfiz Yang Tidak Berdaftar

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 431 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya Baginda bertitah pada masa ini ada sejumlah 15 000 pelaja...
Polis Pantau Elemen Asing Elak Berlaku Tragedi Christchurch

Polis Pantau Elemen Asing Elak Berlaku Tragedi Christchurch

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 323 hits
Tindakan pencegahan penting untuk mengelakkan berulang insiden serangan seperti di Christchurch New Zealand berlaku di negara ini kata Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin PitchayKatanya langkah pencegah...
Kemarau Sungai Pahang Di Kampung Pesagi Chenor

Kemarau Sungai Pahang Di Kampung Pesagi Chenor

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 1848 hits
20 03 2019 Keadaan kemarau Sungai Pahang di kampung Pesagi Chenor yang terletak di daerah Maran Pahang Adalah sebuah pekan dan mukim yang terdiri daripada beberapa buah kampung kecil Antara kampung yang utama ialah Kampung Chenor Kampung Ba...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York