Siapa Cakap Sibuk Kerja Tak Boleh Bercuti Ibis Hotel Kuala Lumpur Check In


 Abg Qi makin jadi keabangan sangat.
Cuti sekolah seminggu dalam bulan Mac, sokmo weh sibuk dengan kerja, anak cuti sekolah mak pak Abg Qi sibuk cari rezeki. Masa mak pak free, anak plak sekolah, masa anak cuti sekolah kita pula ke sana sini terkejar-kejar dengan kerja. 

Tapi!
Haaa ada tapinya...

Siapa cakap tak boleh bercuti waktu sibuk yang amat tu....

Boleh apa, sehari semalam pun dah okey. Lenggang kangkung je bawa baju tukar sehelai. Best yang amat rupanya, tak perlu berluggage bagai tau, tak payah susah-susah nak pi negeri luar kalau waktu sibuk. Duk dalam negeri sendiri dan cari hiburan halal...pun tetap rasa macam kat luar jauh gitu...feeling tetap sama sampai, duit poket pun sama jimat tak gitu kawan-kawan? Hehe.

Ada sesetengah hotel, memang suka ikut rules check in jam 3 petang. Ya memang banyak mcm itu, tapi aku kan jenis suka belasah pi kaunter cakap nak check in jam 12 tengahari...Ada ko, siap boleh masuk awal. Kot ni rezeki family aku kot. Orang lain punya rezeki jangan samakan dengan kita punya rezeki...ingat tu. 

Ibis, sebut je Ibis dulu aku tak ambil port sangat sebab entah, belum sampai seru lagi nak menginap hotel yang jenis banyak cawangan ni...

Tetiba rasa macam nak ber ibis plak haha, yelah ritu tengok dekat Melaka ibis sana kan cantik, di KL dah siap. Apa lagi, usya lah Booking.Com laju-laju haha...

Dapat harga murah untuk satu malam, jadilah buat tukar angin.
 Ruang lobiNampak tak betapa cantiknya ruang legar lobi dia, rasa macam nak hangkut je meja kerusi tu semua haha #gurau. Aku kan pencinta dekorasi hotel, bila ternampak sudut hias macam ini terus letak montot tak nak bangun.
Kisahnya bagi suami check in awal haha...aku nak duduk sini tatap puas-puas ambil ilham. 
Jom usya bilik hotel.
Bantal peluk sorang satu, settle hal gaduh berebut bantal kah!
Selesa betul! Serius cakap tilam dia empuk, bantal tenggelam, tetiba aku terhanyut sekejap hahahaha, nampak tak? Siapa cakap menginap dekat KL tak seronok? Seronok tau! Alah nanti malam kita rapatkan katil, tetap dapat jadi King size haha. 

Bilik air - kami suka tatarias bilik air dia. Ruang kecil tapi dipadatkan dengan kemudahan toiletries yang memukau. Lampu cermin tu touch screen tau, ada 3 jenis lampu boleh laras. Amboi Abg Qi kemain dia testing aje. 

Sudut meja - nampak sangat elegan. Sesuai datang ke sini berehat dan update blog, mencurah idea tau. Suka benar tengok kerusi tu, nampak ada ciri moden kontemporari. Meja pun ada scandanivian design, perghh mengadap jendela, hilang semua kekusutan. 


Pencahayaan - suka konsep pencahayaan yang agak sedikit cosy, buat mata pun ehh ngantuk. Aku tak suka lampu terang benderang sangat, sakit mata. Bagi sudut pencahayaan sini win. 
Ringkas, itu sebab bilik penginapan nampak luas. Ini tipsnya, bina ruang almari minimalis, tapi cukup semua kemudahan termasuk plug pun banyak. Bantal extra pun ada, tu untuk Abg Qi hehe. 
Ruang jendela - cantik betul! Nyaman je rasa tau. Selalu tengok kat bawah tu orang berjalan kaki, nampak bas bawa ramai penumpang menginap kat sini. Akses jalan ke sini sangat selesa dan tak terlalu sesak pun. 

Apa pun jom makan dulu salad. Makanan sihat macam ini kita kena rajin la selalu amal. Tak selalu pun kadang-kadang pun tak apa. Demi kesihatan menjelang menuju hari tua. Senang bawa pi hotel, aku sarapan yang ini pun dah kenyang, jimat duit add on breakfast.

Kolam Dewasa - lawa betul ! Infiniti pool okey. Aku suka konsep kolam macam ini. Ada pagar untuk kolam anak-anak bermandi manda. Kalau tak ada pagar risau budak-budak ni sekelip mata masuk pool orang dewasa tau. Dalam...hati-hati. 

Kolam kanak-kanak - Ada cendawan seketui hehe, omey je kan. Kolam kanak-kanak ni just nice tak berapa dalam. Aku suka duduk baring kt kerusi malas, angin kuat sungguh. Tenang je rasa tau. 

Tuan tanah, bukan tuan si empunya hotel haha, cermin besar dalam bilik selfie lu weh. Puas dah mandi manda, jom la keluar jalan-jalan sekitar KL. Kita dinner pakai simple je janji ada manis disitu haha.

Rating hotel ke 51 - 4 bintang dari 5 bintang aku kasi markah. Walaupun tak add on sarapan, aku cukup puas hati dengan kemudahan dan servis kat sini. Ada mini mart tau kat lobi kot lah nak makan benda-benda ringan, cuma agak mahal lah sikit. Yang lain so far so good, aku tengok bilik-bilik kat sini rapat-rapat pun tetap keluasan bilik sangat luas. 
Bijak susun atur design bilik, tu tak nampak langsung ruang ni sempit, good job!
Semakin suka habiskan masa cuti tempah di Booking.Com pi hotel dekat KL, senang dan tetap namanya holiday. Sudah 51 buah hotel setakat ini aku menginap, banyak tak? Haha sudah semestinya yang okey je aku up kat blog, yang tak okey aku report dekat manager hotel terus dan sudah semestinya tak akan di up di blog settle haha. 
Selamat ke temu kembali.
#More info - Travelogue Julia Johari

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/03/siapa-cakap-sibuk-kerja-tak-boleh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadhan 2019 Di Hotel Royal Kuala Lumpur Bertemakan Khazanah Warisan Melayu

Buffet Ramadhan 2019 Di Hotel Royal Kuala Lumpur Bertemakan Khazanah Warisan Melayu

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum ramadhan kembali lagi Pejam celik cuma tinggal beberapa minggu sahaja kita semua akan melangkah ke bulan penuh dengan keberkatan Bercakap tentang ramadhan bukan sahaja memikirkan tentang juadah namun tidak kurang juga inilah...
Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 707 hits
Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan yang mulia Mesti ramai yang buat persediaan untuk menyambut Ramadhan dengan puasa ganti atau persiapan Raya dan sebagainya Oleh itu bukan itu sahaja malah mama dapat...
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Bufet Iftar

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Bufet Iftar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 431 hits
AssallammualaikumHotel Seri Pacific kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet iftar yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk Lokasi bufet iftar terletak di tingkat 4 Atrium sehingga ke kolam renang dan Restor...
Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur

Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 439 hits
Hi semua semalam adalah kali pertama bagi UN dan keluarga menyambut dan memberikan sokongan kepada Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur Kami dan bersiap awal dan bergerak ke Hotel Royal Kuala Lumpur dalam jam 6 00 pm Kami sampai pun dal...
Top 8 Steamboat Restaurants In Kuala Lumpur

Top 8 Steamboat Restaurants In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 963 hits
Credit Irine Nadia Malaysia is a haven of food from local cuisine to street food to fine dining you can never go wrong while seeking out delicious eats in this country In this article we re going to talk about steamboat Steamboat 101 First ...
Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan

Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 537 hits
Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan Memperkenalkan bazar kontemporari untuk jamuan korporat dan orang ramai akan mendermakan 5 hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan badan ama...
Sampai Madinah Sehelai Sepinggang Beg Atu Zero Masih Di Kuala Lumpur

Sampai Madinah Sehelai Sepinggang Beg Atu Zero Masih Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 347 hits
Di penghujung Mac ini ramai dalam kalangan selebriti dan juga rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah Umrah Umum sedia tahu bahawa Ajak Shiro Emma Maembong Norman Hakim Atu Zero dan ramai lagi sedang berada di Tanah Suci Namun begitu terdap...
Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep Bazar Kontemporari

Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep Bazar Kontemporari

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 573 hits
Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep Bazar Kontemporari Untuk Jamuan Korporat Dan Orang Ramai Aku masih tak boleh move on lagi dengan keenakan sajian yang dihidangkan masa preview buka puasa sempena bulan Ramadhan yang...
4869 Lawatan Mesra Ke Sky Deck Menara Kuala Lumpur Ppim 2 4 19

4869 Lawatan Mesra Ke Sky Deck Menara Kuala Lumpur Ppim 2 4 19

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 383 hits
Lawatan mesra Ketua Aktivis PPIM toqqi bersama Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Hashim Bin Salleh ke Menara Kuala Lumpur Hadir sama Pengerusi PERKID Ustaz Masridzi Bin Sat dan Pengarah Latihan PPIM Izham Nayan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih