Ahli Dap Gesa Tun Bersikap Gentleman Hormati Janji




Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersikap seperti seorang lelaki terhormat atau gentleman dengan mematuhi janji beliau hanya menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh dua tahun yang dipersetujui Pakatan Harapan (PH).
Ahli DAP itu mahu Dr. Mahathir tidak lagi menimbulkan keraguan termasuk seolah-olah menyebelahi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat mempunyai konflik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor berkata, pengundi yang memberi kemenangan kepada PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya mengundi Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara, dengan Anwar kemudian mengambil alih.
“Dr. Mahathir, tolong menjadi seorang lelaki terhormat dan memenuhi janji untuk melepaskan jawatan selepas dua tahun supaya Anwar dapat mengambil alih sebagaimana dipersetujui.
“Inilah yang dipilih pengundi. Mereka tidak mengundi untuk lima tahun dengan anda menjadi Perdana Menteri. Mereka mengundi anda sebagai Perdana Menteri sementara, dengan Anwar akhirnya mengambil alih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli DAP itu berkata, apabila PH memenangi PRU-14, terdapat peluang kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Perdana Menteri namun menolaknya kerana mahu mematuhi janji bahawa Dr. Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sementara.
“Meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai sedikit kerusi, kesemua komponen PH mengikut perjanjian janji yang dibuat untuk membolehkan anda (Dr. Mahathir) menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama dua. Mengapa? Kerana kita menghormati janji-janji yang dibuat.
“Setakat ini anda telah berkata akan menghormati janji. Namun, tidak mahu menyatakan tarikh penyerahan (jawatan Perdana Menteri).
“Sebaliknya, berkata mungkin dua hingga tiga tahun dan kadang-kala anda menjelaskan akan berlaku hanya apabila ekonomi pulih. Siapa yang tahu berapa lama (pemulihan ekonomi)?” soal Liu.
Beliau mengingatkan Dr. Mahathir bahawa janji yang diberikan kepada pengundi bukanlah Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ekonomi pulih.
Liu berkata, baru-baru ini terdapat keraguan tentang sama ada Dr. Mahathir serius berpegang teguh pada kata-kata.
“Mohamed Azmin seolah-olah merasakan awak memihak kepadanya. Mengapa dan bagaimana beliau mempunyai pemikiran sedemikian? Mungkin kerana anda (Dr. Mahathir) telah memberikannya pemikiran sebegitu menerusi tingkah laku anda.
“Malah bukan hanya Mohamed Azmin yang mempunyai pemikiran sebegitu itu. Sesiapa yang memerhatikan suasana politik mempunyai persepsi serupa,” katanya.
Liu berharap Dr. Mahathir sedar di dalam PRU-14, Pengerusi Bersatu itu mempunyai peluang yang sangat jarang diperolehi iaitu dapat menebus diri di mata pengundi yang menganggap bekas Presiden UMNO itu melakukan banyak kesalahan semasa ‘tahun-tahun Mahathir’.
“Sila hormati hasrat pengundi dan turun dengan baik dalam tempoh masa yang dipersetujui,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/04/ahli-dap-gesa-tun-bersikap-gentleman-hormati-janji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Tun Sendiri Dedahkan Keinginan Untuk Mungkir Janji

Akhirnya Tun Sendiri Dedahkan Keinginan Untuk Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 280 hits
Sekarang ini semua perbualan dalam negara rata rata tertumpu berkenaan isu pertemuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang daripada UMNO Pas serta GPS dan kaitannya dengan usaha memanjangkan tempoh khidmatnya sebagai Perda...
18 Ahli Pkr Keluar Parti Pengerusi Hormati Hak Masing Masing

18 Ahli Pkr Keluar Parti Pengerusi Hormati Hak Masing Masing

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 279 hits
MALAYSIAKINI Tidak puas hati dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka 18 anggota parti itu termasuk seorang naib pengerusi cabang selama tiga penggal bertindak keluar dari pertubuhan berkenaan Khairuddin Ibrahim yang sebelum ini naib ketua ...
Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

Undi Ahli Parlimen Tentukan Tempoh Tun M Serah Jawatan Kepada Anwar Khairuddin

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 306 hits
Astro Awani Ogos 02 2019 21 23 MYTKaedah yang terbaik untuk menentukan tempoh khidmat Perdana Menteri masa kini sama ada harus berkhidmat separuh atau sepenuh penggal sepatutnya diserahkan kepada proses pengundian di Parlimen Gambar Sinar H...
Temubual Bersama Tun M Di Turki Saya Tidak Akan Memungkiri Janji

Temubual Bersama Tun M Di Turki Saya Tidak Akan Memungkiri Janji

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 278 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan memungkiri janji untuk menyerahkan pucuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Ini selepas saluran berita antarabangsa Turki TRT menyoalnya mengenai video seks yang didak...
Ahli Parlimen Dap Kepong Yang Biadap

Ahli Parlimen Dap Kepong Yang Biadap

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 407 hits
Roslan SMSPosting beliau Lim Lip Eng ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kit...
Kekalkan Pimpinan Tun M Banyak Janji Belum Tunai Presiden Pas

Kekalkan Pimpinan Tun M Banyak Janji Belum Tunai Presiden Pas

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 253 hits
Tuan Guru Abdul Hadi pada Majlis Daurah Kitab Tafsir Quran Sempena Ihtifal Idul Ilmi Ma ahad Darul Quran Kali ke 28 di Masjid Rusila hari ini Tukar PM bukan macam tukar kasutMARANG Rasionalnya pendirian PAS mahu mengekalkan kepimpinan Tun D...
Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 310 hits
MALAYSIAKINI DAP perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan kata Timbalan Presiden MCA Dr Mah Hang Soon Beliau menggesa Set...
Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 415 hits
Melihat gambar yang dipaparkan oleh Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng bersama sama 5 lagi pemimpin DAP bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu isu kewarganegaraan Lima pemimpin DAP yang l...
Tun M Boleh Damaikan Krisis Anwar Azmin Ahli Akademik

Tun M Boleh Damaikan Krisis Anwar Azmin Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 304 hits
Tun M boleh damaikan krisis Anwar Azmin Ahli akademikPosted By on July 25 2019Seorang ahli akademik mencadangkan supaya Dr Mahathir Mohamad menjadi pengantara dalam konflik Anwar Ibrahim dengan Mohamed Azmin Ali bagi menamatkan perselisihan...
Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran