18 Ahli Pkr Keluar Parti Pengerusi Hormati Hak Masing Masing


MALAYSIAKINI

   
Tidak puas hati dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, 18 anggota parti itu - termasuk seorang naib pengerusi cabang selama tiga penggal - bertindak keluar dari pertubuhan berkenaan.

Khairuddin Ibrahim yang sebelum ini naib ketua PKR Masjid Tanah mengesahkan bahawa dia bertindak begitu bersama 17 yang lain dari cabang berkenaan.

"Kami keluar parti sebab tidak puas hati dengan pengerusi negeri Halim Bachik yang merupakan pemimpin ala BN," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Khairuddin memberitahu mereka bertindak begitu pada 17 Mei lalu namun mendakwa surat pemberitahuan itu "disabotaj" oleh PKR Melaka sehingga proses tersebut terganggu.

Dalam keadaan begitu, katanya, mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk mengumumkan tindakan tersebut.

Menurut Khairuddin, PKR Melaka di bawah Halim hanya memberi perhatian kepada kumpulan yang disenanginya saja, selain mengamalkan sikap pilih kasih.

"Saya menyertai PKR pada 1999, ketika Khalid Jaafar merupakan pengerusi Melaka, dan membuka cawangan di Pengkalan Balak sehingga menang pada PRU14.

"Tetapi, selepas Halim dilantik sebagai pengerusi, dia seolah-olah lupa diri. Orang lama ditendang keluar, tidak diberi jawatan sedangkan ahli yang disenanginya diberikan tempat yang banyak," katanya.

Jadi ahli lepas PRU14 Untuk rekod, Halim juga merupakan ketua PKR Masjid Tanah yang dipilih sebagai pengerusi negeri selepas pemilihan parti pada 2018 lalu.

Khairuddin memberitahu bahawa ahli-ahli yang keluar parti bukan didorong oleh perasaan tamak kuasa sebaliknya kecewa apabila jasa dan pengorbanan mereka tidak dihargai.

"Saya naib pengerusi selama tiga penggal. Saya banyak membawa keahlian ke PKR. Masih ramai datang jumpa kami untuk mendapatkan bantuan. Tapi, kami tak mampu kerana kami disisihkan," katanya sambil menambah, walaupun meninggalkan PKR, mereka tidak akan menyertai BN.

Sementara itu dihubungi Malaysiakini kemudian, Halim berkata beliau menghormati tindakan Khairuddin dan yang lain-lain itu keluar PKR.

"Betul, saya tak ada masalah (mereka keluar parti). Itu adalah hak masing-masing. Tapi, saya nafikan ada ahli parti pegang sehigga tujuh jawatan," katanya.

Halim turut menyatakan beliau pernah menawarkan jawatan dalam Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) kepada Khairuddin.

"Selepas PRU14, dalam bulan Julai, saya tawarkan jawatan di Japerun tapi dia tolak. Jadi, saya tak tahu apa masalah dia.

"Daripada 18 orang yang keluar PKR, 11 mereka hanya menyertai parti selepas PRU ke-14, manakala tujuh merupakan orang lama," tambahnya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/18-ahli-pkr-keluar-parti-pengerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naib Pengerusi Pkr Masjid Tanah Antara 21 Umum Keluar Parti

Naib Pengerusi Pkr Masjid Tanah Antara 21 Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 277 hits
MELAKA 25 Julai Naib Pengerusi PKR Cabang Masjid Tanah Khairuddin Ibrahim bersama 20 ahli hari ini mengumumkan keluar daripada parti ekoran tidak berpuas hati dengan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR negeri Meskipun telah memegang jawatan itu s...
Azmin Bakal Keluar Dari Pkr Dan Mengapa Memilih Parti Gerakan

Azmin Bakal Keluar Dari Pkr Dan Mengapa Memilih Parti Gerakan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 319 hits
Pujangga berbicara Jika tiada angin masakan pokok bergoyang Ada juga lirik lagu popular tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawab angin yang goyang Namun kini masyarakat lebih percaya kepada ungkapan tiada anginpun pokok boleh bergoyang...
Selesaikan Kemelut Parti Pkr Sendiri Zahid Hamidi

Selesaikan Kemelut Parti Pkr Sendiri Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 403 hits
KENYATAAN MEDIA1 Anwar terlalu terhutang budi dengan DAP Semua yg dilaksanakan oleh DAP dianggap benar belaka kerana parti itu telah menjadi tulang belakang sebagai rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya untuk mencapai cita2 poli...
Tiada Sebab Azmin Nak Angkat Kaki Keluar Pkr Shamsul

Tiada Sebab Azmin Nak Angkat Kaki Keluar Pkr Shamsul

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 256 hits
Mohamed Azmin Ali tidak akan beralih arah keluar daripada PKR dan akan terus bersama PKR Itu kata Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas mengenai ura ura kononnya timbalan presidennya itu akan meninggalkan parti itu dan me...
Azizah Nasihat Azmin Pimpinan Pkr Contohi Dr M Utamakan Hal Parti

Azizah Nasihat Azmin Pimpinan Pkr Contohi Dr M Utamakan Hal Parti

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 272 hits
DENYUT REFORMASI SHAH ALAM Bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan Timbalan Presiden Azmin Ali dan pimpinan PKR lain supaya mencontohi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang masih mementingkan urusan parti walaupun sibuk ...
Pengerusi Pkr Negeri 2 Lagi Dijangka Direman

Pengerusi Pkr Negeri 2 Lagi Dijangka Direman

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Tiga lelaki termasuk Pengerusi PKR sebuah negeri yang ditahan Polis Diraja Malaysia di Pasir Gudang Johor hari ini bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sos...
Anwar Kata Tak Tahu Ura Ura Azmin Nak Keluar Pkr

Anwar Kata Tak Tahu Ura Ura Azmin Nak Keluar Pkr

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 331 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai ura ura kononnya timbalannya Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan seperti dilaporkan media semalam Enggan mengulas lanjut...
26 Pemimpin Pkr Keluar Kenyataan Bersama Tegur Anwar

26 Pemimpin Pkr Keluar Kenyataan Bersama Tegur Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 263 hits
Seramai 22 pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat bersama empat anggota parlimen mendesak Anwar Ibrahim yang juga presiden parti supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan parti Menerusi kenyataan yang dikeluarkan bers...
Fuziah Salleh Pkr Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti

Fuziah Salleh Pkr Pahang Sokong Anwar Terus Pimpin Parti

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 538 hits
KUANTAN PKR Pahang hari ini menyatakan sokongan kepada Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin dan menentukan masa depan parti Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh berkata 10 daripada 14 ketua cabang P...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega