Akhirnya Tun Sendiri Dedahkan Keinginan Untuk Mungkir Janji




Sekarang ini semua perbualan dalam negara rata-rata tertumpu berkenaan isu pertemuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang daripada UMNO, Pas serta GPS dan kaitannya dengan usaha memanjangkan tempoh khidmatnya sebagai Perdana Menteri dengan lebih lama.

Apalagi sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg, pertemuan itu adalah atas jemputan Tun Mahathir sendiri.

Walaupun pada awalnya Tun Mahathir cuba berahsia dengan mengatakan ia adalah perjumpaan rahsia dan enggan mengesahkan sama ada Azmin Ali turut hadir atau tidak dalam perjumpaan itu, beliau akhirnya terpaksa mengalah setelah didedahkan oleh Abang Jo.

“Tidak ada rahsia apa-apa pun,” kata Tun Mahathir malam tadi.

Sebelum itu, selain enggan mengesahkan tentang kehadiran Azmin, Perdana Menteri juga berdalih mengenai pertemuan itu dengan berkata, “mereka yang nak jumpa saya, jadi saya jumpa dengan mereka”.

Tetapi dengan akhirnya terbukti beliau yang menjemput kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang dalam pertemuan itu, apalagi berdasarkan maklumat lain bahawa memang dikatakan Azmin turut sama hadir, sudah tentu pertemuan itu ada kaitan dengan keinginan Tun Mahathir untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dengan lebih lama lagi.

Ia terlihat bukan saja kerana Pas dan Azmin yang hadir dalam pertemuan itu, malah juga berikutan Hishammuddin Hussein adalah pemimpin UMNO yang turut dijemput.

Oleh kerana sudah diketahui secara terbuka bahawa Pas dan Azmin mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, mempelawa Hishammuddin dan GPS tidak lain adalah bertujuan memperkukuhkan lagi rancangan itu.

Dalam hal ini, meskipun Hishammuddin bukanlah pemimpin yang ada jawatan kanan dalam UMNO atau boleh dikira mewakili parti itu, peranannya boleh jadi kerana beliau dirasakan boleh memainkan peranan menarik sebahagian Ahli Parlimen parti itu untuk menyokong pemanjangan tempoh khidmat Tun Mahathir.

Apa yang paling nyata daripada semua ini ialah Tun Mahathir memang mempunyai niat serta hasrat untuk berkhidmat lebih lama sebagai Perdana Menteri dan sedang berusaha mencari jalan merealisasikannya.

Tentulah tidak mungkin perjumpaan itu untuk membincangkan soal royalti minyak dengan Pas, berkenaan akaun bank UMNO yang dibekukan atau berkaitan hak-hak Sarawak dalam Persekutuan.

Di sebalik berulang kali mengatakan akan mengotakan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dipersetujui, Tun Mahathir rupa-rupanya sedang memilih “jalan munafik” untuk memungkiri janji tersebut.

Patutlah selama ini cakap atau kata-kata beliau tidak pernah sama apabila ditanya berhubung peralihan kuasa dan tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Sekejap beliau mengatakan dua tahun, kemudian dua tahun setengah, selepas itu tiga tahun, kemudian lagi dikatanya sehingga ekonomi pulih dan terbaru semalam sehingga keadaan negara stabil pula.

Pokoknya jika Tun Mahathir sendiri yang selalu mengamalkan politik pecah dan perintah serta sentiasa menghuru-harakan politik negara dengan pelbagai percaturan yang dibuatnya, memang sampai bila-bila pun keadaan negara tidak akan stabil dibuatnya.

Ternampak bahawa menghuru-harakan negara dan menjadikan keadaan tidak stabil adalah sesuatu yang disengajakan oleh Tun Mahathir agar tampil mereka yang cetek politik mahukannya berkhidmat dengan lebih lama atau sehingga ke akhir penggal.

Maka, secara sengaja beliau memang ada niat mahu memungkiri janji dua tahun penyerahan kuasa sebagaimana yang awal-awal disebutnya dahulu.

Kalau betul-betul mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana dijanjinya, bukankah lebih baik Tun Mahathir menumpukan sepenuh tumpuan kepada kerjanya dan tidak perlu sibuk-sibuk mahu bertemu pemimpin pembangkang?

Kenapa Tun Mahathir tidak berunding dengan Majlis Presiden PH jika beliau ingin lebih lama menjadi Perdana Menteri?

Mengapa perlu berunding dengan pembangkang dalam urusan yang boleh dirundingkan dalam PH?

Mengapa juga perlu dilibatkan pembangkang atau pihak luar daripada PH bagi mencapai tujuannya itu?

Apakah Tun Mahathir sudah hilang kepercayaan kepada PH dan lebih mempercayai pembangkang untuk mencapai cita-cita politiknya? (Shahbudindotcom 02/08/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/akhirnya-tun-sendiri-dedahkan-keinginan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Tolong Berpegang Pada Janji

Tun M Tolong Berpegang Pada Janji

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan tidak pernah berjanji dengan kepada pengundi pengundi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi perdana menteri sehingga ekonomi dipulihkan Sebaliknya janji yang diberikan adalah pelantikan interim perdana men...
Saya Takkan Mungkir Janji Serah Kuasa Kepada Anwar

Saya Takkan Mungkir Janji Serah Kuasa Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 285 hits
BICARA DARI TURKI BUKAN DARI KUANG MARISHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya Dalam satu wawancara dengan media Turki TRT World Dr Mah...
Mahathir Tokoh Negarawan Tidak Akan Mungkir Janji Peralihan Kuasa

Mahathir Tokoh Negarawan Tidak Akan Mungkir Janji Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 397 hits
MOHD ALI HASHIM Seluruh negara telah mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tokoh negarawan tidak akan memungkiri janji yang dilafazkan sebelum ini maupun setelah menjadi kerajaan yang menunjangi Pakatan Harapan untuk menyerahk...
Ahli Dap Gesa Tun Bersikap Gentleman Hormati Janji

Ahli Dap Gesa Tun Bersikap Gentleman Hormati Janji

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 321 hits
Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu mahu Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap seperti seorang lelaki terhormat atau gentleman dengan mematuhi janji beliau hanya menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh dua tahun yang dipersetujui Pakatan H...
Temubual Bersama Tun M Di Turki Saya Tidak Akan Memungkiri Janji

Temubual Bersama Tun M Di Turki Saya Tidak Akan Memungkiri Janji

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 268 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan memungkiri janji untuk menyerahkan pucuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Ini selepas saluran berita antarabangsa Turki TRT menyoalnya mengenai video seks yang didak...
Jawatan Perdana Menteri Janji Sama Sendiri Pun Dicapati Juga

Jawatan Perdana Menteri Janji Sama Sendiri Pun Dicapati Juga

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 327 hits
oleh Ahmad Faiz 5 tahun bukan saja bermaksud sepenggal malah ia juga membawa maksud sesiapa yang berumur 93 tahun pada 2018 akan berusia 98 tahun pada tahun 2023 2 tahun lagi nak cecah 100 tahun Pada usia itu kita tak bimbang sangat dengan ...
Kekalkan Pimpinan Tun M Banyak Janji Belum Tunai Presiden Pas

Kekalkan Pimpinan Tun M Banyak Janji Belum Tunai Presiden Pas

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 245 hits
Tuan Guru Abdul Hadi pada Majlis Daurah Kitab Tafsir Quran Sempena Ihtifal Idul Ilmi Ma ahad Darul Quran Kali ke 28 di Masjid Rusila hari ini Tukar PM bukan macam tukar kasutMARANG Rasionalnya pendirian PAS mahu mengekalkan kepimpinan Tun D...
Akhirnya Pas Akui Tun M Memang Hebat Gara Gara Takut Kemunculan Anwar Ibrahim

Akhirnya Pas Akui Tun M Memang Hebat Gara Gara Takut Kemunculan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 429 hits
Membaca kenyataan Nik Amar sebagai menyokong dan wala kepada gurunya Hadi Awang yang menyatakan sokongan kepada Tun M untuk terus memimpin Malaysia sehingga PRU15 ianya membuktikan bahawa selama ini Pas menipu rakyat Bukankah sebelum ini Pa...
Zidane Nafi Bersikap Biadap Dedahkan Gareth Bale Sendiri Enggan Bermain Kerana Mahu Pindah

Zidane Nafi Bersikap Biadap Dedahkan Gareth Bale Sendiri Enggan Bermain Kerana Mahu Pindah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 143 hits
Zinedine Zidane menafikan bahawa beliau kurang ajar dan tidak menghormati Gareth Bale selepas komen jika pemain itu pergi lebih cepat ianya lebih bagus Komen Zidane itu membuatkan ejen Gareth Bale Jonathan Barnett bengang dan menuduh Zidane...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn