Agong Kurnia Tun Kepada Malanjum Raja Muhammad Alias


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.
Dua tokoh itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Gelaran itu dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyaksikan 44 penerima menerima anugerah berkenaan hari ini.
Seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan untuk 2021 manakala beberapa individu merupakan penerima bagi 2020.
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (S.S.M) membawa gelaran Tun kepada bekas Pengerusi Kumpulan FELDA Tun Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2021 di Istana Negara. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR, 13 Nov — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua, kanan) berkenan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin sebelum berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. 
–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA Richard adalah penerima SSM bagi 2020 manakala Raja Muhammad Alias adalah penerima darjah kebesaran itu tahun ini.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2021 di Istana Negara hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’ iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim; Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Turut dianugerahi PSM ialah Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Ismail Ibrahim; bekas Pengerusi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; pakar astronomi dan profesional astrofizik Datuk Prof Emeritus Dr Mazlan Othman; Pengarah Eksekutif Leong Hup International Berhad Datuk Lau Eng Guang; Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Pengerusi Eksekutif The Edge Media Datuk Tong Kooi Ong.
Penerima PSM lain ialah Pengerusi Ikhlas Capital Datuk Seri Mohamed Nazir Tun Razak; Pengerusi Eksekutif LB Aluminium Berhad Datuk Leow Chong Howa; Pengarah Eksekutif Perfect Group Holdings Limited Datuk Tan Jyh Yaong; bekas Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mohd Shariff Omar; bekas Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Seramai 18 individu menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan dua penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.
Antara penerima PJN ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk E.S.M Nantha Balan; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia Nor Azimah Abdul Aziz; Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Prof Dr Jayum Anak Jawan; bekas pemain badminton kebangsaan Datuk Misbun Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Mohamad Idham Nawawi.
Penerima PSD pula antaranya ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri Shahrul Kamal Osman dan bekas Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen (B) Datuk Azlan Abdul Rahman.
Dalam pada itu, 33 individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian; Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ketua Pemuda PAS Pusat Senator Khairil Nizam Khirudin.
Seramai 61 individu dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM); tiga penerima Johan Setia Diraja (JSD); 205 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN); tujuh penerima Kesatria Setia Diraja (KSD); 303 penerima Ahli Mangku Negara (AMN); 514 penerima Pingat Pangkuan Negara (PPN); 38 penerima Bentara Setia Diraja (BSD) dan dua penerima Pingat Gagah Berani (PGB).
Antara penerima JSM ialah Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Mohammad Soib Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Zainab Ahmad dan bekas pemain tenpin boling kebangsaan Shalin Zulkifli.
Penerima JSD masing-masing Dang Perwara Bahagian Pengurusan serta Penolong Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara iaitu Datuk Hamimah A. Karim dan Sophian Ab Rahman selain bekas Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar.
Antara penerima KMN ialah Ketua Perancangan Strategik Bahagian Perancangan Strategik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali; Ketua Polis Daerah Sentul ACP C. S. Shanmugamoorthy dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan T. R. Thinalan.
Dua anggota Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada November tahun lepas iaitu mendiang Sjn Baharuddin Ramli dan Sjn Norihan a/l Tari dianugerahi Panglima Gagah Berani (PGB). – BERNAMA
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood Jangan sampai kita hempas makanan – Rider Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’ Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu

The post Agong kurnia ‘Tun’ kepada Malanjum, Raja Muhammad Alias appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/13/agong-kurnia-tun-kepada-malanjum-raja-muhammad-alias/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Berikan Gelaran Datuk Kurnia Kepada Empat Individu Berkuatkuasa 27 Oktober Lalu

Agong Berikan Gelaran Datuk Kurnia Kepada Empat Individu Berkuatkuasa 27 Oktober Lalu

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 206 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengurniakan gelaran Datuk Kurnia kepada empat individu berkuat kuasa 27 Oktober lalu Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman...
Memilih Antara Tun M Dan Ds N

Memilih Antara Tun M Dan Ds N

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 386 hits
Rakyat khususnya ahli UMNO sudah bagai tidak dapat mengelak dan terpaksa memilih antara 2 Diantara DS Najib dengan Tun Dr Mahathir mantan Presiden dan Perdana Menteri yang namanya sudah sinoniom dengan negara Malaysia Diluar negara bila ora...
Muhammad Bin Abdul Wahhab Perjuangannya Mendakwahkan Tauhid

Muhammad Bin Abdul Wahhab Perjuangannya Mendakwahkan Tauhid

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 139 hits
Muhammad bin Abdul Wahhab adalah sosok ulama reformis memiliki ilmu yang dalam dan pengaruh yang besar Memang banyak suara sumbang memfitnahnyaa Kita sadari itulah sunnatullah kebenaran selalu memiliki penentang Tulisan ini sedikit menyupli...
Mengapa Bukan Rasulullah Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam Yang Membunuh Dajjal

Mengapa Bukan Rasulullah Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam Yang Membunuh Dajjal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 189 hits
ilustrasi Dajjal Sebagaimana disebutkan dalam hadits shahih Nabi Isa alaihis salam akan diturunkan di akhir zaman di antaranya untuk membunuh Dajjal Mengapa bukan Rasulullah Muhammad shallallahu alaihi wasallam yang membunuh Dajjal Sebab be...
Sebab Kenapa Nabi Muhammad S A W Tidak Memiliki Bayang Bayang

Sebab Kenapa Nabi Muhammad S A W Tidak Memiliki Bayang Bayang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya Rahmatan Lilalalmin Baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji Baginda itu Nur Muhammad Cah...
Nabi Muhammad Saw Pedofilia

Nabi Muhammad Saw Pedofilia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 313 hits
Jika boleh meminjam perkataan William Montgomerry Watt bahwa Tiada tokoh besar dalam sejarah yang paling banyak difitnah selain Nabi Muhammad Ia benar dan saya secara peribadi setuju dengan kata katanya memang tokoh sentral umat Islam inila...
Biodata Nabi Muhammad Saw

Biodata Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 214 hits
BIODATA RASULULLAH S A W Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim Tarikh lahir Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi Tempat lahir Di rumah Abu Talib Makkah Al Mukarramah Nama bapa Abdullah bin Abdul M...
Sejarah Kaabah Dan Mekah Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad Saw

Sejarah Kaabah Dan Mekah Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 422 hits
Alhamdulillah Rasanya ini adalah kali pertama entry aku yang berkenaan sejarah Islam Sebenarnya banyak kali aku fikir nak buat entry ni sebab aku bukannya pakar dalam ilmu agama Sepatutnya kalau nak berbicara soal agama seperti kiblat umat ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall