Sebab Kenapa Nabi Muhammad S A W Tidak Memiliki Bayang Bayang




Semua sedia maklum, satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya... Rahmatan Lilalalmin......


Baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. Baginda itu Nur Muhammad... Cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi.....

Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... Rambut ini apabila disuluh tiada bayang... Jelas... Ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... Rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... Buktinya apabila rambut ini dipotong.. Ia akan kembali kepada panjang asal......

Sollu alan Nabi.....

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW...

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak, jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu...

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu....

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:

Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat:

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya....”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap:

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat.  (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. Kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://um-fabolous.blogspot.com/2015/05/sebab-kenapa-nabi-muhammad-saw-tidak_43.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Nabi Muhammad S A W Secara Lahiriah

Kenali Nabi Muhammad S A W Secara Lahiriah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 161 hits
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda Di antara kata kata apresia...
Kelebihan Pahala Untuk Umat Nabi Muhammad S A W

Kelebihan Pahala Untuk Umat Nabi Muhammad S A W

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 128 hits
Ka bul Ahbar berkata bahawa Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S W T kepada Nabi Musa A S yang mana Allah S W T berfirman yang bermaksud Wahai Musa dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya ...
30 Fadhilat Dan Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad

30 Fadhilat Dan Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 111 hits
Berselawatlah Dengan ini dapat mendekatkan kita dengan rezeki yang tidak disangka sangka menjauhkan diri dari pelbagai masalah dan juga membuatkan kita terus dihormati 1 Sabda Rasulullah SAW Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali nesca...
Quran Sudah Ada Sebelum Nabi Muhammad Lahir

Quran Sudah Ada Sebelum Nabi Muhammad Lahir

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 184 hits
Menurut sejarawan Barat temuan lembaran Alquran di perpustakaan Universitas Birmingham Inggris bulan lalu boleh jadi menyatakan kitab suci umat Islam itu sudah ada sebelum zaman Nabi Muhammad Lembaran atau manuskrip Alquran yang ditemukan i...
Biodata Nabi Muhammad Saw

Biodata Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 143 hits
BIODATA RASULULLAH S A W Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim Tarikh lahir Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi Tempat lahir Di rumah Abu Talib Makkah Al Mukarramah Nama bapa Abdullah bin Abdul M...
Benarkah Wujudnya Gambar Para Nabi Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad Saw

Benarkah Wujudnya Gambar Para Nabi Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 441 hits
Dalam sebuah Kitab karangan Imam Al Baihaqi bernama Kitab Dalail Nubuwwah ada menceritakan sebuah kisah tentang 2 orang sahabat Nabi SAW yang menjadi saksi melihat gambar para Nabi Alaihissalam termasuklah gambar Nabi Muhammad SAW Haahhh Bi...
Innocence Of Muslims Filem Hina Islam Dan Nabi Muhammad

Innocence Of Muslims Filem Hina Islam Dan Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Umat Islam di seluruh dunia bangkit mengecam penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad dan umat islam Beberapa negara terutama di Asia Barat dan negara jiran kita seperti Indonesia telah mengadakan protes besar besaran ter...
Kisah Nabi Muhammad S A W Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

Kisah Nabi Muhammad S A W Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 148 hits
Gambar HisanPada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan Baginda S A W pun bertanya Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah Lelaki Ansar menjawab Ya ada Iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung...
Inilah Sepuluh Golongan Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad S A W

Inilah Sepuluh Golongan Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad S A W

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 284 hits
Jangan ingat anda dah pergi umrah 2 kali solat cukup 5 waktu tiba hari Kiamat nanti anda tak perlukan lagi syafaat Nabi Silap besar tu Berikut adalah antara 10 golongan yang tidak mendapat syafaat Nabi Muhammad S A W GOLONGAN YANG DERHAKA 1...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11